Bau wangi

13 1 0
                                    

<Kediaman keluarga Ogami>
<Waktu 8:00 malam>

Pada malam hari yang dingin di rumah, Guren sedang duduk di atas sofa ruang tamu sambil membaca buku novel Lost Memory. Selesai saja membaca bab terbaru novel tersebut, Guren menutup buku tersebut dan meletakkannya di atas meja kopi di hadapan sofa itu.

"Hmm... Kisah Lost Memory ni memang menarik. Agaknya akan ada sambungan dia tak?" Tanya Guren dan kemudian...

"Papa~" Panggil suara Reina yang baru sahaja selesai mandi bersama Beni. Reina berjalan ke arah Guren dan memeluknya.

"Hehehe... Papa, wangi tak bau Reina?" Tanya si gadis kecil itu.

"Mhmm~, mestilah wangi. Reina kan baru selesai mandi dengan mama." Jawab Guren sambil dia mula menghidu bau Reina yang begitu wangi.

Tak lama selepas itu, Beni pun datang ke ruang tamu sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.

"Reina, rambut kamu tu masih basah lagi. Mari sini mama keringkan." Beni pun mula mengelap rambut Reina yang lembut itu dengan tuala.

"Hehehe... Maaf mama. Reina cuma nak papa bau rambut Reina ni, itu je." Kata si gadis kecil itu.

"Mou, macam-macam lah kamu ni." Kata Beni lalu dia pun selesai mengeringkan rambut Reina tadi.

"Oh, ya. Papa, cuba lah bau rambut mama. Rambut mama pun bau wangi juga." Kata Reina pada Guren dan kemudian kedua-dua muka ibu bapanya pun mula merah.

"Eh? R-Reina, rasanya papa tak perlu buat macam tu. Papa tahu yang mama kamu pun bau wangi sama macam kamu lah." Balas Guren yang mukanya masih lagi merah kerana segan.

"Be-betul tu. Tak perlu lah suruh papa kamu buat macam tu. (Walaupun kadang-kadang dia sering bau rambut saya sebelum ni)." Kata Beni sambil dia juga bermonolog di dalam hatinya.

"Tapi Reina nak dengar apa pendapat papa~." Kata Reina sambil membuat muka comelnya dan ini menyebabkan Guren tidak dapat berkata 'tidak' kepadanya.

Guren pun duduk bersebelahan dengan Beni dan dia mencium bau rambut si gadis jelita yang itu. Muka Beni pada masa tu mula kemerah-merahan serta dia berasa begitu gementar.

Bau Beni pada waktu itu memang sangat wangi dan ia membuatkan Guren begitu terpesona sehingga dia tidak sedar bahawa  dirinya memeluk Beni pada waktu itu.

"Papa... Kenapa papa tiba-tiba peluk mama macam tu?" Tanya Reina.

"Eh?!"

Sedar saja daripada lamunannya, Guren terus melepaskan pelukan.

"Sa-saya minta maaf, Beni! Saya tak bermaksud nak peluk awak!" Guren segera meminta maaf kerana bimbang Beni akan marah padanya.

Tapi, yang mengejutkannya, Beni langsung tidak marah walaupun mukanya masih merah macam tomato yang masak.

"T-tak mengapa, Guren... Sa-saya tak kisah pun..." Kata Beni sambil dia mengusap rambutnya sendiri.

Dan pada malam itu, kisah mereka barakhir di situ.

---

<Bilik Beni>

"Kyaa! Malunya saya~! Kenapa dia tiba-tina peluk saya macam tu tadi?!" Jerit Beni dengan suara yang agak perlahan sambil memeluk bantalnya

Rasanya Guren kena belajar untuk peka dengan keadaan sekeliling.

[Tamat]

Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden SeriesWhere stories live. Discover now