<Kediaman keluarga Ogami>
<Waktu malam>Suasana di kawasan kejiranan begitu senyap pada waktu malam hari dan tak dilupakan juga di rumah Guren. Lampu-lampu sudah ditutup menandakan semua orang sedang tidur. Akan tetapi...
*Tut Tut Tut
...bunyi daripada permainan video mula kedengaran di ruang tamu.
"Reina, kamu masih belum tidur ke?" Tanya Guren pada si gadis kecilnya iaitu Reina yang sedang duduk di sofa dengan Nintendo Switch di tangannya.
"Belum. Reina tak rasa mengantuk lagi." Jawab si gadis kecil itu tanpa mengalihkan pandangannya daripada Nintendo Switch itu.
"Reina... Tak elok kalau kamu berjaga lewat malam macam ni. Budak baik kena tidur awal, faham?" Nasihat Guren.
"Hmm... Kalau macam tu tunggu sampai Reina habiskan stage yang ini ya, papa?" Kata Reina lalu dia sambung bermain permainan itu.
Guren mula melihat pada jam dinding di ruang tamu itu yang menunjukkan tepat pada pukul 11:30 malam. Tak lama kemudian...
"Guren, Reina dah tidur ke belum?!" Kedengaran suara Beni dari tingkat atas.
"Masih belum tidur lagi. Reina dah mula ikut perangai awak suka berjaga malam bermain permainan video. Selagi belum selesai, memang dia takkan tidur." Jawab Guren yang berada di bawah.
"Kalau macam tu biar saya saja lah yang suruh dia masuk tidur! Awak ni terlalu manjakan dia sangat!" Kata Beni yang sepertinya mula hilang sabar.
"Sebentar, Beni. Biar saya uruskan ni. Awak tak perlulah susah-susah turun ke bawah." Balas Guren dengan nada sedikit cemas.
Yang sebenarnya sudah beberapa kali Guren gagal menyuruh Reina untuk masuk tidur kerana hal yang sama dan setiap kali itu lah dia dimarahi oleh Beni.
"Kalau dia masih tak mahu tidur, saya akan turun ke bawah!" Kata Beni dengan nada suara yang kesal.
"Tunggu dulu. Biar saya cuba sesuatu sekejap!" Balas Guren lalu dia cuba memujuk Reina.
"Reina, kalau kamu tidur awal malam ni, papa janji esok papa belikan gula-gula yang Reina suka tu. Nak tak?" Pujuk Guren pada Reina.
"Tak nak lah. Kan papa sendiri bagitahu, kalau Reina makan gula-gula banyak-banyak, nanti gigi Reina akan sakit. Papa lupa ke?" Jawab Reina tanpa mengalihkan pandangannya daripada permainan itu.
"Oh, ya lah... Hahaha..." Guren tidak boleh berkata apa-apa setelah mendengar kata-kata Reina.
"Kalau macam tu, papa akan belikan game yang baru untuk kamu. Macam mana?" Kata Guren lagi yang cuba memujuk Reina.
"Papa... Permainan yang ni pun belum Reina habiskan. Mama cakap jangan membazir duit sebab papa kan hanya kerja sambilan kat cafe Nascita je." Jawab Reina.
"Y-ya... Betul juga tu... Ya lah kan..." Guren sekarang menemukan jalan buntu.
"Guren!!!" Suara Beni kembali kedengaran dari tingkat atas.
"Tunggu lah sekejap!" Balas Guren yang mula nampak cemas.
Guren kembali memandang si gadis kecil yang sedang asyik menekan-nekan butang Nintendo Switch-nya itu dan...
"Reina, tolong lah pergi masuk tidur. Kalau kamu pergi tidur sekarang, papa janji papa akan tunaikan satu permintaan untuk Reina." Kata Guren dengan pujukan terakhirnya.
Mendengar kata-kata itu, Reina kemudian berhenti bermain dan meletakkan Nintendo Switch-nya. Reina kini mula memandang ke arah Guren lalu berkata...
"Betul ni? Papa tak tipu Reina kan?" Tanya Reina pada si ayahnya itu.
"Betul... Pernah ke papa tipu kamu sebelum ni?" Balas Guren walaupun dia tidak pernah mungkiri janji pada Reina sebelum ini
"Hmm..." Reina mula berfikir sebentar
"Ehem!!!" Beni sudah mula hilang sabar di atas.
"Papa janji papa tak akan tolak permintaan Reina ni kan?" Tanya Reina.
"Ya, papa janji..." Jawab Guren.
Reina terdiam sebentar kerana kurang yakin dengan Guren.
"Reina tak akan kena marah, kan, kalau Reina minta?" Tanya Reina lagi.
"Ya, papa takkan marah kamu lah." Balas Guren sambil sedikit tersenyum.
"Janji, ya." Kata Reina lagi.
"Ya, papa janji. Jadi bagitahu sajalah apa yang Reina mahukan." Balas Guren lagi yang sepertinya berasa tidak sabar mahu mendengar permintaan Reina itu.
"Jadi..." Reina berhenti seketika.
"...Reina mahukan adik." Reina memberitahu permintaannya itu.
"Kaaa-laaau maaa-caaamtuuu... Pergi lah tidur!" Kata Guren yang sudah tidak mahu lagi mendengar ayat itu.
Adakah permintaan Reina akan tertunai?
[Tamat]
YOU ARE READING
Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden Series
FanfictionPara Heisei Kamen Rider yang berjuang demi keamanan manusia. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk mereka kembali ke kehidupan masing-masing setelah pertempuran mereka tamat. Bersama-sama kawan-kawannya, kehidupan Ogami Guren bersama dengan para He...