Armelyn menggumam halus. Lena betul dia tidur malam tadi sehinggakan terlupa dia tidur di bilik Engku Dahlia. Dengan rambut yang sedikit serabai, dia lantas berdiri. Wajah Engku Dahlia yang sedang menyikat rambut dipandangnya.
"Dah bangun ya sayang?" tegur Engku Dahlia dengan senyuman dibibir.
"Maaf Tuanku. Saya tertidur dekat bilik Tuanku semalam." Armelyn gelisah. Takut Engku Dahlia bakal menjatuhkan hukuman kepadanya nanti.
"Tak apa. Nena tak ambil hati pun. Nena sendiri yang benarkan Melyn tidur dekat sini semalam."
"Apa-apa pun maafkan Melyn ya Tuanku? Melyn keluar dulu eh. Melyn kena mandi lepas tu bangunkan Tuan Putera pula nanti."
"Guna bilik air Nena. Pasal baju, tak payah risau. Nena tahulah nak buat macam mana nanti." suruh Engku Dahlia.
"Errr tapi…"
"Tiada tapi-tapi Armelyn. Ini arahan." Engku Dahlia mula menggunakan kuasanya.
"O–okay." Armelyn akur. Nampak sahaja Engku Dahlia seorang yang ramah namun terselit juga sifat garangnya. Keluar sahaja daripada bilik air, Armelyn melihat gaun yang sudah diletakkan di atas katil. Gaunnya tampak seperti hanfu namun bukan hanfu. Cantik sahaja berwarna merah jambu.
"Pakai yang ini. Dayang, nanti dandankan Armelyn ikut apa yang beta suruh tadi." ujar Engku Dahlia. Usai itu, dia terus keluar dari biliknya.
"Agaknya Tuan Putera marah tak aku tukar baju?" getus Armelyn dalam hati. Ezra sudah memaklumkan pada Armelyn berkenaan pemakaiannya. Dia boleh memakai gaun jenis apa sahaja asalkan ia berwarna hijau. Warna menunjukkan pangkat pekerja yang berada di dalam istana.
"Duduk, biar kami dandan rambut Cik Armelyn." Armelyn hanya akur. Dibiarkan sahaja dayang itu mendandan rambut dan wajahnya.
Usai itu, Armelyn naik ke atas menuju ke bilik tidur Ezra. Harap-harap dia masih sempat hendak membangunkan Ezra. Kalau tidak, mahu mengamuk bapak singa itu. Tahu nak marah orang sahaja kerjanya.
"Wah cantik gilaa!" Fazlan menyergah Armelyn.
"Fazlan!! Jangan usik orang!" Suara Engku Zaleha kedengaran.
"Mana ada usik mama. Fazlan tegur je. Melyn kan kawan Fazlan juga."
"Sejak bila dia jadi kawan kau?" soal Ezra. Armelyn cuak. Ezra dah bangun, memang matilah dia nak menghadap bapak singa ini nanti.
"Err maaf Tuan Putera sebab lambat bangunkan Tuan Putera." sampuk Armelyn teragak-agak.
"Tak apa, Nena dah bagitahu aku." Dingin sahaja suaranya kedengaran. Armelyn bertambah takut.
"Tak apalah sangat. Nada suara dah macam nak membunuh." komen Armelyn dalam hati. Ezra meneguk liur. Eii mengumpat aku!
"Wahhh mama! Fazlan ada bau-bau Putera Ais je dekat sini." Habis sahaja ayatnya, satu tamparan hinggap di belakang kepala Fazlan.
"Padan muka kau." hambur Ezra.
"Sakitlah bodoh!" Fazlan menjerit ke arah Ezra yang sudah semakin menjauh itu.
"FAZLAN! Mulut tu jaga sikit!" marah Engku Zaleha. Fazlan buat dek sahaja. Menangkan sangat anak saudara mama itu hish! Dasar babun kau Ezra.
"David mana Mak Lang? Tak keluar lagi ke? Tak pernah-pernah dia nak bangun lewat. Ke dia dah keluar?" soal Qhairil.
"Entahlah. Mak Lang pun tak nampak lagi dia dari tadi." balas Engku Zaleha. Qhairil pelik.
"Melyn, mari duduk makan sekali." suruh Engku Dahlia. Armelyn teragak-agak. Lagi-lagi dengan pandangan mata Ezra yang tajam. Memang tidaklah dia nak duduk sekali. Sebelum ini dia selalu makan di dalam bilik atau di halaman istana sahaja.
YOU ARE READING
EMERALD
Fantasy[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selalu tampak tenang. Namun penampilannya membuatkan dia tampak seperti seorang yang dingin dan sedikit menakutkan. Hadirnya DANIAL dalam hidupny...