BAB 22

414 43 23
                                    

Hoodie berwarna kuning disarungkan pada badan. Topi dipakai sebelum hud hoodie ditarik ke atas kepala. David hanya memandang setiap tingkah laku Danial. Mahu ke mana tak tahu budak itu. Gaya pakaian macam mahu pergi mengintip orang sahaja.

“Kenapa pandang?” soal Danial dengan kening kanan terangkat.

“Kau nak pergi ke mana?” Soalan dibalas soalan. Mata David masih tidak beralih daripada memandang seraut wajah Danial. Dahinya sedikit berkerut apabila Danial berjalan menghampiri dirinya. Tersentak dia tatkala gadis itu bertindak berani, duduk di atas pahanya.

“Kau nak tahu?”

“Turun dulu Danial.” David menelan air liur payah.

“Jom ikut aku keluar. Jalan-jalan.” ajak Danial.

“Aku nak berehat. Kau keluar sendiri.”

“Okey. Kalau aku balik ke Ardanna tiba-tiba atau bermandi darah malam ni, esok kau jangan gelabah pula. Bye!” Sempat Danial mencium pipi David sebelum dia berdiri dan berura-ura hendak pergi dari situ. David menghela nafas perlahan. Dengan langkah malas, dia mengambil hoodie dan mengikuti Danial keluar.

“Sayang juga kau dekat aku, kan?” Lengan David disenggol oleh Danial yang tersengih-sengih. Gembira sungguh kerana David mahu mengikutinya. Dia bukannya risau sangat jika konco-konco Ratu Adriana menemui dirinya kerana dia pandai menyorokkan diri apabila berseorangan. Jika bersama Aron atau Zach, dia senang dilihat kerana faktor tubuh Aron dan Zach yang sedikit besar serta sasa.

“Diamlah.” David mendecit. Bimbang seseorang akan mendengar kata-kata Danial. Mahunya dia dan Danial dicop gay sedangkan Danial sebenarnya seorang perempuan.

“Kita jalan kaki.” Tangan David ditarik apabila lelaki itu menukar arah ingin menuju ke garaj kereta.

“Malam macam ni kau ajak aku jalan-jalan dengan berjalan kaki? Seriuslah Dani?” David memandang tidak percaya ke arah Danial.

“Kau ni... Pakai kereta buat apa? Membazir je pergi jalan-jalan, tapi tak rasa angin malam. Aku nak ajak kau menikmati waktu malam.”

“Dalam bilik, tak akanlah tak boleh buat?”

“Ouh... Kau nak yang itu eh? Tapi tubuh kau lagi mengacamlah David.” Jari jemari Danial gatal ingin bergerak dan bermain di dada David. Sengihan miang terukir di bibirnya.

“Otak kuning!” Pipi Danial ditarik geram. Lain yang dia cakap, lain pula yang Danial hadam.

“Otak kuning dengan kau je. Tak apa bukan?” Tangan kiri dilingkarkan pada pinggang David. Bukan selalu dia dapat merasa seperti pasangan kekasih apabila berada bersama David. Lelaki ini suka jual mahal. Mengalahkan perempuan!

“Kau nak pergi ke mana sebenarnya ni?” David mengubah topik.

“Aku nak pergi jalan-jalan dekat gerai. Lepas tu, aku nak tengok bintang. Dah lama aku tak tengok bintang.” ujar Danial.

“Bintang? Dekat bumbung istana kan boleh tengok.”

“Aku tak nak diganggu. Aku nak berduaan dengan kau je. Bolehlah aku peluk kau puas-puas nanti.” Danial sengih sambil mendongak memandang David.

“Pergi beli apa yang kau nak, lepas tu kita tengok bintang atas bukit.” suruh David.

•••

Tangan disilangkan di dada sambil matanya leka memandang berjuta bintang di langit. Indah sekali permandangannya. Kepala yang terletak cantik di atas paha David digerakkan sedikit mencari keselesaan.

EMERALDWhere stories live. Discover now