🎂Hari yang istimewa🎂

119 0 0
                                    

<Kediaman Keluarga Ogami>
<Waktu pagi>
<Pukul 8:00 a.m>

Pada suatu pagi yang begitu indah, Beni baru saja bangun daripada tidurnya. Dia pun mula bangun dari katil dan membuka langsir biliknya untuk melihat keindahan di waktu pagi. Keadaan pada pagi itu begitu cerah. Beni terus mengangkat tangan kanannya untuk melindungi pandangannya kerana cahaya di waktu pagi itu agak terang sedikit.

Beni memandang ke luar jendela di biliknya. Dia seperti memikirkan sesuatu. Agaknya apa yang dia fikirkan?

"Saya dah mula terbiasa tinggal di sini. Saya tak sangka pula... ada orang yang akan terima saya." Kata Beni pada diri sendiri.

Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah sebuah meja di dalam bilik itu. Di atas meja tersebut terdapat beberapa buah bingkai gambarnya bersama-sama dengan Guren dan Reina. Gambar-gambar tersebut merupakan saat-saat gembira mereka bertiga.

Beni kemudian mengambil salah satu gambar itu dan melihatnya. Gambar tersebut adalah sewaktu mereka bertiga pergi ke taman untuk berkelah. Reina begitu gembira pada saat itu kerana dapat menghabiskan waktu berharga bersama kedua-dua ibu bapanya.

Beni mula tersenyum apabila melihat gambar tersebut. Tidak lama kemudian, Beni baru sedar akan sesuatu pada pagi itu.

"Tunggu dulu. Di mana Guren dan Reina?" Tanya Beni yang baru sedar.

---

<SpecTrust Base>
<Waktu pagi>

Di bilik kawalan pangkalan itu, Guren sedang memikirkan tentang sesuatu bersama dengan Reina. Seiran dan yang lain baru saja sampai dan mereka memasuki bilik kawalan tersebut.

"Hei, Guren. Kami semua dah sampai. Ada apa awak panggil kami semua datang ke sini awal-awal pagi macam ni?" Tanya Seiran pada sahabatnya itu.

"Sebenarnya, hari ni adalah hari lahir Beni. Saya pun tak tahu apa yang saya patut buat untuk dia pada hari ni." Jawab Guren.

"Itu saja? Saya ingatkan hal apa lah tadi." Kata Seiran yang berasa sedikit kecewa dengan tujuan Guren memanggil mereka semua.

"Seiran Nii-chan... Ini adalah hari yang paling penting bagi mama, tahu tak. Reina mahu raikan hari lahir mama dan abang-abang semua kena bantu Reina dan papa." Kata gadis kecil itu.

Kata-kata Reina itu membuatkan Seiran berasa serba salah. Memang betul Seiran tak berapa suka pada Beni sejak dia tinggal bersama Guren. Tapi, dia juga ambil berat padanya sebab dia memang tidak boleh biarkan saja kawan-kawannya berada dalam kesusahan.

"Abang minta maaf, Reina. Guren, apa rancangan awak untuk raikan hari jadi Beni ni?" Tanya Seiran.

"Hmm... Itulah masalahnya. Saya dan Reina dah pun habis fikir pasal hal ni. Tapi kami langsung tak dapat idea untuk sambut hari lahir Beni." Balas Guren

"Apa kata awak buat majlis kejutan untuk dia. Dia mungkin tak tahu yang hari ni hari lahir dia kan?" Cadang Chuuki.

"Betul juga tu. Tapi, kita nak buat majlis tu kat mana?" Fikir Tokusa.

"Ada baiknya kita lakukan saja majlis tu kat sini." Cadang Gen pula.

"Rasanya itu idea yang bagus. Krim-san dan White-san dah bagi kebenaran kepada kita untuk gunakan tempat ni kalau kita ingin buat apa-apa majlis." Kata Guren dengan penuh gembira.

"Tapi papa, macam mana kita nak lakukan persiapan majlis tu?" Tanya gadis kecil itu pada ayahnya.

"Itu... Aa... Papa pun belum fikirkannya lagi." Jawab Guren sambil menundukkan kepalanya.

Sekarang mereka semua kembali seperti tadi. Mereka cuba sedaya-upaya memikirkan rancangan untuk menyambut hari jadi Beni. Tak lama kemudian, Seiran mendapat satu idea.

Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden SeriesWhere stories live. Discover now