💝Special: Hari Valentine 💝

50 2 2
                                    

<Tempat: Kediaman keluarga Ogami>
<Waktu tengah hari>

---

Pada suatu hari di rumah keluarga Ogami, kelihatan seorang gadis sedang duduk di meja ruang makan sambil membelek-belek muka surat sebuah buku. Gadis itu tidak lain dan tidak bukan adalah Beni. Dia seperti sedang memikirkan tentang sesuatu.

"Hmm... Apa agaknya yang saya boleh buat untuk dia ya...?" Fikir Beni sambil membelek muka surat buku yang dibacanya itu.

Kemudian, kedengaran tapak kaki seseorang menuju ke ruang makan.

"Mama..." Panggil suara gadis kecil. Itu semestinya Reina.

"Ya, sayang. Ada apa ni?" Tanya Beni pada anak gadis kecilnya itu.

"Mama sedang fikir pasal apa? Dari tadi Reina tengok mama asyik buat bunyi 'Hmm...' tu je." Tanya Reina sambil mengajuk cara Beni berfikir tadi.

"Aaa... Tak ada apa-apa lah. Mama cuma tak tahu nak buat keputusan saja." Jawab Beni.

"Keputusan untuk apa?" Tanya Reina lagi.

"Um... Sebenarnya, esok merupakan hari Valentine dan mama... nak buat coklat Valentine untuk papa kamu. Tapi... Mama ni tak pandai sangat buat coklat. Huh~..." Jawab Beni sambil mengeluh.

Reina hanya memandang dan muka yang seperti tengah hairan.

"Mama... Hari Valentine tu apa?" Tanya si gadis kecil itu.

"Eh? Aa... Hari Valentine tu, merupakan hari di mana perempuan berikan coklat untuk lelaki yang mereka suka." Jawab Beni pada Reina.

"Ouh... Jadi, mama nak buatkan coklat Valentine untuk papa lah ya?" Kata Reina sambil melihat buku yang dibaca oleh Beni itu.

"Mhm, betul tu. Mama cuba belajar dari buku resipi ni tapi... Mama tak faham cara-cara nak buat coklat Valentine." Jawab Beni dengan mula sedikit risau.

Reina yang melihat buku resipi tersebut mula tersenyum dan sepertinya mula mendapat idea untuk membantu Beni.

"Jangan risau mama. Reina boleh bantu mama." Kata Reina sambil memegang buku itu.

Beni sedikit terkejut kerana Reina ingin membantunya.

"Betul ni? Kamu boleh tolong mama?"

"Mhm, tentulah. Reina akan bantu mama untuk buat coklat Valentine untuk papa." Jawab Reina sambil menaikkan ibu jarinya.

---

<Di Sekolah Hikarigamori>

Kelihatan Sougo, Geiz dan Tsukuyomi sedang berjalan ke kelas terakhir mereka sebelum waktu sekolah tamat.

"Kelas terakhir kita apa?" Tanya Geiz.

"Tak silap saya kelas matematik." Jawab Tsukuyomi.

"Alamak... Saya memang lemah matematik. Kalau sejarah saya boleh lah bertahan." Kata Sougo.

"Awak ni kan... Cubalah belajar betul-betul sikit. Nak jadi raja kenalah bijak dalam semua subjek." Kata Geiz pada sahabat baiknya itu.

"Hm... Ya lah..." Balas Sougo dengan selamba.

Tak lama kemudian, telefon Tsukuyomi berdering.

"Oh, Beni telefon lah. Hello, Beni? Ada apa awak telefon saya ni?" Tsukuyomi menjawab panggilan Beni itu.

Sougo dan Geiz hanya memandang Tsukuyomi yang bercakap melalui telefon itu. Tidak lama kemudian...

"Okey, baiklah. Lepas sekolah nanti saya akan datang rumah awak. Bye." Tsukuyomi menamatkan panggilannya.

Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden SeriesWhere stories live. Discover now