<Kediaman keluarga Ogami>
Tarikh 2 Mei merupakan Hari Ibu yang disambut oleh semua orang untuk menghargai jasa para ibu-ibu yang menjaga dan membesarkan anak-anak mereka dan pada hari tersebut Guren sedang merancang suatu kejutan untuk ibunya, Ogami Sayaka.
Dia dari tadi sedang menelaah buku resipi masakan di ruang dapur.
"Hmm... Apa yang saya patut masak, ya? Huuuh~... Saya tak dapat nam buat keputusanlah macam ni." Keluh Guren yang nampaknya seperti hendak berputus asa.
Tak lama selepas itu Reina pun muncul dan menyapa Guren di dapur.
"Eh? Kenapa tiba-tiba papa duduk kat dapur macam tu?" Tanya si gadis kecil itu.
"Huuuh... Papa sedang pening kepala sekarang ni, Reina." Jawab Guren.
"Huh?! Papa pening kepala. Sekejap, biar Reina ambilkan ubat!" Reina baru saja hendak pergi tetapi Guren terus berkata...
"Bukan pening kepala yang itu, Reina. Papa cuma pening nak pilih masakan apa yang sesuai untuk Hari Ibu ni."
"Hari ibu? Hari apa tu, papa?" Tanya Reina yang baru kali pertama mendengar perkataan itu.
"Oh, ya lah. Hari ibu itu adalah hari di mana kita mengucapkan terima kasih pada ibu yang sudah melahirkan, menjaga dan membesarkan kita. Papa nak buat sesuatu untuk ma- maksud papa nenek kamu." Jelas Guren.
"Ouh... Reina faham. Jadi papa nak raikan Hari Ibu ni bersama nenek hari ni, kan?"
"Mhmm~! Pandai Reina. Jadi papa pun nak cuba buatkan resipi istimewa hari ni sebab nenek kamu akan datang ke sini."
"Betul ke ni? Yay~! Reina dapat berbual dengan nenek lagi~!" Reina mula melompat-lompat kegembiraan dan kemudian dia baru teringatkan sesuatu.
"Nanti dulu... Jadi maknanya Reina juga kena buatkan sesuatu untuk mama hari ni, kan? Sebab mama kan mama Reina. Reina nak raikan Hari Ibu juga." Katanya ketika itu.
Guren tersenyum saat mendengar kata-kata Reina tadi dan dia mengelus perlahan kepala si gadis itu.
"Mhm, betul tu. Papa pasti mama kamu akan gembira kalau kamu raikan Hari Ibu bersamanya." Kata Guren.
"Mhmm... Baiklah. Reina tahu apa yang Reina patut buat sekarang." Reina kemudian meninggalkan Guren dan terus naik ke biliknya di tingkat dua.
"Eh, nanti. Apa kamu nak buat, Reina?" Tanya Guren dan Reina langsung membalas...
"Itu rah...si...a~! Hehehe~!" Reina yang tersenyum terus berjalan menaiki tangga ke biliknya itu.
Guren tertawa melihat Reina gembira seperti itu. Dia tahu betapa sayangnya Reina terhadap Beni dan dia pasti Reina akan cuba berikan sesuatu yang istimewa untuknya. Kemudian...
*Swoosh!*
Guren mencapai buku resipinya dan terus mencari resipi yang sesuai sebagai hadiah Hari Ibu.
"Lagi sekali. Apa yang saya patut masak, ya?" Tanya Guren pada diri sendiri.
2 jam selepas itu...
---
"Tadaima~! (Saya dah pupang)" Ucap Beni yang baru saja pulang daripada misinya pada hari itu dan kemudian...
"Beni-chan~! Selamat pulang." Ibu kepada Guren, Ogami Sayaka terus menyahut dan memberi pelukan kepada Beni.
"E-eh?! Sayaka-sensei?!" Beni agak terkejut melihat Sayaka berada di rumahnya.
"Kamu sihat tak? Makcik rindu sangat nak jumpa dengan kamu lagi." Tanya Sayaka padanya.
YOU ARE READING
Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden Series
FanfictionPara Heisei Kamen Rider yang berjuang demi keamanan manusia. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk mereka kembali ke kehidupan masing-masing setelah pertempuran mereka tamat. Bersama-sama kawan-kawannya, kehidupan Ogami Guren bersama dengan para He...