Bab 4 : Kehilangan

67 19 10
                                    

Encik Sulaiman pulang ke rumah lebih awal hari ini.

"Abang?.Awal balik".Sapa Puan Asiha lalu mencium tangan suaminya.
"Kerja tak banyak hari ini.Nanti,kena keluar lagi nak kena ambil Amni".
Balas Encik Sulaiman.

Puan Aisha hanya tersenyum.
"Oh ya.Lepas Aina balik,saya nak ajak dia pergi ke pasar nak beli barang dapur".Kata Puan Asiha.

"Kalau ya pun. . .bagilah Aina tu berehat dulu".
Kata Encik Sulaiman pula."
Aina dah biasa.Nak harapkan Aini. . .susah pula".
Balas Puan Asiha.
"Ikut kamulah.Abang,naik atas dulu".
Pinta Encik Sulaiman lalu menaiki tangga.

Tepat jam dua petang,Aina dan Aini pun pulang ke rumah.Manakala,Amni pula sudah pulang pada jam 1:30 petang.

"Aina dah balik?".Sapa Puan Asiha dari dapur.
"Dah ibu".Sahut Aina lalu menuju ke dapur dan menyalami ibunya.
"Boleh ke kamu,teman ibu pergi pasar hari ini?.Ada banyak barang yang nak dibeli".Tanya Puan Asiha.
"Boleh je".Jawab Aina sambil tersenyum.

Aini hanya memandang Puan Asiha dan Aina dari jauh yang sedang rancak berbual dengan gembira di dapur.Aini juga turut tersenyum lalu menaiki tangga untuk menuju ke bilik tidurnya.Ketika,Aini hendak masuk ke dalam bilik tidurnya dia ternampak Encik Sulaiman dan Amni sedang bermain catur di ruangan yang terdapat di depan bilik utama.

"Nampak,Amni menang lagi!.Nanti,ayah kena belanja Amni aiskrim...".
"Hahahahaha yalah.Nanti,ayah belikannya".

Aini pun akhirnya masuk ke dalam bilik tidurnya.Pintu bilik ditutup lalu dikunci.Beg sekolahnya dicampak lalu Aini terus membaringkan dirinya di atas katil.

"Aku tidak diabaikan...cuma aku yang mengasingkan diri.Aku buat mereka yang kelihatan bersalah sebaliknya aku yang bersalah.Tapi,aku gembira melihat mereka sebab aku tak tahu jika mereka akan jadi segembira itu kalau aku juga ikut sama dan luangkan masa bersama-sama mereka,adakah kami akan jadi lebih bahagia?".Kata Aini sendirian.

Perlahan-lahan mata Aini melirik ke arah buku sajak yang ditulis olehnya.
Aini pun mengambil buku tersebut
di atas meja lalu membaca salah satu sajak yang ditulis olehnya iaitu ;
'DI SINI'

Aku masih lagi mencari tempat yang sesuai untuk diriku.
Aku rasa seolah-lah tiada apa-apa yang bagus untuk diriku di sini.
Aku melihat ramai yang sedang ketawa riang yang bersedih pula langsung tidak kelihatan.

Jadi,mengapa kau bertanya tentang keadaanku?
Sudah tentu aku akan menipu.
Tiada sesiapa yang membuatkan aku membiasakan diri sehingga aku yang akhirnya mengasingkan diri.

Di sini adalah di mana aku pulang, setelah menjalani kehidupan harianku.
Di sini adalah di mana aku sering mempersoalkan pelbagai hal.
Di sini adalah tempat di mana aku mahu terus menetap.

Namun,di sini jugalah adalah tempat aku rasa terasing.
Aku keliru dengan segala-galanya.
Malah,aku juga tidak tahu apakah ini sajak?.

Entah,aku hanya mahu menceritakan hal yang ada di sini,
Hal yang menggembirakan,
Hal yang menyedihkan,
Malah,hal yang mengelirukan.

Tuhan,
selamatkanlah aku dari kekeliruan yang boleh membuatkan aku mempersalahkan manusia yang tidak bersalah.

-A.I

Aini hanya ketawa perlahan sebaik sahaja selesai membaca sajak yang ditulisnya pada beberapa bulan yang lalu.

"Kenapa aku kelihatan menyedihkan?".
Bisik hatinya lalu meletakkan buku sajaknya itu di tepi.Aini pun melelapkan matanya.

Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)Where stories live. Discover now