Sendiri.

97 5 2
                                    

Dulu mungkin aku rasa sendiri adalah hal yang menyedihkan,

Dan mungkin ganjil jika dibandingkan dengan kebiasaan zaman sekarang.

Perasaan seakan akan diri tidak diperlukan.

Hati terus menyalahkan diri sendiri – apa kurangnya aku berbanding mereka yang lain ?

Rupanya kini aku tersedar

Sendiri - bukanlah hal yang salah.

Ia tidak memilukan

Bahkan untuk yang masih sendiri.. engkau adalah insan pilihan tuhan.

Di saat hati dan jiwa-jiwa lain enak dibuai cinta palsu,

Tuhan pelihara hatimu hanya untuk-Nya ; cinta abadi yang Satu.

Kau bertanya apa kau tak layak disayangi ?

Namun apalah ertinya, jika kau disuap oleh cinta manusia yang hanya penuh dengan duri

Andai ia di sua bukan pada waktunya.

Cinta sejati – tidaklah datang dalam keadaan yang tidak  Dia  redhai , sayang.

Jangan kau biar dirimu diperdaya

Dengan bungkusan kata manis yang isinya hanya dusta.

Sekali lagi aku tekankan, bahawa bersendirian itu tidaklah begitu menyedihkan.

Ia bukan salahmu, bahkan kau sedang berada di jalan yang memang sepatutnya kau berada.

Biarkan hatimu di genggam oleh-Nya,

Jadikan iman dan takwamu teguh, jangan pernah kau biarkan ia runtuh.

Tentang kasih yang masih belum dipetik,

Usahlah kau bimbang akan pemiliknya.

Biarkan saja ia mekar semahunya di kebun jiwa yang subur tanpa secalit cela

Kelak pemiliknya pasti akan tiba untuk menjemputnya.

Usah kau berduka kerana kau masih sendiri,

Kerana hakikatnya kita tidak pernah sunyi dari cinta dan perhatian Sang Rabbi.

Berbahagialah wahai hati yang memilih sendiri, demi meraih redha Tuhanmu.

In sha Allah satu hari nanti, 

Kau akan menemui kebahagiaanmu.

Berdamai dengan kenyataanWhere stories live. Discover now