Bertengkar

61 1 2
                                    

<Kediaman keluarga Ogami>
<Waktu tengah hari>

Pada hari yang begitu indah ini di kediaman keluarga Ogami, suatu perkara yang tidak dijangka telah pum terjadi di rumah tersebut.

"Mana boleh! Saya tak benarkan awak buat keputusan macam ni! Ini tak adil!" Kata Guren pada seorang gadis berambut merah jambu yang merupakan kekasihnya, Beni.

"Kenapa pulak tak boleh? Ini kan keputusan saya. Saya berhak buat pilihan kali ni!" Balas Beni dalam keadaan marah.

"Tapi awak perlu bagi keutamaan pada saya! Saya kan kekasih awak!" Jerit Guren lagi pada Beni

"Amboi, sedapnya mulut awak cakap. Saya kan perempuan, jadi awak sepatutnya lebih utamakan saya dulu." Balas Beni padanya sambil menyindir Guren.

Pada waktu mereka sedang sibuk bertengkar, seorang gadis kecil hanya melihat mereka berdua dalam keadaan risau.

"Mama... Papa... Jangan lah bergaduh..." Kata Reina pada mereka berdua.

"Awak tak peduli ke apa yang Reina akan rasa nanti?!" Soal Guren pada Beni.

"Tentulah saya peduli. Sebab tu saya buat keputusan ni!" Jawab Beni dengan nada marahnya.

"Dah lah tu... Tolong lah jangan bergaduh..." Kata Reina lagi tapi Guren dan Beni langsung tidak mengendahkannya.

"Kalau macam tu, saya tak akan peduli lagi apa berlaku pada awak dalam rumah ni! Hmph!" Kata Guren dengan perasaan marah.

"Baiklah, jadi saya pun sama! Hmph!" Balas Beni sambil berpaling ke belakang.

Guren juga melakukan perkara  yang sama seperti Beni. Sekarang ini, mereka berdua langsung tidak memandang wajah masing-masing.

---

<Rider City Center>
<Keesokan harinya>
<Pukul 10:30 pagi>

Guren sedang berada di bilik utama dalam keadaan marah dan mukanya kelihatan agak tertekan.

Seiran dan yang lain-lain juga berada di bilik tersebut sambil memandang ke arah Guren.

"Kenapa dengan Guren tu?" Tanya Tokusa pada Seiran.

"Entahlah. Saya pun tak pasti apa yang tak kena dengan dia hari ni. Masa dia datang ke sini pun muka dia nampak marah macam tu." Jawab Seiran.

"Mungkin ada sesuatu yang dah terjadi pada Guren di rumah agaknya." Kata Chuuki.

"Maksud awak?" Tanya Tokusa dan Seiran serentak pada kawan mereka yang berambut kuning itu.

"Dia bergaduh dengan Beni." Jawab Gen yang sedang membaca buku sambil berada di sebelah mereka.

"Eh? Mereka bergaduh?" Tanya mereka bertiga secara serentak.

Mereka bertiga kemudian memandang Guren sekali lagi dan kini mereka mula faham maksud Gen tadi.

"Macam mana awak tahu pasal ni, Gen?" Tanya Seiran padanya.

"Reina yang bagitahu saya. Dia cakap mereka berdua bergaduh semalam." Jawab Gen sambil membelek muka surat seterusnya pada buku yang dibaca olehnya.

"Tapi, sebab apa mereka berdua bergaduh ya? Jarang mereka berdua jadi macam ni sejak Reina kembali pada mereka." Tanya Seiran.

"Entahlah, saya pun tak berapa pasti sangat." Balas Gen.

Mereka bertiga tidak menyangka bahawa Guren dan Beni akan bergaduh ketika berada di rumah. Kebiasaannya mereka berdua sentiasa gembira lebih-lebih lagi jika mereka menghabiskan waktu bersama Reina.

Kamen Rider Braven - Heisei Generations Gaiden SeriesWhere stories live. Discover now