Bab 7 : Luahan

52 17 7
                                    

Tepat jam 5:30 pagi,
Aini pun segera mandi lalu bersiap sedia dengan seragam sekolah yang lengkap dan menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama-sama dengan Encik Sulaiman dan Amni.

Tibalah sesi persekolahan yang baharu. . .

Aini dan Amni hanya menggunakan beg dan kasut sekolah yang lama sahaja kerana masih elok untuk beli yang baru.

Untuk tahun ini,Aini akan berjalan kaki ke sekolah jadi dia tidak akan menaiki van untuk ke sekolah lagi.Manakala,Amni pula masih lagi dihantar oleh Encik Sulaiman dengan menaiki motosikal untuk ke sekolah.

"Bye,ayah".Kata Amni lalu menyalami Encik Sulaiman."Belajar rajin-rajin ye". Pesan Encik Sulaiman lalu menuju ke tempat kerjanya pula sebaik sahaja Amni hilang dari padangan matanya.

Di Sekolah Aini pula. . .

"Orang yang sama juga".Kata Aini lalu mengeluh panjang kerana rakan sekelasnya masih sama.
"Mestilah masih sama sebab kami dah pilih aliran ni sejak form 4 kan".Tegur Luqman yang berdiri di sebelah kiri Aini.

"Tibe je dia ni".Bisik hati Aini sambil memandang Luqman dengan pandangan yang tidak puas hati lalu dia pun segera duduk di tempat yang sesuai dengannya iaitu bersebelahan dengan tingkap.

"Nasiblah tak ada sesiapa yang duduk dekat sini".Kata Aini lalu duduk di tempatnya.Tidak lama selepas itu,Luqman pun datang lalu duduk di sebelahnya.

"Sebelah awak tak ada orang kan?.
Saya duduk ye".Pinta Luqman.
"Duduklah dengan Rizal tu".Kata Aini sambil wajahnya berkerut.

"Itu Wawa punya tempat".Jelas Luqman lagi.
"Kalau macam tu duduklah sebelah Syahid".Aini tidak mahu mengalah.
"Dia duduk belakang sangat lagipun saya kan rabun jauh".Luqman juga tidak mahu mengalah.
"Duduklah tempat lain".Pinta Aini.

"Tak nak saya nak duduk dekat sini".
Luqman tetap berdegil lalu terus membaringkan kepalanya di atas meja.
"Gila ini anak".Bisik hati Aini.
"Kenapa nak guna awak dan saya pula? Biasanya,aku dan kau".Sindir Aini.
Luqman pula hanya tersengih seperti kerang busuk.

Beberapa minit kemudian,
guru kelas mereka pun tiba iaitu Cikgu Ika.

"Assalamualaikum semua! Pelajar 5 Idaman masih orang yang sama kan? ke ada pelajar baru?".
Sapa Cikgu Ika sebaik sahaja tiba di kelas.

"Masih sama Cikgu".Kata para pelajar 5 Idaman serentak.
"Jadi,macam yang anda semua dah tahu.Saya akan jadi guru kelas kamu sekali lagi untuk tahun ini dan memang jelaslah setiap kelas Sastera Cikgu akan buat pertandingan buat sajak".
Jelas Cikgu Ika.

"Tapi,hari ini kita tak perlu nak belajar dulu sebab sekolah baru buka,buku teks pun lusa baru dapat.Cikgu cuma nak kamu sediakan satu buku panjang.Itu sahaja,sekarang bolehlah buat kerja sendiri" .
Kata Cikgu Ika dengan santai.

•○●□■☆■□●○•

Luqman yang terbangun dari tidurnya untuk mendengar taklimat dari Cikgu Ika itu pun terus sambung tidur semula.

Aini pula hanya merenung ke luar tingkap dan terus termenung dan termenung.

Tanpa Aini sedari,ada dua anak mata yang sedang memerhatinya iaitu Luqman.Dia memerhati Aini yang sedang asyik termenung dari tadi.

"Awak tak bosan ke asyik termenung dari tadi.Nak pandang langit pun,awan tak ada sangat".Kata Luqman.
"Diamlah.Bukan urusan kau".Balas Aini tanpa memandang Luqman.
"Awak masih marahkan saya ke?.Saya fikir awak dah maafkan saya".Kata Luqman kembali.
"Sikit".Jawab Aini pendek.

"Maaf kalau buat awak rasa tak selesa.Semua ini tiba-tiba bukan?".
Kata Luqman lalu ketawa perlahan-lahan sambil kepalanya masih lagi terbaring di atas meja.
Aini hanya mengeluh panjang dan masih lagi melihat ke luar tingkap.

