BAB 13

558 48 20
                                    

Kot baju dibuka sebelum pintu bilik dikuaknya. Kepala digeleng seketika melihat Danial yang sudah lena tidur di atas katil miliknya. Lelaki ini suka betul menerjah biliknya. Tidak kiralah berapa kali pun dia memberi amaran. Pintu bilik ditutupnya kemudian dikunci seperti biasa.

David berjalan menghampiri Danial. Wajah Danial ditatapnya seketika. Hairan dia melihat lelaki itu berpeluh-peluh dan berwajah pucat. Tangannya naik menyelak rambut Danial. Belakang tangan ditekap di dahi Danial sekejap.

"Panas. Danial, kau demam ke?" soal David sambil menepuk pipi Danial. Danial langsung tidak memberi sebarang tindak balas.

"Haih budak ni..." keluh David. Hoodie yang dipakai oleh Danial dibukanya. Tersentak dia melihat Danial tika ini. Sesuatu yang terurai panjang itu betul-betul mengejutkan dirinya. Dia tidak menjangka, dia akan melihat sesuatu yang seperti itu.

"Kau sebenarnya siapa Danial?" soal David. Soalan itu sepi tanpa jawapan. David memejamkan matanya seketika. Dia kembali mengurus luka di bahu Danial. Apa-apa pun, nanti sudah pasti dia akan mencari tahu tentang Danial. Usai mengurus luka Danial, David memakaikan hoodie Danial semula. Tuala basah diletakkan di atas dahi Danial.

"Jangan harap kau boleh terlepas Danial. Ada sesuatu yang pelik tentang kau. Apa tujuan kau datang ke istana?" ujar David perlahan yang hanya dapat didengari oleh dirinya sendiri sahaja. Dia terus beredar dari situ untuk mandi.

Petang berganti malam. Sungguh meriah sekali di kawasan luar istana. Rakyat jelata telah mengadakan pesta sempena menyambut raja baharu. Cahaya lampu pelbagai warna terpancar di mana-mana sahaja.

"Emm lena betul." gumam Danial. Mata dicelik kemudian dia memandang kawasan sekelilingnya.

"Dah bangun? Sedap menumpang dalam bilik aku?" tegur satu suara. Danial yang sudah dapat mengagak suara kepunyaan siapa tersengih lebar.

"Bilik kau wangi. Aku suka. David, sekarang sudah pukul berapa?" soal Danial. David menyilangkan tangannya di dada. Badan disandarkan pada pintu almari.

"Pukul 10:02 minit malam."

"Aish!! Aku dah terlambat ke? David!! Jom pergi pesta!!" ajak Danial.

"Tak nak." jawab David. Dia tidak begitu menggemari pesta kerana terdapat orang ramai. Jikalau dia pergi sekalipun, itu teramatlah jarang.

"Alaa David... Jomlah... Aku tak pernah pergi tau?" Danial membuat muka sedih. Mulut dimuncungkan sambil menggoyang tangan David. David yang tersentak tangannya ditarik oleh Danial terus merentap tangan Danial.

"Auch sakitlah!" desis Danial. David bertambah cuak. Dia lupa akan kecederaan Danial.

"Kau okey?" soal David, risau.

"Aku okey. Tak apalah. David, aku nak pergi pesta. Jomlah ikut aku. Kau kan mahir selok-belok jalan dekat Kota Xhandelion." ujar Danial. Dia masih lagi cuba memujuk David.

"Iyalah." David mengalah. Dia turutkan sahaja kerana rasa bersalah.

"Okey jom!" Danial sudah tidak sabar.

"Tukar baju kau dulu. Baju kau kotor." suruh David. Riak wajah Danial berubah muram.

"Tak boleh ke aku pakai baju ni je? Aku tak bawa bajulah. Nak balik, aku takut nanti pesta tu dah tamat." ujar Danial.

"Guna baju dulu. Dah... Pergi salin cepat!!" David menolak tubuh Danial agar segera ke bilik air.

"Uwau!! Baju abang handsome!!" teruja Danial. Bukan biasa-biasa dapat pakai baju abang handsome! David menggelengkan kepalanya. Layankan sahaja perangai tidak betul Danial.

EMERALDWhere stories live. Discover now