<Kediaman keluarga Ogami>
<Waktu petang>Pada hari itu, hujan turun dengan begitu lebat berserta dengan guruh yang agak kuat. Guren, Beni dan Reina hanya mampu duduk di rumah sahaja ketika itu.
Di ruang tamu, si gadis kecil sedang merenung ke luar tingkap di mana hanya terdapat rintisan hujan sahaja di luar yang membasahi bumi.
"Huh~... hujan masih tak berhentilah papa..." Rungut si gadis kecil itu yang kelihatan sungguh sedih.
"Reina, tak baik kalau kamu mengeluh macam itu." Nasihat Guren pada anaknya itu.
"Tapi, Reina nak bermain di luar bersama papa dan mama." Reina berkata dengan muka yang kelihatan masam.
"Papa tahu kamu sedang bosan. Tapi tak semestinya kamu cuma boleh bermain di luar rumah bersama papa dan mama." Kata Guren lagi.
"Maksud papa?" Reina sedikit tidak faham apa yang dikatakan oleh Guren itu.
Kemudian Beni menuju ke arah Reina dan memeluknya dari belakang.
"Apa yang papa kamu cuba katakan ialah, kamu boleh saja bermain di dalam rumah bersama kami." Jelas si ibu gadis kecil itu.
"Tapi kan... kita nak main apa di dalam rumah ni?" Tanya Reina pada Beni.
"Itu... um... Guren awak ada cadangan tak?" Beni meminta cadangan daripada kekasihnya itu.
"Hm... Apa kata kita bermain permainan papan dulu. Nak tak?" Cadang Guren
"Um, boleh juga tu. Reina, macam mana?" Beni menanyakan pada Reina.
"Okey. Mari kita main~." Jawab Reina dengan penuh gembira.
Mereka bertiga kemudian berkumpul di meja ruang tamu tersebut dan bermain permainan papan. Mula-mula sekali, mereka bemain dam ular dan semestinya Guren yang awal sekali kalah.
"Alah... saya kalah lagi..." Rungut Guren yang sedikit kecewa.
"Papa ni... asyik kalah je kalau main dengan Reina dan mama." Kata gadis kecil itu.
"Papa bukannya apa tapi papa susah bermain kalau lawan kamu berdua." Balas Guren.
"Guren... saya nak tanya satu benda boleh?" Tanya Beni pada Guren
"Apa dia?"
"Awak... tak sengaja mengalah kan ketika bermain dengan kami?" Tanya Beni dengan pandangan musykil.
"Aa... tak. Mana ada. Saya bermain bersungguh-sungguh lah." Jawab Guren dalam keadaan cemas.
"Betul ke ni?" Beni sepertinya tidak percaya pada kata-kata Guren itu.
"Okey, kita lupakan pasal itu dulu. Apa kata sekarang kita main..." Guren cuba mengajak mereka bermain sesuatu yang lain dan tiba-tiba...
*Tup
Seluruh ruang tamu di rumah tersebut menjadi gelap dan kemudian...
"Hm? Alamak. Bekalan elektrik terputus-" Kata Guren dan selepas itu...
"Aaahhhh!" Beni mula kelihatan takut dan memeluk Guren secara tiba-tiba.
Pelukan Beni itu membuatkan Guren sedikit cemas dan mukanya mula menjadi merah.
"Be-Beni, bertenanglah. Jangan takut." Kata Guren yang mukanya sedikit merah dan berasa agak kekok dengan perkara yang terjadi sekarang ni.
"Ta-ta-ta-tapi..." Beni kelihatan agak takut sebab Beni tak pernah berada dalam keadaan gelap gelita seperti sekarang ini.
"Mama ni memang takut gelap ke?" Tanya Reina yang sedikit pun tidak takut.
"Tak lah. Ma-mama bukannya takut. Cuma terkejut sikit je." Jawab Beni.
YOU ARE READING
Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden Series
FanfictionPara Heisei Kamen Rider yang berjuang demi keamanan manusia. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk mereka kembali ke kehidupan masing-masing setelah pertempuran mereka tamat. Bersama-sama kawan-kawannya, kehidupan Ogami Guren bersama dengan para He...