Sudah terlalu lama kau berdiri megah di sana,
Mengukir senyuman indah yang nyata hanya pura-pura.
Aku tahu jiwamu sedang dimamah luka,
namun kau begitu kuat untuk terus berpura-pura bahagia di hadapan sekalian manusia.
Namun hari ini kau akhirnya terjatuh, rapuh dan tidak berdaya.
Air mata yang ditahan akhirnya tumpah menyembah tanah.
Tak apa, itu bukan salahmu.
Terkadang manusia memang memerlukan 'jatuh' untuk mencari semula secebis harapan yang tak boleh kaucapai andai kau berdiri di kaki langit.
Kerana kadangnya sinar itu hanya boleh kaukutip di bawah, di balik rumput berdebu atau tandusnya tanah.
Mungkin di situ , tersembunyi mata air yang tak pernah kau sangka,
ia akan mampu merubah duniamu menjadi hidup semula.
Aku faham andai kau ingin menangis, aku faham andai kau memilih untuk ' menghilang ' dari sandiwara dunia buat seketika waktu.
Kerana hakikatnya, walau se-gah manapun matahari itu menyinar, ia akan tetap punya waktu untuk terbenam dan berehat, sebelum kembali bersinar pada esok harinya.
Sedarlah, kau adalah matahari yang megah itu. Jangan kaubiar jatuhmu itu selamanya, kerana masih ada banyak nyawa yang mendambakan sinarmu itu !
YOU ARE READING
Berdamai dengan kenyataan
RandomKita selalu rasa hidup kita tak adil. " Kenapa orang lain bahagia, dan bukan aku ? " Tunggu. Memang kau tak bahagia, atau kau ja yang tak faham hakikat bahagia ?