Andai saja.. Dia ambil semua rasa cinta kita pada dunia hingga tidak tinggal sekelumitpun di hati ini, hingga kita dapat rasa manisnya mengejar syurga -- alangkah indahnya.
Andai saja, Dia tarik segala kenikmatan kita dalam melakukan dosa, dan menggantikannya dengan rasa dahaga akan kebaikan dan pahala. Alangkah beruntungnya.
Andai saja Dia suntikkan rasa takut dalam jiwa ini untuk melakukan kemaksiatan, dan disuntiknya juga kesedaran bahawa ajal akan tiba bila bila masa tanpa tanda dan amaran sehingga kita menjadi insan yang menjaga diri di setiap ketika, alangkah bertuahnya.
Andai saja mata ini dikurniakan keupayaan untuk melihat hal hal yang terhijab seperti ganjaran di hari kemudiannya hingga kita menjadi pemburu janji-Nya yang setia, alangkah baiknya.
Tapi itu semua tidak boleh berlaku andai kita sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya bukan?
Percayalah, Kemanisan iman itu wujud, kenikmatan beribadat itu wujud, perasaan cinta kepada akhirat yang mampu membuatkan seseorang tidak mempedulikan lagi janji palsu dunia, semua itu wujud.
Sebab tak hairan la macamana ada wali wali yang sanggup tinggalkan kehidupan dunia semata mengejar indahnya janji-Nya. Ada sahabat dulu kala yang sanggup bergadai nyawa di medan peperangan, ada tokoh Islam yang sanggup hidup miskin kerana tidak lagi menginginkan kemewahan.
sebab perasaan tu memang wujud. Perasaan indah, yang digelar sebagai kemanisan iman.
Semua orang mampu rasa benda ni, cuma bezanya adalah kita nak cari atau tak ja :)
Jujurnya aku pun tak sampai lagi tahap tu. Tapi tula, moga kita jadi salah satu dari golongan tu, satu hari nanti.
YOU ARE READING
Berdamai dengan kenyataan
RandomKita selalu rasa hidup kita tak adil. " Kenapa orang lain bahagia, dan bukan aku ? " Tunggu. Memang kau tak bahagia, atau kau ja yang tak faham hakikat bahagia ?