Bab 5 : Hidup Baru

56 18 1
                                    

Tiga minggu pun berlalu . . .
Aini dan Amni akhirnya kembali ke sekolah semula.

"Belajar rajin-rajin ya,berseronoklah di sekolah".
Pesan Encik Sulaiman pada Amni.
"Baik ayah".Kata Amni lalu menyalami ayahnya.

Seperti biasa,Aini pula tiba di sekolah dengan menaiki van.Dengan langkah yang perlahan,Aini akhirnya tiba di kelas.

Kesemua pelajar yang ada di dalam kelas itu terus memandang Aini.
Aini hanya menundukkan kepalanya ke bawah lalu duduk di mejanya.

"Aini!".Panggil Wawa.
Aini hanya menyahut panggilan kawannya itu dengan senyuman.
"Kau dah okay ke?.Salam takziah atas pemergian ibu dan kakak kau".
Kata Wawa.
"Aku okay...terima kasih".
Balas Aini.

"Aini!".Panggil Farisya pula.
"Aku nak bagi tahu,kau tak perlu nak risau tentang periksa akhir tahun tu.Cikgu dah bagi pengecualian.Pihak sekolah faham".Kata Farisya.
Aini pun menganggukkan kepalanya.

Tidak lama selepas itu. . .
Cikgu Ika,guru kelas Aini pun tiba.

Cikgu Ika memandang Aini dengan wajah yang tersenyum manis.
"Selamat kembali ke sekolah,Aini.Terus bersemangatnya".Kata Cikgu Ika.
Aini hanya membalas sapaan Cikgu Ika dengan senyuman.

"Disebabkan peperiksaan akhir tahun pun dah habis. . .ibaratnya,kamu semua dah tak perlu belajar kan? ke kamu nak ulang kaji?".

"Main game je cikgu."
"Bagi kami buat kerja sendiri".

Cikgu Ika hanya mampu ketawa perlahan mendengar jawapan para pelajar kelasnya.

"OK,Cikgu ada satu aktivti.Kamu semua buat sajak sendiri.Sajak siapa yang paling best,Cikgu bagi hadiah dan Cikgu akan hantar sajak yang menang itu kepada pihak majalah sekolah".
Pinta Cikgu Ika.

"Tahulah Cikgu ni ajar kami sastera tapi susahlah cikgu nak buat sajak sendiri".Omel Farisya.
"Belum cuba,belum tahu".Balas Cikgu Ika.

"Mari kita mulakan,sekarang!".

Para pelajar kelas 4 Idaman pun mula menulis sajak.
Luqman menuju ke arah Aini lalu duduk bersebelahan dengannya.

"Apahal ni?".Hairan Aini sambil wajah dinginnya mula kelihatan.
"Saya cuma nak dapatkan ilmu sastera awak.Manalah,tahu kan?".Balas Luqman sambil ketawa perlahan.

Bukan sahaja Luqman,Wawa,Rizal malah Farisya juga duduk berdekatan dengan Aini.

"Semoga ilmu sastera Aini , 'berjangkit' pada kami".Kata Farisya.
Wawa,Rizal dan Luqman terus ketawa namun gelak ketawa mereka itu terhenti.

"Kami,tak mengganggu awak kan?".
Tanya Luqman.
"Kalau diam sikit,barulah tak mengganggu".
Balas Aini dengan wajah dinginya.

Mereka berempat pun terus terdiam lalu sambung menulis sajak semula.
"Kenapa tiba-tiba semua orang layan aku dengan baik?"
Bisik hati Aini.

Ketika semua orang sedang berusaha menulis sajak,Aini hanya merenung ke luar tingkap.

30 minit kemudian. . .

"Masa tamat!".Kata Cikgu Ika.
"Cikgu,saya baru nak tulis"
"Cikgu bagilah masa tambahan".
"Susah nak tulis sajak"
Dan banyak lagi omelan pelajar kelas 4 Idaman.

"Tak kisalah,kamu semua pelajar sastera jadi kemahiran tu kenalah ada.Siapa nak mula dulu?".

Pertanyaan Cikgu Ika itu dijawab oleh kesemua pelajar kelas 4 Idaman iaitu mereka semua menoleh lalu memandang Aini.Aini yang asyik tertunduk itu perlahan-lahan mengangkat kepalanya.

"Aini?.Kamu nak mula dulu?".
Tanya Cikgu Ika.
"Saya tak tulis apa-apa pun".
Jawab Aini.

Kesemua pelajar kelas 4 Idaman amat terkejut begitu juga dengan Cikgu Ika.

Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)Where stories live. Discover now