<Di sebuah café di bandar>
Di café ini, Fuwa Isamu dan Yaiba Yua sedang duduk di meja mereka. Di sebelah mereka terdapat seorang kanak-kanak sedang menikmati jus oren sambil memandang mereka berdua. Ya, kanak-kanak perempuan itu adalah Reina.
Suasana begitu senyap di situ dan tidak lama kemudian, Fuwa mula bersuara.
"Okey, Yaiba. Bagitahu saya kenapa awak suruh saya datang ke sini? Lagi satu, kenapa Reina ada bersama dengan awak sekali?" Tanya Fuwa pada perempuan di hadapannya itu.
"Sebenarnya saya panggil awak ke sini atas satu perkara saja." Jawab Yua.
Tiba-tiba suasana kembali senyap dan Reina hanya mampu memerhatikan saja dua orang dewasa di hadapannya itu sambil memegang gelas minumannya.
"Mhm?" Reina mula tertanya-tanya.
Setelah itu, Yua berkata.
"Saya nak awak temankan Reina ke taman tema bersama saya."
"Huuuh?!" Fuwa terkejut.
"Awak dengar, kan? Saya nak awak temankan saya pergi ke taman tema bersama Reina." Kata Yua lagi.
"Nanti sekejap. Kenapa saya yang kena temankan awak dan Reina ke taman tema tu?" Soal Fuwa dengan nada suara tinggi.
"Sebabnya kalau Reina nak bermain di sana, sekurang-kurangnya kena ada dua orang dewasa yang kena temankan dia." Jawab Yua lagi.
"Logik mana pulak awak pakai ni, Yaiba? ... Dan kenapa awak tak ajak Presiden je untuk temankan dia. Kan Izu dan dia pun dah cukup." Kata Fuwa yang masih tak puas hati.
"Pada mulanya memang saya nak minta dia temankan Reina bersama saya tapi..."
[Flashback]
<Pejabat Aruto>
"Maaflah~! Saya memang nak ikut tapi kerja saya kat sini terlampau banyak." Kata Aruto sambil cuba sedaya upaya untuk menyiapkan segala kerjanya di pejabat.
"Presiden Aruto, masih ada lagi 8 buah fail yang perlu tuan tanda tangan dan diluluskan kebenaran untuk setiap projek di dalam fail-fail ini. Selepas itu, tuan kena hadiri mesyuarat pada pukul 2:30 petang." Kata Izu sambil meletakkan 8 buah fail tersebut.
Reina yang berada di sana bersama Yua hanya mampu melihat sahaja keadaan presiden muda itu yang begitu sibuk pada hari ini
"Macam mana ni, Reina?" Tanya Yua pada gadis kecil itu.
"Apa kata kita ajak Fuwa-nii?" Cadang si gadis kecil itu.
"Fuwa huh...? Okey, idea yang bagus." Balas Yua.
[Flashback ends]
Fuwa kemudian melihat Reina yang berada di sebelahnya dan Reina mula memandangnya dengan pandangan mata yang begitu comel dan tidak bersalah itu seakan-akan dia mahu Fuwa untuk pergi ke taman tema itu bersama-samanya.
"Boleh lah~... Fuwa-nii ikut Reina dan Yua-nee ke taman tema tu~." Minta si gadis kecil itu.
Fuwa agak sukar untuk mengatakan 'tidak' apabila Reina memandangnya seperti itu. Jadi akhirnya dia telah membuat keputusan untuk tunaikan permintaan Yua itu tadi.
"Huh... Baiklah, Yaiba. Saya akan ikut..." Kata Fuwa dengan terpaksa.
"Yay~!" Reina pula bersorak dengan penuh riang.
"Bagus. Kalau macam tu mari pergi sekarang." Kata Yua lalu dia mula bangun daripada kerusinya.
---
Mereka kemudian menaiki bas untuk ke taman tema tersebut. Ketika berada di dalam bas itu, Yua dan Reina sedang seronok berbual bersama sementara Fuwa hanya memandang ke luar tingkap dengan pandangan yang sepertinya agak bosan.
YOU ARE READING
Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden Series
Fiksi PenggemarPara Heisei Kamen Rider yang berjuang demi keamanan manusia. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk mereka kembali ke kehidupan masing-masing setelah pertempuran mereka tamat. Bersama-sama kawan-kawannya, kehidupan Ogami Guren bersama dengan para He...