Bab 13 : Mengenali

62 31 5
                                    

Amni amat terkejut sebaik sahaja Danish menghubunginya lalu mengatakan bahawa dia tidak mahu bertunang sebaliknya mahu terus berkahwin.

"Tak lain dan tak bukan.Ini mesti sebab kak Aini.Bila masa pulak,dia pergi jumpa Danish".
Amni mengomel sendirian.
Mujurlah,pada masa yang sama cuti semester sedang bermula.

Dapatlah,Amni pulang ke rumah dan berbincang dengan Aini tentang perkahwinannya dengan Danish.

•○●□■☆■□●○•

[ Berbalik pada Aini ]

"Awak tak nak pesan makanan?".Tanya Luqman kerana Aini hanya minum air kosong sahaja.
"Tak apalah.Aku baru tahu yang aku dah kenyang".Jelas Aini.
"Awak okay ke?.Nampak macam tak sihat".Wajah Luqman mula risau.

"Okay.Sihat macam biasa".Balas Aini.
"Saya baru tahu yang ayah Amni rupanya ayah awak juga.Saya tahu sudah agak lambat untuk katakan ini tapi apa-apa pun,salam takziah".Ucap Luqman.
"Terima kasih".Ucap Aini.

Keadaan menjadi agak janggal kerana merek berdua langsung tidak berbual.Aini hanya asyik minum air sedangkan Luqman hanya mampu memandang wajah Aini.

"Aku tak ada benda menarik yang nak dibualkan".Aini akhirnya memecahkan suasana yang sunyi itu.
"Tak apa.Saya akan pandang awak je".
Balas Luqman lalu tersenyum.

"Kau tahu perasaan aku terhadap kau tak akan berubah kan?".Luah Aini.
"Saya tahu tapi,saya masih lagi nak cuba".Jujur Luqman.
"Luqman~".Kedengaran keluhan yang panjang ketika Aini menyebut nama Luqman menandakan bahawa dia sangat kasihan akan lelaki yang menyukainya selama 9 tahun tanpa henti.

"Cubalah cari orang lain".Rayu Aini.
"Tapi saya jumpa awak juga".Luqman tetap tidak mahu mengalah.

Aini cuba untuk tukar topik ;
"Kau tahu adik aku cakap dia dah nak balik rumah.Nanti,esok aku pergi rumah kau.Kita bincang tentang perkahwinnan......
"Luqman dan Aini?".Luqman mencelah lalu ketawa.
Aini hanya mampu menggelengkan kepalanya lalu segera pulang ke rumah.

"Awak dah nak balik?".Luqman cuba menghalang Aini.
"Kena balik awal hari ini.Esok hari yang penting.Aku perlu berkelakuan baik supaya mak dan ayah kau terima adik aku".Aini menyindir Luqman sebelum pergi meninggalkan lelaki yang menyedihkan itu.

"Macam biasa Aini,aku akan tunggu kau lagi".Kata Luqman sendirian.

•○●□■☆■□●○•

"Kak Aini!".Jerit Amni.
"Kau dah kenapa?!.Terjerit-jerit!".Aini juga tidak mahu mengalah.
"Kenapa kak Aini jumpa Danish?!.Kenapa kak Aini nak sibuk juga? Yang kahwinnya Amni bukan kak Aini!".
"Salah ke?.Aku nak ambil tahu je".Balas Aini.

"Kak Aini bukan nak ambil tahu,kak Aini cuma nak menyibuk je sebab kak Aini dah bosan dengan hidup sendiri".Nampaknya,Amni sangat marah sekali kerana Aini tidak langsung berbicang dahulu dengannya.
"Tahu tak?.Kalau marah jangan buka mulut.Diam je.Sekarang,kau baru je sakitkan hati aku".Luah Aini dengan perasaan yang kecewa.

"Cepatlah bagi tahu aku,apa lagi masalah kau kali ni?".Tanya Aini

Amni terus mendiamkan diri buat seketika.

"Amni tak rasa Amni dah bersedia".Luah Amni.
"Kalau kau tak bersedia,kenapa kau bagi Danish harapan palsu?.Sekali,kau pilih nak jalinkan hubungan,memang susahlah kalau kau cuba nak tangguhkan atau mengakhiri hubungan tu".

"Amni cuma....Amni suka dia tapi,Amni tak rasa Amni dah bersedia".
"Tak perlu risaulah.Kahwin memang benda yang tak boleh dibuat main.Kau gementar je tu.Kalau kau dah mula berani nak terlibat dalam cintan-cintun ni,maksudnya kau dah ready".

Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)Where stories live. Discover now