Fail yang bertimbun dilihatnya dengan keluhan halus. Penat seharian menghadap fail sahaja di dalam bilik bacaan. Bunyi pintu bilik bacaan diketuk menggamit perhatiannya. Siapa entah yang datang lewat malam seperti ini.
“Siapa?” soal Ezra.
“Aku, Fazlan.” sahut Fazlan di hadapan pintu.
“Masuk.” balas Ezra. Sebaik sahaja pintu dikuak, muncul Fazlan yang tersengih-sengih.
“Apa hal kau datang?” Ezra berdiri lalu meregangkan badannya.
“Tak ada apa, saja. Nah, sejukkan otak kau sikit. Berapi dah aku tengok kepala kau sebab hadap fail tu seharian.” ujar Fazlan. Sebotol air dihulur kepada Ezra.
“Terima kasih.” ucap Ezra sebelum air itu diteguknya. Fazlan melabuhkan punggung di atas sofa. Jujur, dia agak kebosanan hari ini. Ezra sibuk di bilik bacaan, David sudah bertolak ke Ardanna dan Qhairil pula entah ke mana. Jadi, tinggal lah dia berseorangan tanpa teman berbual.
“Aku sebenarnya ada terfikir. Dani masih hidup atau dah mati?” kata Ezra.
“Dani terkena tiga anak panah. Aku pun tak pasti kalau dia masih hidup. Kalau Dani dah mati, Istana Ardanna mungkin tengah kecoh sebab Dani satu-satunya pewaris sah takhta Ardanna.” ujar Fazlan.
“Setahu aku, Raja Elmer ada dua orang anak tiri. Salah seorangnya lelaki. Tak mustahil dia akan jadi pewaris takhta seterusnya memandangkan Dani tu perempuan.” kata Ezra. Agak rumit juga masalah di Istana Ardanna. Walaupun Ardanna tiada kaitan dengannya, namun Danial tetap sahabatnya biarpun tidak rapat.
“Entahlah. Sekarang ni, kebanyakkan masalah berpunca daripada Ratu Adriana. Tertarik pula aku dekat dia.”
“Hah? Kau suka perempuan berumur macam dia? Taste kau pelik betul. Euw...” Badan Ezra menggeletik kegelian.
“Bodohlah kau ni. Dah jadi raja pun bengong lagi. Maksud aku, aku tertarik nak tahu apa rancangan dia. Kalau dah sampai tahap ni, fuh! Mesti menarik.” ujar Fazlan.
“Kau patut jadi macam Amar. Bukannya duduk dalam makmal, kaji racun, kaji ubat.”
“Ish... Suka hati akulah. Kau dah siap baca semua fail kerja kau ni? Dah lewat ni.”
“Sudah. Aku baru nak pergi ke bilik tidur tadi, tapi kau pula datang. Kau, kenapa tidur lambat? Jarang kau nak tidur lambat macam ni.”
“Aku tak boleh tidur. Aku rasa tak sedap hatilah malam ini. Sebab inilah aku datang jenguk kau.” jelas Fazlan. Ezra menggeleng kecil.
Bilik bacaan yang tiba-tiba menjadi gelap mengejutkan mereka berdua. Tangan Fazlan bergerak pantas membuka lampu telefonnya.
“Tiba-tiba pula elektrik terputus. Tak ada guruh, tak hujan pula tu.” omel Ezra.
“Aku dah cakap aku tak sedap hati. Apa pula sekarang ni?” Fazlan berjalan mendekati Ezra yang sedang menyalakan lilin.
“Kau ni... Janganlah fikir bukan-bukan. Dah, jalan keluar.” suruh Ezra. Belum sempat Fazlan hendak melangkah, pintu bilik bacaan dibuka oleh seseorang.
“Siapa tu?” soal Fazlan. Dia mengecilkan mata sebelum menyuluh ke arah gerangan itu.
“Argh! Hantu! Argh! Mak!” jerit Fazlan sehinggakan dia terduduk di atas lantai. Ezra pula terkaku melihat gerangan itu.
“Hoi hantu! Pergilah dikau dari sini! Jangan sampai aku lucutkan seluar aku!” jerit Fazlan lagi. Namun, derap kaki itu kedengaran semakin mendekat.
“Awak...” Satu suara lembut kedengaran. Ezra tidak menyahut, malah dia masih statik di tempatnya berdiri.
“Apa yang awak dah buat?” Suara itu kedengaran lagi.
YOU ARE READING
EMERALD
Fantasy[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selalu tampak tenang. Namun penampilannya membuatkan dia tampak seperti seorang yang dingin dan sedikit menakutkan. Hadirnya DANIAL dalam hidupny...