Hari demi hari pun berlalu kini masuklah tahun yang baru,Aini hanya bekerja sambilan di sebuah restoran namun, pemilik restoran itu akhirnya menjadikan Aini sebagai pekerja tetap kerana kecekapan dan kegigihan Aini ketika bekerja.
Pendapatan Aini ketika bekerja tidak kira siang mahupun malam agak berbaloi.Hal ini kerana,Aini berkeja di sebuah restoran yang agak mewah dan terkenal.Entah bagaimana,dia boleh terpilih untuk bekerja di situ.Apa-apa pun,ia tetap satu rezeki untuk Aini agar dia dapat membantu ayahnya,Encik Sulaiman dan tidak terus mengharapkan duit poket daripada beliau.
"Aini,marilah balik dah lewat ni".Kata Encik Sulaiman pada Aini yang sedang mengambil pesanan pelanggan dari meja ke meja.
"Aini ingat ayah dah balik dah.Tak apalah,ayah pergilah dulu.Aini ada banyak kerja lagi ni".Balas Aini.
"Yalah. . .".Encik Sulaiman pun dengan langkah yang berat,beliau pun berlalu keluar dari restoran itu lalu terus pulang ke rumah.Tangan Aini akhirnya dapat berehat sebaik sahaja dia selesai mengambil pesanan pelanggan yang terakhir.Aini pun terus menghantar pesanan itu ke tukang masak lalu segera menanggalkan apron pada badannya dan meletakkan apron itu di kaunter.
"Kau nak pergi mana Aini?".Tanya Iqbal.
"Aku nak balik.Boleh kau cakap kat Tuan Arfan yang aku balik awal hari ni?".Pinta Aini.
"Sekali ni je,Iqbal.Aku takkan menyusahkan sesiapa".Tambahnya lagi.
"Tak apa.Kau baliklah nanti pandai-pandailah aku cakap kat Tuan Arfan.Aku protect kau".Balas Iqbal.Aini pun hanya memberikan sedikit senyuman lalu segera berlari ke arah Encik Sulaiman yang masih berjalan dan tidak jauh lagi dari pandangan Aini.Aini mengejar ayahnya itu sehinggalah dia akhirnya berjalan seiringan dengan ayahnya.
Encik Sulaiman segera menoleh ke arah bahu kanannya,beliau terkejut melihat Aini sedang berjalan di sebelahnya.
"Aini dah nak balik ke?".Hairan Encik Sulaiman.
"Ya,Aini lari".Kata Aini lalu ketawa.
"Aini tak boleh nak tinggalkan ayah sendirian kan?".Encik Sulaiman seolah-olah dapat tahu mengapa Aini sanggup mengejarnya untuk pulang bersama-sama sedangkan anaknya itu berkata masih ada banyak kerja untuk dibuat.
"Tak adalah,sebenarnya Aini yang tak nak ayah tinggalkan Aini".Balas Aini.Encik Sulaiman hanya ketawa perlahan begitu juga dengan Aini.
"Mana ayah letak kereta?.Jauhnya".
"Itulah tu,tak sangka kat sini ramai sangat yang datang jadi ayah terpaksa letak kereta jauh sikit".Setelah beberapa minit berjalan,Encik Sulaiman dan Aini pun menaiki kereta.Encik Sulaiman memandu kereta pulang ke rumah.
Tidak lama selepas itu,mereka berdua pun akhirnya tiba di rumah."Kamu tak perlulah nak risau sangat tentang adik kamu tu.Dia dah pandai duduk rumah seorang diri dan masak untuk diri sendiri.Jadi,janganlah kamu terlalu 'jaga' dia sehingga lupa nak jaga diri sendiri" .Pesan Encik Sulaiman.
Aini hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.Hari Aini yang melelahkan itu tidak rasa begitu sangat memenatkan hal ini kerana dia dapat pulang dengan lebih awal malah,keberadaan Encik sulaiman membuatkan Aini tidak begitu memikirkan masalah kehidupan sebaliknya masa yang harus diluangkan dengan manusia yang berharga.
Setelah selesai membersihkan diri,Aini pun masuk ke dalam bilik dan dia melihat Amni sudah tertidur dengan lena.Sudah tentulah,adiknya itu sudah melelapkan mata kerana jam pun sudah menunjukkan pukul 11 malam.Manakala,Encik Sulaiman pula masih duduk di meja makan dan beliau sedang menyusun malah mengisi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kerjanya.
Keesokkan harinya,dua beradik yang tidur dengan lena itu akhirnya segera bangun untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama-sama dengan Encik Sulaiman.Mereka bertiga menunaikan solat subuh dengan kusyuk sehinggalah selepas memberikan salam yang terakhir,Encik Sulaiman tiba-tiba rebah.
![](https://img.wattpad.com/cover/248953717-288-k831740.jpg)
YOU ARE READING
Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)
Fiksi Remaja𝙌𝙎. 𝘼𝙡-𝙈𝙪𝙣𝙖𝙛𝙞𝙦𝙪𝙣: 11 وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Dan Allah sekali-kali tidak akan pernah menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah tiba waktu kematiannya. Dan Allah Ma...