Percutian yang tidak dirancang (Part 2)

64 1 1
                                    

<Di Lapangan Terbang Naha, Jajahan Okinawa>
<Pukul 3:30 petang>

Guren dan Beni baru saja tiba di lapangan terbang di Negeri Okinawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Guren dan Beni baru saja tiba di lapangan terbang di Negeri Okinawa.

"Akhirnya, kita dah pun sampai ke sini." Kata Guren.

Beni kemudian mula menelefon Tsukuyomi dengan tergesa-gesa.

Guren agak sedikit terkejut dan mula merasakan bahawa ini mungkin akan menjadi agak sukar bagi mereka untuk bercuti dengan tenang.

---

<Di kedai KujiGoji>

Tsukuyomi, Sougo dan Reina sedang bermain kad bersama-sama.

"Okey, abang yang akan menang kali ni. Hyah!" Kata Sougo sambil mengambil kad daripada Reina.

*Swoop!

"Huh?! Joker lagi?!" Kata Sougo yang terkejut melihat kad yang diambil olehnya adalah kad gambar Joker.

"Hahaha. Reina menang lagi~." Kata Reina sambil ketawa.

"Bagus tu, Reina." Kata Tsukuyomi dengan gembira sambil mengelus lembut rambut gadis kecil itu.

*Beep

Telefon bimbit Tsukuyomi mula berdering lalu dia terus menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Beni?" Jawab Tsukuyomi.

---

"Hello, Tsukuyomi-san. Macam mana keadaan Reina? Dia tak apa-apa, kan? Dia okey ke? Dia tak menangis, kan?" Beni terus bertanya tentang keadaan Reina secara bertubi-tubi.

---

"Bertenang, Beni. Dia tak apa-apa. Sekarang ni kami semua sedang bermain kad dan Sougo banyak kali kalah dengan dia hehehe." Jawab Tsukuyomi.

Di meja kedai tersebut, kelihatan Sougo sedang menyusun kad-kad supaya membentuk sebuah rumah kad daun terup.

"Okey! Rumah kad dah siap!" Kata Sougo dengan rasa gembira sambil mengelap peluh pada dahinya.

"Hebatlah, Sougo-nii. Sekarang buat 2 lagi rumah kad." Kata Reina.

"Eeh~... Tapi abang dah penat ni~. Suruh Geiz pulak yang buatkan." Kata Sougo sambil menunjukkan ke arah Geiz yang sedang mengelap Ziku Driver-nya.

"Huh?! Saya pula yang kena?" Soal Geiz.

"Nampaknya mereka semua sedang bergembira. Awak tak perlu risau. Reina rasa seronok dengan kami. Awak pergilah habiskan masa bersama Guren." Kata Tsukuyomi melalui telefon.

---

"Um... baiklah. Saya faham. Tolong tengok-tengokkan Reina, ya. Saya cuma nak dia terus gembira walaupun kami tak ada bersama dia." Beni berkata pada Tsukuyomi.

Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden SeriesWhere stories live. Discover now