Suatu hari di kedai Kujigoji, Reina datang melawat Sougo dan kawan-kawannya. Sudah tentu, Sougo, Geiz dan Tsukuyomi akan bermain dengannya dan berseronok bersama sepanjang hari. Tapi, kali ini, sesuatu yang tidak pernah mereka fikirkan akan berlaku dan ianya...
"Sougo-nii. Boleh tak bawa Reina ke masa depan tahun 2068?" Minta si gadis kecil itu.
"Eh?" Sougo, Geiz, Tsukuyomi dan Woz (muncul entah dari mana) tiba-tiba terhenti seketika setelah mendengar permintaan Reina itu.
"Reina cakap, boleh tak bawa Reina ke tahun 2068." Ulang si hadis kecil itu lagi sekali.
"Eehhhhh!?" Jerit Sougo dan kawan-kawannya yang mula terkejut.
Reina menutup kedua-dua telinganya sebab jeritan mereka yang kuat itu.
"Biar betul ni? Kamu nak buat apa pergi ke sana?" Tanya Tsukuyomi.
"Kan Tsukuyomi-nee dan Geiz-nii berasal dari tahun tu. Jadi Reina pun teringin nak ke sana." Jawab gadis kecil itu dengan muka yang tidak bersalah.
"Saya pun berasal dari sana juga lah..." Kata Woz tapi tiada siapa pun yang peduli.
"Reina, dengar sini. Tahun 2068 tu keadaanya sangat teruk dan tak selamat. Agak bahaya untuk kamu pergi ke sana." Kata Geiz.
"Kenapa?" Tanya Reina.
"Sebabnya ada raja iblis berada di tahun itu." Jawab Tsukuyomi.
"Maksud Tsukuyomi-nee, Sougo-nii yang dah jadi Maou, Ohma Zi-O ke?"
"Hm, betul tu. Abang sendiri pun tak mahu jumpa dia lagi." Kata Sougo.
"Sebab Sougo-nii pernah dibelasah teruk oleh Ohma Zi-O, kan? Dikalahkan oleh Drive pulak tu." Kata Reina pada Sougo.
"Eh, nanti? Macam mana kamu tahu?" Tanya Sougo yang agak terkejut.
"Woz yang bagitahu." Jawab Reina sambil tunjuk ke arah Woz.
Woz kemudian berpaling sambil pura-pura membaca bukunya. Sougo merenung Woz dengan pandangan muka yang hampa.
"Jadi? Boleh tak bawa Reina ke sana?" Tanya Reina lagi.
"Reina-chan, dengar sini. Bukan kami tak nak bawa kamu ke sana tapi kat situ bahaya. Kamu tak takut ke dengan Ohma Zi-O?" Kata Tsukuyomi pada gadis kecil itu.
"Betul tu. Dia lah raja iblis paling teruk dan paling jahat pernah wujud. Kalau abang jumpa dia, memang abang akan belasah dia cukup-cukup." Kata Geiz sambil memberi buku lima pada tapak tangannya.
"Hei, Geiz awak sedar kan yang awak cakap pasal saya." Kata Sougo.
"Oh, maaf. Maksud saya, diri awak di masa depan tu. Hehehe." Balas Geiz.
"Tapi kenapa Reina nak sangat ke masa depan tu? Ada sesuatu ke yang kamu nak lihat?" Tanya Tsukuyomi.
"Ada. Sudah tentulah tugu peringatan Sougo-nii dan 19 Heisei Rider yang lain tu." Jawab si gadis itu.
"Tugu..." (Sougo)
"...peringatan?" (Geiz, Tsukuyomi dan Woz)
---
Beberapa minit kemudian, di dalam Time Mazine.
"Mari bertolak~!" Kata Reina dengan penuh teruja sambil berada di dalam Time Mazine Zi-O Unit bersama Sougo dan Tsukuyomi.
Manakala, Geiz dan Woz pula berada dalam Time Mazine Geiz Unit.
"Kenapa awak kena naik Time Mazine ni sekali? Bukan ke awak boleh lompat je ke zaman masa depan tu?" Kata Geiz yang mula rasa jengkel dengan Woz yang berada di dalam Time Mazine miliknya.
YOU ARE READING
Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden Series
FanfictionPara Heisei Kamen Rider yang berjuang demi keamanan manusia. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk mereka kembali ke kehidupan masing-masing setelah pertempuran mereka tamat. Bersama-sama kawan-kawannya, kehidupan Ogami Guren bersama dengan para He...