Biarlah manusia tak menghargai, asalkan Allah ada menghitung segala amal yang kita beri.
Biarlah manusia mengabaikan, Asalkan bukan Allah yang melupakan.
biarlah manusia mencaci, asalkan bukan Allah yang membenci.
Biarlah kita merasa tidak diingati oleh orang orang, asalkan ada Allah setia memberi perhatian di setiap malam dan siang.
Biarlah, Allah ada sayang.
Biarlah mereka menyakitkan, kan ada Allah setia menyembuhkan.
Biarlah mereka tidak berterima kasih, percaya bahawa Allah itu ada di setiap duka dan letih.
jasamu tidak sirna sebenarnya, ia sebenarnya dikira oleh Allah
biarlah jika manusia tidak menyedari, kelak kau pasti akan nampak balasannya di syurga hakiki.
YOU ARE READING
Berdamai dengan kenyataan
RandomKita selalu rasa hidup kita tak adil. " Kenapa orang lain bahagia, dan bukan aku ? " Tunggu. Memang kau tak bahagia, atau kau ja yang tak faham hakikat bahagia ?