"Abang, Eshaf nak ke tandas dekat supermarket tu sekejap. Tengokkan si Dani ni. Dia pelik sikit. Jangan bagi dia keluar dari kereta." ujar Eshaf. David hanya mengangguk kecil tanda faham.
"Jangan renung aku macam tu." Larang David bernada tenang. Sedari tadi dia geram kerana Danial asyik merenungnya dari sekolah tadi.
"Kenapa? Awak hensemlah. Comel." Danial mencucuk pipi David beberapa kali.
"Jangan sentuh aku." David menangkap tangan Danial lalu tangan Danial direntapnya sedikit kasar.
"Wah!! Lajunya..." Teruja Danial sambil memegang dadanya. Matanya bulat memandang ke arah David dan dadanya silih berganti.
"Kau rasa ni. Laju betul degupan jantung aku!" Danial menarik tangan David menyentuh atas dadanya.
"Kau gila ke apa? Duduk diam-diam!" Marah David seraya melarikan tangannya.
"Okay." balas Danial sepatah. Wajah David kembali direnungnya dengan sengihan di bibir. David hanya mampu pasrah. Lelaki di sebelahnya memang pelik! Bukan setakat pelik, tetapi gila pun ada.
"Dah jom pergi." ujar Eshaf yang baru masuk ke dalam kereta. Kereta milik David mula bergerak menyelusuri jalan raya yang agak sibuk.
"Rumah kau dekat mana?" soal David. Danial masih diam memerhatikan wajah tampan David. Teruk angaukan David sehinggakan tidak mendengar orang bertanya.
"Dani!! Oii rumah kau dekat mana?" Eshaf menampar bahu Danial.
"Kau belok kanan lepas tu belok kiri. Sampai." ujar Danial tanpa mengalihkan pandangannya.
"Kau dah kenapa Dani dari tadi tenung sepupu aku?" soal Eshaf.
"Sepupu kau hensem sangat. Aku cuci mata sekejap." balas Danial.
"Gila ke apa? Kau homoseksual eh?" soal Eshaf lagi.
"Taklah." Danial menggeleng sebelum memandang ke arah hadapan.
"Dah sampai. Thank you handsome! Thanks Eshaf. Jumpa esok tau?" ujar Danial seraya keluar dari kereta.
"Iya-iya." balas Eshaf terangguk-angguk. Kelibat Danial yang sudah hampir menjauh dipandang dengan pandangan kosong. Eshaf membuat muka geli apabila Danial tiba-tiba duduk di atas jalan lalu kucing jalanan itu dipeluknya erat. Bagi Eshaf, kucing jalanan sememangnya kotor. Langsung tidak sama dengan kucing yang dibela.
"Mana kau kutip dia? Pelik betul." David menggeleng kecil. Dia pun memerhatikan Danial seperti Eshaf juga.
"Kutip dekat sekolah bang." balas Eshaf.
•••
Ezra memandang teh buatan Armelyn kemudian Armelyn yang masih menunduk dipandangnya.
"Kau tak letak racun?" soal Ezra. Armelyn menggelengkan kepalanya.
"Aku tak suka kau angguk atau geleng bila aku tanya soalan. Aku nak kau jawab pakai mulut." ujar Ezra bernada tenang.
"Baik. Maafkan saya." balas Armelyn yang masih menunduk. Tidak sanggup dia mahu memandang muka Ezra. Takut!
"Dan tolong jangan pandang bawah bila bercakap dengan aku. Jelek sangat ke muka aku sampai kau tak sudi nak pandang muka aku?" soal Ezra.
"Tt-tak... Tak..." Armelyn lantas mengangkat mukanya memandang wajah Ezra.
"Duduk." arah Ezra.
YOU ARE READING
EMERALD
Fantasy[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selalu tampak tenang. Namun penampilannya membuatkan dia tampak seperti seorang yang dingin dan sedikit menakutkan. Hadirnya DANIAL dalam hidupny...