BAB 07

598 65 24
                                    

"Tuan Putera, kenapa panggil saya malam-malam macam ni?" soal Armelyn. Ezra memusingkan badannya ke arah Armelyn. Serentak itu Armelyn menjerit kuat dan tubuh Ezra tertolak tanpa sengaja ke dalam kolam.

Debushh!!

Fazlan dan Qhairil sudah senak perut ketawa. Satu sebab Ezra kena tolak, kedua sebab muka Armelyn lucu. David sekadar senyum dan menggelengkan kepala. Ada sahaja karenah Ezra mahu mengusik orang.

"Wah berani betul kau tolak aku eh? Siap kau! Nanti aku denda teruk-teruk!" marah Ezra. Topeng hantu yang dipegangnya dilempar keluar dari kolam.

"Saya minta maaf Tuan Putera, tapi ini salah Tuan Putera juga. Kalau Tuan Putera tak usik saya, saya tak kan tolak Tuan Putera tau?" Armelyn cuak. Kalau Ezra ni bukannya Tuan Putera, sudah lama dia sepak sekali pakej maki dah. Itu pun kalau berani. Maklumlah orang baru keluar dari gua.

"Tidak, tidak, tidak. Itu semua salah kau! Kalau kau tu tak takut sangat, tak adanya jadi macam ni!!" dengus Ezra. Dia mula naik ke atas. Pergh sejuk siot dengan angin malam-malam macam ini!

"Amboi! Nak menang je kerjanya! Dah tahu salah, masih nak menangkan!" Engku Dahlia menarik telinga Ezra.

"Aduh sakitlah Nena... Nena!!" Ezra menjuihkan bibirnya, membuat muka meminta simpati. Armelyn menahan ketawa. Padan muka, werk!

"Dah Armelyn, mari ikut Nena." ajak Engku Dahlia. Tak boleh dibiarkan Armelyn ini dengan Ezra lama-lama. Ada sahaja benda Ezra nak buat buli Armelyn.

"Tuan Putera, saya ikut boleh tak?" soal Armelyn meminta izin.

"Kalau kau tak ikut, kau kena pancung dengan Nena aku. Dia potong jadi empat bahagian kepala kau. Senang macam potong kubis je. Kau nak ke?" ujar Ezra.

"Uwaa tak naklah." Armelyn terus berlari menuju ke arah Engku Dahlia. Seram gila sampai potong jadi empat bahagian. Qhairil dan Fazlan sekali lagi menghamburkan tawanya.

"Siot kau, Ezra. Main pancung-pancung ni zaman bila? Buat salah sikit terus kena pancung. Aduh sakit perut aku gelak. HUWARGHHH!" Fazlan tertempik nyaring di hujung ayatnya apabila terpandang Danial tiba-tiba sahaja berada di belakang David. Nasib baik dia tidak ada lemah jantung. Kalau tidak, tadinya sudah keluar roh daripada badannya.

"Buang tabiat ke setan! Peluk-peluk aku sesuka hati kau je!" dengus Qhairil. Fazlan ditolaknya sehingga jatuh dari kerusi.

"Bising betullah kau orang ni." David bersuara. Serentak itu Danial menggerakkan kepalanya tepat di sebelah pipi David.

"Hai abang handsome!" sengih Danial. David terkejut. Matanya membulat apabila wajahnya dan wajah Danial hanya berjarak 2 cm sahaja lagi. Ini kalau hilang 2 cm automatik dapat free kiss.

"Kau... kau buat apa dekat sini?" soal David sedikit tergagap-gagap. Ezra yang baru sahaja hendak masuk ke dalam terhenti langkahnya. Wah itu perkara baharu! Pertama kali David tergagap setelah berbelas tahun lamanya.

"Weh kenapa kau jadi gagap tiba-tiba? Buat tabiat eh? Ke kau suka Danial?" soal Fazlan.

"Mana ada." Tenang David menuturkan katanya seraya mengalih wajahnya memandang ke arah Fazlan. Celupar betul mulut manusia seekor ini. Aku waras lagi nak suka manusia sama jantina.

"Kau kenapa tak jawab lagi? Kau buat apa dekat sini malam-malam macam ni?" soal David. Danial mengambil tempat di sebelah David.

"Aku ada kerja sikit nak buat dengan Eshaf. Lagipun nenek dah bagi aku tidur dekat sini." jelas Danial.

"Siapa nenek?" Qhairil mengerutkan dahinya.

"Nenek kebayan eh?" teka Fazlan.

"Bukanlah. Nenek kau orang sendiri pun tak kenal!" Danial menepuk dahinya.

EMERALDWhere stories live. Discover now