Kasih Tuhan itu indah.
Dari cara Dia mengurniakan nikmat-Nya, dari cara Dia menetapkan segala perkara, dari setiap ujian yang Dia kirimkan untuk hamba-Nya, dan dari sekecil-kecil perkara yang kita hadapi pada setiap saat dan ketika.
Segala yang telah kita lalui selama ini sama ada bahagia mahupun duka, itu semua datang dari tanda kasih dan cinta-Nya.
Terkadang kita mungkin mengeluh, mengapa Dia tidak mendengar rintihan yang lelah kita luahkan? Mengapa doa yang kita panjatkan, tidak dibalas dengan perkara yang kita harapkan. Kita selalu marah, kita selalu resah, merasa bahawa Dia tidak pernah kisah.
Sedangkan... Ternyata Bukan Dia yang mengabaikan, tetapi kita yang tersalah ertikan. Makna sayang Tuhan itu tidak sama dengan pengetahuan kerdil kita sayang, Dia mengambil dan menjauhkan sesuatu dari kita, pasti untuk kebaikan, Dia tidak memberikan apa yang kau pinta kerana Dia punya sesuatu yang lebih istimewa untuk diberikan.
Maka bertenang, dan percayalah.
Bahawa Tuhan punya cara yang lebih indah dalam merencanakan.
YOU ARE READING
Berdamai dengan kenyataan
RandomKita selalu rasa hidup kita tak adil. " Kenapa orang lain bahagia, dan bukan aku ? " Tunggu. Memang kau tak bahagia, atau kau ja yang tak faham hakikat bahagia ?