Bunyi derap kaki yang semakin menghampiri langsung tidak dihiraukan oleh Daren. Mungkin Qarl yang memasuki biliknya. Danial dan Nick semestinya sudah sibuk di istana. Papan kekunci piano ditekan berkali-kali menghasilkan bunyi yang merdu.
“Pak cik.” Semerta, jarinya yang lincah bergerak terhenti. Daren berdiri lalu memusingkan tubuhnya perlahan-lahan. Dia ternganga kecil. Bagaikan tidak percaya David yang berdiri di hadapannya. Adakah ini mimpi? David meletakkan papan catur di atas meja. Bibirnya melorek senyuman manis kepada Daren.
“Pak cik apa khabar?” soal David. Daren terkebil-kebil. Matanya terasa panas seolah-olah mahu mengeluarkan air mata.
“David...” Air liur ditelan perlahan.
“Ya? Kenapa pak cik?” David menyoal lagi. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Pak cik rindukan David ya?” kata David. Tanpa aba-aba, dia memeluk tubuh Daren. Tersentak Daren.
“David dah maafkan pak cik. Maafkan David juga ya?” ujar David lagi. Terus Daren menghamburkan air matanya. Dia terkejut dengan tingkah laku David dan dia langsung tidak menyangka David akan memaafkan dirinya.
“Macam mana? Kenapa?” soal Daren. Dia tidak faham bagaimana David mampu memaafkan dirinya.
“Sesetengah perkara kita patut maafkan walaupun terlalu sakit. David ikhlas maafkan pak cik. Terima kasih sebab jaga ibu.” ujar David.
“Tapi pak cik dah bunuh dia.” kata Daren. David melepaskan tautan pelukan.
“Uncle Nick dah ceritakan semuanya dekat David. David faham pak cik tak sengaja. Tapi pak cik... selepas ni boleh tak kita lupakan perkara lepas? David tak nak pak cik hidup macam ni lagi. Pak cik kena keluar dan berjumpa dengan orang lain.”
“Pak cik tak nak. Terlalu bahaya kalau pak cik keluar.”
“Percayakan David. Lagipun, pak cik dah sembuh bukan? Pak cik... Apa kata kita main catur dekat halaman sana? Pak cik suka main catur, kan?” David cuba memujuk. Daren berkira-kira ingin keluar. Sudah lama dia tidak keluar dan dia tiada keberanian untuk keluar dari rumah.
“Mari pak cik... Tak apa.” David menarik lengan Daren untuk keluar. Sempat dia mencapai papan catur di atas meja tadi.
Nick, Qarl dan Danial memerhati dari jauh. Gelak ketawa David dan Daren membuatkan mereka bertiga tersenyum. Sudah lama mereka tidak melihat Daren tersenyum. Apatah lagi ketawa.
“Handsome betul David. Rasa nak simpan dalam poket.” gumam Danial tersengih-sengih.
“Kau ni, kan... Abang tengok kebelakangan ni selalu sangat gatal! Miang! Tak senonoh!” Qarl menolak kepala Danial menggunakan jari telunjuk. Danial menjuihkan bibirnya.
“Biarlah. Abang Nick... adik nak kahwin bulan depan boleh tak?” soal Danial. Mata dikedip-kedipkan membuat muka acah comel. Haraplah Nick bagi.
“Terserah. Asalkan David nak.” jawapan balas Nick buatkan Danial melompat kecil dengan tawa riang. Uwu sukanya!
“Tak ke cepat sangat?” soal Qarl. Gila apa bulan depan? Sudahlah Ardanna baru hendak pulih.
“Lamalah. Adik tak sabar nak usya body dia. Walaupun tak berotot sangat macam abang, tapi body dia mengacam tau?” ujar Danial.
“Tolol!” Kepala Danial ditunjal untuk kedua kalinya. Lantas, dia beredar dari situ. Tidak sanggup menadah telinga lagi mendengar kata-kata tidak senonoh Danial.
“Sampai hati dia cakap adik tolol. Eii!” Gigi diketap menahan geram. Nick hanya menggeleng.
“Dik, ada jumpa Ezlinda tak?” soal Nick. Wajah Danial yang masam mencuka berubah riak. Ezlinda... Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kakak tirinya itu.
YOU ARE READING
EMERALD
Fantasy[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selalu tampak tenang. Namun penampilannya membuatkan dia tampak seperti seorang yang dingin dan sedikit menakutkan. Hadirnya DANIAL dalam hidupny...