Dulu , masa kecik aku selalu persoalkan macam macam benda. Masa tu aku memang nak sangat adik. Aku persoalkan kenapa aku anak bongsu , kenapa aku sorg ja perempuan dalam adik beradik , kenapa sepupu aku kebanyakan nya depa ada kakak yang rapat dan jadi geng depa. Masa tu , aku mmg rasa tak puas hati .
Tapi dari masa ke masa .. aku mula membesar dan akal pun mula mendewasa. Kita pun dah terbiasa dan selesa dengan apa yg aku ada. Walaupun aku takdak kakak tapi aku ada 3 abang yang sangat la function bagi aku hahaha
Aku mula berdamai dengan kenyataan , ya mungkin aku takdak adik sebab aku tak cukup sabaq nak hadap karenah seorang adik. Mungkin aku takdak kakak sebab aku tak sanggup berkongsi kasih. Yala sebab anak perempuan sorg mesti la jadi anak kesayangan mak kan hehe
Kadang kadang kita tak sedaq yang kita sebenarnya ada nikmat yang sangat besaq. Tapi kita suka memilih untuk mengeluh dengan apa yang kita takdak. Mungkin manusia memang dah sikapnya begini , lupa dengan 999 nikmat hanya kerana 1 luka kecil yang singgah dalam hidup kita.
Takleh nak nafikan .. waktu dah besaq pun ada ketika aku teringin bila tengok kawan kawan aku ada kakak , tapi aku cuba tepis perasaan tu. Sebab aku tau ada ramai jugak orang yang cemburu dengan orang yang ada abang. Bahkan ada ramai lagi anak tunggal yang tak berkesempatan untuk merasai kasih sayang dari insan yang berkongsi rahim dengan depa.
Dan kita ada nikmat tu :) kalau takdak sekalipun.. at least kenanglah dua malaikat yang Allah kirim untuk kita - ibu dan ayah. Ya ada ramai jugak org kat luaq sana hidup sebatang kara tanpa ayah dan ibu. Jadi dari kita duk persoalkan kenapa kita tak da ini , family kita tak ramai mcm org lain , apa kata kita hargai ja apa yg kita ada ;)
Sebab aku tau Allah tak pernah kejam. Dia maha adil , bahkan kasih sayangnya adalah bentuk keadilan yang sebenar-benarnya. Apa yg aku dapat lihat , contoh la sorg ni kan dia selalu ada masalah ngan kawan-ii. Orang ni tak ada geng atau lingkungan sahabat yang ramai mcm org lain. Tapi Allah kurniakan dia keluarga yang sangat penyayang , sangat supportive.
Ada pula orang yg ada masalah keluarga , tapi ada kawan-kawan yang fun , yang selalu amik berat pasal dia . Yang selalu ada waktu dia susah . Nampak dak ? Semua org ada bahagian masing-masing , tinggal kita ja nak nampak atau dak ;)
Okay tula yang aku nak sampaikan- Tentang nikmat pinjaman yang bernama keluarga. Tak dinafikan kadang kadang perasaan tu memang akan hadir , rasa nak membanding tu memang akan mai. Tapi tak usah biar ia menghanyutkan kita .. sebab salah satu cara syaitan nak pesongkan kita adalah dengan menyuruh kita untuk mempersoalkan takdir , Nauzubillah
Walau macamana lekeh pun keluarga kita , mcmn susahnya mak ayah kita , macamana buruk pun adik beradik kita , depa tetap darah daging kita. Darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah darah yang sama , benci manapun kita , kasih dan cinta tu tetap akan setia mengalir dalam diri kita semua walau kita tak sedaq pun benda tu.
Jadi bersyukurlah , setidaknya kita masih punya keluarga. Kekuatan yang tiada tolok bandingnya , tempat untuk kita berteduh dan ruang untuk kita menagih secebis kasih dan belaian. Belajarlah untuk menerima , memaafkan dan melengkapkan .
Akhir sekali aku nk kata .. kita tak perlu tunggu kesempurnaan datang - baru nak rasa bahagia. Sebab bahagia bukan hanya akan wujud bila kita punya segalanya , tapi ia hadir tatkala kita bersyukur apa adanya ;)
YOU ARE READING
Berdamai dengan kenyataan
RastgeleKita selalu rasa hidup kita tak adil. " Kenapa orang lain bahagia, dan bukan aku ? " Tunggu. Memang kau tak bahagia, atau kau ja yang tak faham hakikat bahagia ?