🎄Special: Hari Christmas🎄

45 1 0
                                    

<Tempat: Pusat Bandar Benham>
<Waktu: Pukul 6:00 ptg>

Pada suatu hari yang indah di Bandar Benham sambil terdapat salji yang turun di bandar ini, kelihatan Guren sedang berjalan-jalan sambil membawa beberapa beg plastik yang berisi barang-barang untuk hiasan Hari Christmas.

"Baiklah, saya dah dapat semua barang-barang ni. Sekarang, saya cuma perlu balik dan selesai menghias rumah. Hehehe... Beni dan Reina mesti gembira." Guren berkata dengan nada yang penuh kegembiraan kerana dia dapat menyambut hari christmas bersama Beni dan Reina pada tahun ini.

[Flashback]

<3 hari lepas>

Beni dan Reina sedang bermain bersama di ruang tamu sementara Guren sedang menonton TV. Pada waktu itu, Guren baru saja teringat yang hari christmas semakin hampir.

"Hei, Beni... Reina..." Guren memanggil nama kedua-dua insan yang disayanginya itu.

"Ya, Guren." Sahut Beni dan Reina yang berpaling ke arah Guren

"Ada apa ni, papa?" Tanya Reina.

"Memandangkan Hari Christmas dah hampir tiba, apa kata kita bertiga sambutnya pada hujung minggu ni. Nak tak?" Guren mencadangkan kepada mereka.

"Oh, hari Christmas ke? Boleh, apa salahnya. Lagi pun ini merupakan Christmas pertama Reina." Jawab Beni sambil mengusap kepala Reina.

"Hari Christmas tu apa, papa?" Tanya Reina yang pertama kalinya mendengar nama itu.

"Hari Christmas itu adalah hari cuti di mana semua orang dapat bersama keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang berkumpul dan berseronok pada hari cuti itu. Mereka akan berkumpul dan saling bertukar-tukar hadiah pada hari tersebut." Jelas Guren tentang sambutan Hari Christmas kepada Reina dengan muka yang teruja.

"Wow... Bunyi macam seronok lah, papa. Reina nak sambut Hari Christmas dengan papa dan mama lah kalau macam tu." Kata Reina dengan penuh teruja dan matanya mula bersinar-sinar menunjukkan keterujaannya.

"Sudah tentu boleh, sayang. Kami pun mahu menyambut Hari Christmas ni bersama kamu. Sudah lama mama impikan semua ni. Sekarang, dengan adanya kamu, mama rasa yang impian mama dah tercapai." Beni berkata dengan wajah yang penuh rasa bahagia.

Guren kemudian bangun dari kerusinya dan...

"Baiklah, kalau macam tu kita bertiga akan sambut Hari Chrismas bersama." Kata Guren.

[Flashback ends].

Guren tersenyum apabila mengingati perkara yang terjadi pada hari tersebut. Sejak dari hari itu, Guren sudah pun melakukan persiapan untuk Hari Christmas ini.

Semasa dia dalam perjalanan pulang, Guren dapat melihat semua orang di bandar begitu seronok dengan persiapan Christmas masing-masing. Dia juga dapat melihat ramai orang berkumpul di plaza utama pusat bandar yang terdapat pokok Christmas gergasi dan sedang dihias untuk persiapan bagi menantikan hari yang istmewa itu.

Kemudian Guren meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah.

"Oops, baik saya cepat. Saya tak boleh biarkan mereka menunggu terlalu lama." Kata Guren lalu dia melajukan langkahnya.

---

<Kediaman keluarga Ogami>

Di rumah, Beni dan Reina sedang menyiapkan hiasan Christmas di rumah mereka. Reina berasa begitu teruja untuk menyambut perayaan Hari Christmas ini bersama dengan Beni dan Guren memandangkan ini merupakan Christmas pertamanya bersama mereka berdua.

"Mama, ini kotak barang hiasan tu." Kata Reina sambil menghulurkan kotak kecil berisi barang-barang untuk hiasan Christmas.

"Terima kasih, sayang." Ucap Beni lalu dia mengambil beberapa bahan perhiasan tersebut lalu mendekorasikan ruang tamu rumah mereka.

Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden SeriesWhere stories live. Discover now