BAB 04

656 67 11
                                    

"Lea!" panggil Armelyn. Lengan Dahlea dipeluknya dengan riak wajah sedih.

"Awak dah kenapa? Tuan Putera ada buat sesuatu ke dekat awak?" soal Dahlea. Armelyn mengangguk dengan bibir yang dijuih sedih.

"Hah! Dia buat apa? Dia usik awak ke?" soal Dahlea terkejut. Ezra pun bukan boleh jangka tahap kenakalan dia.

"Bukan. Dia garanglah. Takut Melyn dibuatnya. Asyik nak marah Melyn je." adu Armelyn. Dahlea tergelak kecil. Garang celah mana pun dia tidak tahu. Bukan mudah untuk seorang Ezra memarahi orang lain. Susah sekali hendak melihat dia marah. Kalau ada pun, itu ketika sepupunya mengusik dia.

"Kenapa ketawa? Melyn tak main-main tau?" Cebik Armelyn.

"Cuba cakap dengan Lea. Apa yang Melyn buat sampaikan Tuan Putera marah dekat Melyn?"

"Malaslah Melyn nak cakap. Melyn sendiri pun tak tahu macam mana nak terangkan." Armelyn memuncungkan mulutnya.

"Apa kata Dahlea tunjukkan kawasan istana ni dekat Melyn? Sebab Tuan Putera cakap, Melyn boleh buat apa sahaja bila dia pergi kerja. Kecuali benda yang dia tak suka." Sambung Armelyn.

"Boleh juga tu. Tapi sekarang Dahlea kena buat kerja. Apa kata selepas Dahlea siap buat kerja, baru kita ronda kawasan istana? Boleh?" soal Dahlea. Armelyn mengangguk teruja.

"Kalau Armelyn tolong sekali, boleh tak?"

"Ermm boleh-boleh, tapi nanti Tuan Putera marah tak? Sebab inikan kerja dayang. Bukannya pembantu Tuan Putera." ujar Dahlea.

"Tak. Kan Armelyn cuma tolong. Bukannya ambil alih tugas. Jadi, sekarang ni Dahlea nak buat apa?" soal Armelyn.

"Dahlea nak siram pokok. Lepas tu potongkan pokok yang mana patut. Itu sahaja." balas Dahlea. Terangguk-angguk Armelyn mendengarnya.

"Armelyn..." Kedengaran satu suara memanggilnya dari arah belakang. Serentak Dahlea dan Armelyn menoleh ke belakang.

"Saya?" soal Armelyn terkebil-kebil.

"Iya awaklah. Takkan Damia tu pula." balas Fazlan.

"Nama patik Dahlea, Tuan Putera." Dahlea membetulkan. Armelyn menahan tawa.

"Hah apa-apa sahajalah. Nak pergi mana?" soal Fazlan.

"Saya nak pergi tolong Dahlea. Kenapa ya Tuan Putera?"

"Ezra suruh awak tengokkan kucing dia. Tolong bagi kucing dia makan atau apa-apa sahajalah. Kucing dia ada dekat taman yang kami selalu lepak tu. Tolong ya? Saya dah lewat nak pergi kerja ni." ujar Fazlan. Bergegas dia pergi dari situ. Armelyn sudah menelan air liur. Sudah hampir tiga minggu dia tidak nampak binatang itu. Mampukah dia menghadapi binatang itu semula?

"Awak teman saya boleh tak Dahlea. Saya takut kucing." pinta Armelyn. Tangan Dahlea digoncangnya perlahan. Sungguh dia terdesak sekarang ini.

"Dahlea! Apa kau buat dekat sini? Kau ponteng kerja kau? Berani kau curi tulang!" Marah Aifa dengan nada yang masih dikawal.

"Bukan macam tu Cik Aifa. Saya–"

"Sudah! Tak payah bagi alasan kalau tak penting. Pergi buat kerja kau!!" ujar Aifa memotong kata-kata Dahlea. Dahlea terus beredar dari situ. Tidak mahu Aifa memarahinya lagi.

"Cik Armelyn. Walaupun pangkat Cik Armelyn lagi tinggi daripada saya, itu tidak bermakna Cik Armelyn boleh menyuruh dayang-dayang untuk meninggalkan kerja mereka. Saya harap, Cik Armelyn tidak membuat kesilapan ini lagi sekali." ujar Aifa lagi.

"Ba–" Belum sempat Armelyn hendak menghabiskan kata-katanya, Aifa sudah berlalu pergi dari situ.

"Garangnya." omel Armelyn. Langkah kaki dihayunkan menuju ke arah taman dengan mulut yang terkumat-kamit memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.

EMERALDWhere stories live. Discover now