"Saya suka awak".
Luahan yang amat mengejutkan itu membuatkan Aini perlahan-lahan memandang wajah Luqman.
"Saya suka awak sejak Cikgu Ika asyik puji awak tentang sajak yang awak selalu tulis.Saya malu sebab pernah buli awak juga dulu mungkin masa tu sebab saya couple dengan Shima".Jelas Luqman lalu perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dari meja sambil memandang wajah Aini.

"Kita masih muda.Tapi,menyukai seseorang pada usia muda macam ni adalah perkara biasa.Saya suka awak sebab awak berbeza.Tak macam perempuan yang pernah saya kenal atau yang pernah saya couple".
Jelas Luqman lagi.

"Apa bendalah yang kau cakapkan ni.Pergilah cari nombor telefon Shima.Sendu sangat dah aku tengok kau ni".Balas Aini sambil berkerut.
"Oh.Maksudnya,awak tak suka saya eh?".Luqman inginkan kepastian.

"Kalau kau bagitahu yang kau suka aku hanya untuk hilangkan rasa bersalah kau sebab buli aku,baik tak perlulah.Buat diri kau nampak tak betul je".Balas Aini.

"Tapi,saya memang suka awak".Jelas Luqman."Masalahnya sekarang,aku langsung tak suka kau".Balas Aini.
Hanya dengan melihat sahaja riak wajah Aini,Luqman sudah tahu jawapannya.

Luqman pun terus mengeluh panjang lalu bangun dari tempatnya dan berborak dengan Rizal.
Aini pula terus kembali melihat ke luar tingkap dan langsung tidak rasa bersalah mahupun kasihan terhadap Luqman kerana menolak cinta jejaka yang kacak tersebut.

"Kan aku dah cakap dia tak suka aku".
Sedih Luqman.
"Tenanglah,nanti dia suka kau balik.Kau tunggu je.Perempuan ni jenis nak ayat manis dan lelaki yang caring".
Kata Rizal sambil mengangkat keningnya.

Luqman hanya mengangguk tanda faham.Beberapa jam pun berlalu,tibalah waktu pulang ke rumah.Aini berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.Tidak lama kemudian,dia pun menuju ke pondok telefon namun dia disergah oleh Luqman.

"Apa masalah kau?!".Marah Aini lalu berusaha untuk menjauhkan diri dari Luqman.
"Kenapa awak tak suka saya?." Luqman ingin tahu.
"Kau ikut aku semata-mata nak tanya soalan bodoh tu ke?".Perli Aini.
"Kenapa awak tak suka saya?."

•○●□■☆■□●○•

Setelah ditujukan pertanyaan yang sama berulang-ulang kali,Aini pun menghentikan langkahnya lalu menoleh ke belakang dan memandang wajah Luqman.

"Aku sibuk dan tak ada masa.Ada benda yang lebih penting dari semua ni.Lagipun,aku tak pernah nak ambil tahu.Kenapa?.Sebab aku langsung tak berminat.Kalau aku hidup membujang sampai ke mati pun,jadi lantaklah.Kau puas sekarang?.Balas Aini dengan wajahnya dinginnya.

"Sampai macam tu sekali?.Tak apalah,saya tunggu awak".Kata Luqman.
"OK,tunggulah sampai kau pun jadi rangka".Perli Aini lalu terus berlalu pergi.

"Nampaknya,dia memang tak suka aku".
Luqman hanya mengeluh panjang.

•○●□■☆■□●○•

"Saya suka awak,kenapa awak tak suka saya,saya tunggu awak.Cis,tolonglah.Apa yang dia tahu tentang suka-menyuka ni?.Agaknya,dia buta.Entah apa yang buat dia 'tertarik' dengan diri aku yang biasa ni".
Bisik hati Aini.

Setelah beberapa minit berjalan,Aini pun akhirnya tiba di rumah.Sebaik sahaja dia tiba,Aini melihat adiknya itu sudah menyalin pakaian dan sedang myiapkan kerja sekolah bersama-sama dengan kawan-kawannya iaitu,Azlina,Umaira dan Haira.

"Assalamualaikum kak Aini".Ucap Azlina,Umaira dan Haira serentak.
"Waalaikumusalam".Balas Aini lalu terus masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri dan kemudiannya menyalin pakaian.

Aini berbaring di atas katil dan memandang siling.

"Apa yang istimewanya aku sampai dia boleh suka kat aku?.Mungkin,dia hilang akal? Atau buta?.Kenapa dia suka kat aku?.Haihhhhhh,memang tak masuk akal.Tak pernah ada lelaki cakap dia suka aku sebab biasanya,kaum lelaki kalau nampak aku,masing-masing akan mengelakkan diri".
Bisik hati Aini.

Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)Where stories live. Discover now