Kumohon , Tuhan

12 2 0
                                    


Tuhan , hari ini aku datang lagi menemuimu  .

Aku datang bersama segunung dosa , dengan harapan agar Kau mengampunkan aku.

Tuhan , aku hamba-Mu yang penuh hina , tak lekang dari dosa , tak bebas dari nafsu .

Tuhan , ampunkan aku hamba-Mu 

Hamba yang sering terlupa , yang acapkali terleka . Sedang nikmat yang kau kurnia masih ada merata - rata , masih lagi aku persia .

Namun kusedar , Tuhan

Meski berjuta kali aku terjatuh , kutahu rahmat dan keampunan-Mu pasti senantiasa ada untukku .

Sedarkan aku Tuhan , untuk selalu kembali kepada-Mu

Jangan sesekali kau biarkan sampanku hanyut , hingga tenggelam di lautan dalam.

' Lautan ' yang aku namakan - Kemurkaan-Mu .

Aku takut , Ya Allah . 

Aku gusar andai keterlekaanku memakan diriku , 

tatkala hati ini menyangka ia masih punya peluang bertaubat - namun Izrail terlebih dahulu datang menghambat .

Kutahu , Tuhan

Bahawa nyawa yang kupunya kini , bahkan bukan milikku sendiri

Kerana ia adalah milik-Mu , ada padaku sekadar pinjaman , hadir sebagai ujian , kerana Engkau mahu melihat antara kami - siapa yang paling beriman ?

Maka ku mohon Tuhan , sedarkan aku untuk selalu berpulang

Jangan biarkan arahku sesat , jangan biarkan langkahku terjerat , dengan tipu daya Iblis terlaknat .

Tuhan , kini aku datang lagi menemuimu .

Bersama dosa yang menghuni jiwaku , Kau bersihkan lah ia dari hatiku

Kerana aku ingin mengabdi sisa hayatku , hanya untuk-Mu

Kerana aku ingin menjadi perindu syurga , yang berjuangnya tiada jemu

Kerana aku ingin kembali merasa , indahnya hidup dalam kasih sayang-Mu .

Berdamai dengan kenyataanWhere stories live. Discover now