Sesuatu yang rasa manis

31 1 0
                                    

<Kediaman keluarga Ogami>
<Waktu petang>

Pada suatu petang yang tenang di mana semua orang masih lagi melakukan kegiatan seharian masing-masing, Beni dan Reina baru saja pulang daripada Kedai KujiGoji.

Beni membuka pintu rumah dan melangkah masuk bersama Reina sambil mereka berbual.

"Tadi memang seronok kan, mama? Sougo-nii tunjukkan helah baru untuk panggil semua Ridewatch untuk jadi Grand Zi-O Watch." Kata Reina.

"Mhm, betul tu. Tapi, rasanya helah macam tu agak sukar kalau dalam misi nanti." Beni pun menanggalkan kasutnya diikuti dengan Reina.

Tiba-tiba, Beni baru saja perasan yang kasut Guren sudah pun berada di atas lantai rumah. Maknanya dia tentu sudah pulang.

"Ah, kasut papa lah. Awal pula papa pulang hari ni." Kata Reina yang melihat kasut Guren di situ.

"Betul lah. Selalunya Guren pulang lebih lewat daripada kita." Tambah Beni.

"Tapi, di mana papa?" Tanya Reina.

Kemudian, mereka berdua pun menuju ke ruang tamu rumah. Ketika itu, mereka perasan bahawa ada seseorang yang sedang tidur di atas sofa dan orang itu tak lain dan tak bukan adalah Guren.

"Papa..." Sebut Reina saat dia melihat Guren yang sedang nyenyak tidur di atas sofa itu.

Beni pun mendekati sofa itu dan memerhatikan Guren yang sedang tidur di atas sana.

"Papa kamu mesti penat lepas balik daripada sekolah. Apa kata kita biarkan dia berehat dulu untuk hari ini." Pesan Beni pada Reina.

"Mhm~! Reina setuju~. Reina naik atas dulu ya, mama~." Kata Reina lalu dia pun naik ke tingkat dua meninggalkan Beni sendirian di ruang tamu.

Setelah Reina pergi, Beni pun duduk di sofa kecil berselahan dengan sofa yang Guren sedang tidur itu sambil dia memandang ke arahnya.

"Kenapa awak tak salin pakaian awak tu dulu, Guren? Penat sangat ke awak hari ni? Hehehe~." Beni berkata seorang diri saat memerhatikan Guren yang dari tadi dibuai mimpinya.

Tak lama selepas itu, Beni mula memandang sekeliling untuk pastikan tiada sesiapa di ruang tamu.

"Hm? Hm? Baiklah~. Kawasan selamat nampaknya..." Beni pun berjalan perlahan-lahan ke arah Guren.

Beni kemudian duduk dalam posisi seiza di hadapan wajah Guren dan...

*Tup

"Hehehe... Comel lah kalau saya buat macam ni. Hehehe~." Kata Beni sambil menyentuh pipi Guren menggunakan jari terlunjuknya dengan lemah-lembut.

*Tup *Tup

"Mm... Mhm..." Guren dapat rasakan sesuatu sedang menyentuhnya dalam tidur tapi dia tidak sedarkan diri pun. Guren agak sukar untuk bangun kalau dia terlalu penat dan Beni sudah lama tahu tentang hal itu.

"Hehehe. Rasa seronok lah bila buat macam ni. Haih... Awak selalu nampak hebat dan bersemangat tapi bila tengok awak tidur macam ni, saya rasa awak ni comel lah, Guren..." Kata Beni perlahan sambil dia menatap wajah lelaki yang dicintainya itu.

Kemudian, Beni dapat rasakan suatu perasaan yang membuak-buak dari dalam dirinya dan mukanya kelihatan mula menjadi kemerah-merahan. Apa agaknya yang dia sedang alami?

"Kalau saya..." Beni cuba mendekatkan wajahnya dengan wajah Guren yang sedang tidur itu. Pada waktu itu kedua-dua bibir mereka hampir bertemu. Akan tetapi...

"Mm... Mhm?" Guren hampir tersedar waktu itu dan menyebabkan Beni tiba-tiba saja menjadi cemas.

"Aah?!" Beni cuba mengundurkan dirinya tetapi dia terlanggar meja kopi di hadapan sofa itu.

Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden SeriesWhere stories live. Discover now