<Di hadapan sebuah kedai serbaneka>
Pada hari yang begitu mendung, hujan mula turun dengan agak lebat sekali. Semua yang berada di permukaan bumi dibasahi oleh beribu-ribu titisan air hujan.
Di depan sebuah kedai serbaneka, berdirinya seorang gadis berambut merah jambu yang memakai baju jumper berwarna putih dan merah jambu sambil memegang sebuah beg plastik di tangannya. Dia melihat ke arah langit yang dikelilingi awan hitam.
"Huh... Kalaulah saya bawa payung sekali bersama saya, mesti takkan jadi macam ni." Kata si gadis itu yang bernama Kumonari Beni sambil mengeluh.
Yang sebenarnya, Beni datang ke kedai serbaneka ini untuk dapatkan beberapa barang keperluannya dan dia tidak menyangka bahawa hari tersebut akan hujan. Jadi dia tidak membawa payung bersamanya pada waktu itu.
"Bila agaknya hujan ni akan berhenti? Kalau boleh janganlah ada kilat atau guruh sekali." Kata Beni lagi dengan penuh harapan dan...
"Lain kali awak dengar lah cakap saya dan bawa payung bersama. Tengok? Kan dah jadi macam ni." Kedengaran satu suara yang tidak asing lagi pada Beni.
Beni memandang ke arah suara itu datang dan dia melihat seorang lelaki berbaju kemeja merah berlengan panjang dan seluar jeans biru gelap yang memegang payung berdiri di hadapannya.
"Guren!" Beni pun gembira melihat Guren datang menjemputnya.
"Awak bertuah yang saya datang ke sini. Kalau tak, awak tentu terkandas kat sini sampai hujan berhenti, betul tak?" Kata Guren dengan penuh sindiran.
Mendengarkan kata-kata Guren itu membuatkan raut wajah Beni mula menjadi masam.
"Hmph! Ya, ya... Saya yang cuai sebab tak bawa payung tadi." Beni mula tersinggung dengan sindiran si kekasih hatinya itu lalu dia memalingkan wajahnya ke tepi.
Guren pun mula ketawa lalu dia mendekati Beni.
"Maaf, Beni. Saya bergurau je lah. Mari kita pulang sekarang. Reina dah lama tunggu awak di rumah." Kata Guren sambil menghulurkan satu lagi payung di tangannya.
Beni pun memandang ke arah Guren lalu dia mula tersenyum. Dia pun mencapai payung yang dihulurkan oleh Guren tadi.
"Terima kasih. Jom." Balas Beni dengan nada gembira dan dia mula membuka payungnya.
Mereka berdua pun meninggalkan kawasan kedai serbeneka tersebut dan berjalan pulang ke rumah mereka.
---
Dalam perjalanan pulang, Guren mula berbual dengan Beni. Dia juga memberitahu sebab kenapa dia datang menjemputnya di hadapan kedai tadi.
"Ouh... Jadi sebenarnya Reina yang minta awak datang jemput saya?" Kata Beni pada Guren.
"Ya... Dia agak risau bila keadaan mula hujan di rumah. Jadi dia pun minta saya pergi jemput awak." Jawab Guren.
"Rasanya saya perlu berhutang budi pada Reina, betul tak? Hehehe." Kata Beni sambil ketawa sedikit.
"Nampak gayanya macam itu lah." Balas Guren bersetuju dengan Beni.
Mereka berdua pun mula ketawa dengan penuh gembira pada ketika itu. Tak lama kemudian, mereka mula berjalan melepasi taman permainan tempat mereka pertama kali berjumpa dan tempat di mana Reina pertama kali datang bermain.
Beni pun berpaling memandang ke arah taman tadi. Setiap kali Beni memandang ke arah taman itu, pastinya dia akan mengingati semua kenangan yang dia pernah lalui di taman tersebut. Sudah dua tahun sejak dia kali pertama kenal dengan Guren dan sebelum itu hidupnya hanya dipenuhi dengan kesunyian dan kesedihan. Namun, kerana Guren dan juga Reina serta kawan-kawan yang berada di sisinya, Beni berjaya menemui kebahagiaan untuk dirinya.
YOU ARE READING
Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden Series
FanfictionPara Heisei Kamen Rider yang berjuang demi keamanan manusia. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk mereka kembali ke kehidupan masing-masing setelah pertempuran mereka tamat. Bersama-sama kawan-kawannya, kehidupan Ogami Guren bersama dengan para He...