<Kedai Kujigoji>
Pada hari ini, Reina datang melawat Sougo dan kawan-kawannya. Sewaktu dia berada di sana, Reina menanyakan suatu soalan kepada Sougo.
"Sougo-nii, kalau seorang Kamen Rider naik motorsikal, adakah Rider tu perlukan lesen atau tidak?" Tanya Reina
Mendengarkan soalan itu, Sougo pun mula berfikir seketika.
"Hmm... Itu aa... Hei, Geiz. Kita memang kena ada lesen ke untuk naik motorsikal sebagai Kamen Rider?" Tanya Sougo pada Geiz.
"Apa yang awak mengarut ni? Kita mana perlukan lesen. Motorsikal kita pun tak dikenakan cukai jalan." Jawab Geiz selamba.
Reina dan Sougo terus terkejut apabila mendengar jawapan Geiz itu.
"Ehh?! Jadi kita bawa motorsikal kita sepanjang masa tu dah dikira melanggar undang-undang lah?!" Kata Sougo yang terkejut.
"Sougo-nii dan Geiz-nii langgar undang-undang jalan raya? Alamak." Kata Reina sambil berpura-pura terkejut.
"Reina, bila kamu cakap macam tu, kamu buatkan kami ni nampak macam rakyat yang tak patuh undang-undang." Kata Geiz padanya.
"Tapi sepanjang kita gunakan motorsikal kita kat sini, tak ada pulak pihak berkuasa datang dan keluarkan saman." Kata Sougo sambil melihat ke arah luar kedai.
"Lupakan semua tu, Sougo. Kita tak perlukan lesen untuk naik motor sebagai Kamen Rider. Maksud saya, ada ke Kamen Rider yang perlukan lesen untuk naik kenderaan?" Geiz memberitahu Sougo.
"Rasanya Drive, Mach dan Chaser ada lesen macam tu." Kata Reina yang mula teringat pasal Team Drive yang masing-masing ada lesen mereka sendiri.
"Nanti dulu. Mereka bertiga ada lesen?!" Kata Sougo dan Geiz serentak.
"Mhm, betul tu. Reina pernah nampak lesen Gou-nii dan Chase. Lesen mereka nampak menarik." Jawab Reina.
Tak lama selepas itu, Tsukuyomi pun menyertai perbualan mereka bertiga.
"Kakak pun ada lesen macam ni." Kata Tsukuyomi sambil menunjukkan lesennya yang berwarna putih dan terdapat logo simbol Rider-nya.
"Tsukuyomi, sejak bila awak ada lesen tu?" Tanya Sougo sambil melihat lesen milik Tsukuyomi.
"Awak tak ingat ke semasa kita berada di dunia Rider City? Saya ada ambil lesen di sekolah memandu dunia sana." Jawab Tsukuyomi.
"Kami tak tahu pun pasal tu." Kata Sougo dan Geiz serentak.
"Sebab awak berdua sibuk berlatih di Rider Arena. Awak tak perasan yang saya tak ada bersama awak berdua setiap hari bila di sana?" Balas Tsukuyomi.
"Tak." (Sougo/Geiz)
"Aduh... Tak boleh harap langsung mereka berdua ni." Kata Tsukuyomi sambil mengeluh.
"Jadi, Sougo-nii dan Geiz-nii perlu dapatkan lesen. Kalau tidak nanti, Drive pasti akan saman abang berdua kalau dia tahu abang-abang ni tak ada lesen." Kata Reina.
Sougo dan Geiz mula nampak seperti takut.
"Cakap pasal lesen ni, papa dan mama kamu ada lesen mereka sendiri ke, Reina-chan?" Tanya Tsukuyomi pada gadis kecil itu.
"Mhm, papa dan mama pun ada lesen mereka tapi mama jarang naik motorsikal dia." Jawab Reina.
"Tak sangka pulak mereka berdua pun dah dapatkan lesen untuk itu." Kata Geiz.
"Yosh! Baiklah, Geiz. Jom daftar ke sekolah memandu sekarang dan dapatkan lesen kita." Cadang Sougo pada Geiz.
"Oi, nanti dulu. Kita tak ada masa sekarang untuk semua benda ni. Sekarang ni tugas kita kena jaga setiap dimensi daripada hadapi malapetaka. Awak ingat tak?" Kata Geiz mengingatkan Sougo tentang tugas mereka sekarang.
"Oh, ya lah... Lupa pulak pasal tu." Kata Sougo sambil menggaru belakang kepalanya.
"Cakap pasal motorsikal ni, kenapa motorsikal Sougo-nii dan Geiz-nii nampak sama?" Tanya Reina.
"Sebab kedua-dua motor kami adalah Bike Ridewatch yang model sama." Jawab Geiz.
"Patutlah." Kata Sougo yang baru saja sedar akan hal itu.
"Hah?! Awak barus sedar ke?" Tanya Geiz yang terkejut.
"Ahaha... Maaf saya tak ambil perhatian sangat. Lagi pun, kita jarang pakai Ride Striker sebab kita kam ada Time Mazine" Jawab Sougo dengan selambanya.
"Oh ya, Reina ada perasan tak ramai Heisei Rider yang ada motorsikal mereka sendiri. Contohnya macam Team Build. Hanya Sento-nii saja yang ada motorsikal. Banjou-nii dan yang lain-laim tak ada pun."
"Tak silap mereka semua ada cara lain untuk bergerak." Geiz mula terfikir pasal itu.
"Rasanya Ex-Aid pun tak motorsikal dia sendiri. Motorsikal dia kan Kamen Rider juga. Eh, kejap... Boleh dia dipanggil Kamen Rider kalau dia naik Rider lain dan bukannya motorsikal betul?" Sougo mula berfikir lebih dalam lagi.
"Jangan buatkan kami keliru oi." Geiz mengetuk kepala Sougo dengan pedang surat khabar.
"Ow... Maaf."
"Jadi, Drive sepatutnya digelar Kamen Driver lah kalau macam tu." Kata Tsukuyomi."Awak juga Tsukuyomi? Aduh..." Geiz mula pening kepala sekarang.
"Hahahaha~. Bagus juga kalau berbual pasal topik macam ni. Reina rasa seronok sangat." Reina mula ketawa dengan perbualan kecil bersama trio Team Zi-O tersebut.
Sougo, Geiz dan juga Tsukuyomi pun berasa seronok juga menghabiskan masa mereka dengan Reina. Pada hari itu, mereka berempat mula berbual tentang perkara seperti itu untuk sepanjang hari.
YOU ARE READING
Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden Series
Fiksi PenggemarPara Heisei Kamen Rider yang berjuang demi keamanan manusia. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk mereka kembali ke kehidupan masing-masing setelah pertempuran mereka tamat. Bersama-sama kawan-kawannya, kehidupan Ogami Guren bersama dengan para He...