Bab 8 : Kebolehan Aku

47 18 3
                                    

Meskipun,sudah banyak kali Aini menolak cinta Luqman,Luqman tetap berusaha memikat hati Aini walaupun SPM hampir tiba.

"Kenapa kau berusaha sangat?Berhentilah".Kata Aini sambil menyapu lantai kelas memandangkan dia ialah pelajar yang bertugas hari ini.
"Sebab saya suka awak dan saya boleh mesej awak hari-hari,ceriakan awak selalu,bagi awak senyum barulah awak tak sedih sangat.Tambahan pula,awak mempunyai senyuman yang manis".
Puji Luqman.

"Senyuman yang palsu pun boleh jadi manis?.Mungkin betul,kau memang buta.Kau jenis yang tak tahu maksud yang tesirat.Lagipun,aku tak perlukan seseorang yang boleh buat aku tersenyum ke apa ke,aku memang tak perlukan semua tu.Jadi,berhentilah dan kalau boleh pergi cari Shima".Balas Aini.

"Macam mana saya nak cari Shima kalau dia pun hilangkan diri?.Awak mungkin adalah orang yang jenis boleh hidup tanpa peneman,tapi saya tak boleh".Kata Luqman.

"Jadi,kenapa?.Itu hidup kau bukan hidup aku buat apa aku nak kisah?".
Marah Aini lalu dengan langkah yang pantas dia berlalu keluar dari kelas.
"Awak tak ada perasaan cinta,kan?".
Kata Luqman.Langkahan kaki Aini pun terhenti.Perlahan-lahan,Aini pun menoleh lalu memandang Luqman.

"Kau betul.Ibu dan kakak aku yang dah meninggal pun aku tak mampu nak cakap yang aku sayangkan mereka apatah lagi,ayah dan adik aku yang masih hidup".Jelas Aini.

"Untuk luahkan rasa sayang tu sangat susah bagi aku tapi senang pula untuk kau.Kau seorang yang bijak Luqman,SPM dah nak dekat.Kau ada kehidupan sedangkan aku tak ada masa depan.Apa gunanya kau suka seseorang yang tak mampu nak bahagiakan kau sedangkan 'dia' pun masih teringin nak rasa gembira".
Tambahnya lagi.

"Tengoklah apa yang jadi pada hidup aku yang ke-17 tahun.Ketika,hampir setiap gadis di dunia ini beranggapan cinta adalah segala-galanya dan mahu mengahwini lelaki yang mereka cintai,aku hanya mengharapkan untuk menjalani kehidupan yang berakhir dengan baik".
Bisik hati Aini sambil berjalan menuju keluar dari kelas.

Luqman hanya mampu berdiam diri
"Kenapalah,aku boleh cakap macam tu dekat Aini?.Mesti dia terasa hati sangat.Itulah cakap tanpa befikir!".
Marah Luqman pada dirinya.

Aini sempat menikmati waktu rehat bersama-sama dengan kawan baiknya.Namun,dia tidak melihat keberadaan Luqman di situ.Barangkali,Luqman rasa bersalah.Tamat saja waktu rehat,sesi pembelajaran pun bermula. . .

Tiba sahaja Aini di kelas,dia melihat Luqman sedang tidur.Perlahan-lahan,Aini pun duduk di tempatnya iaitu di sebelah tempat Luqman.

Tidak lama selepas itu,guru untuk matapelajaran yang seterusnya pun tiba.
"Cik Kak,tolong kejutkan Cik Abang di sebelah kamu tu".Pinta Cikgu Liza dengan lembut.
"Baik Cikgu".

Cikgu Liza hanya tersenyum lalu mula menulis nota dan soalan latihan di papan putih.Kesemua pelajar 5 Idaman sedang fokus mencatat nota dan latihan tersebut ke dalam buku catatan masing-masing.Manakala,Aini pula perlahan-lahan mengambil buku teks Bahasa Melayu miliknya lalu terus memukul kepala Luqman.

* Bukkk *

"Aahhhhhhh~".Jerit Luqman lalu terus bangun dari tidur.Dia kemudiannya, mengusap kepalanya yang sakit itu.
Cikgu Liza dan pelajar kelas 5 Idaman yang lain terus memandang ke arah mereka berdua.

"Ada apa-apa masalah ke Cik abang?.Kenapa awak menjerit?".
Tanya Cikgu Liza.
"Kepala saya kena hempuk dengan buku".Balas Luqman.
"Kalau Cik Kak tu kejut awak dengan cara yang lembut,ada awak bangun? Makin lena awak jadinya".Kata Cikgu Liza lalu sambung menulis nota dan latihan di papan putih semula,begitu juga dengan pelajar 5 Idaman yang kembali fokus mencatat nota dan latihan.

"Kalau awak marah dengan saya sekalipun,janganlah awak hempuk kepala saya dengan buku".Kata Luqman pada Aini.
"Kau kena sakit kalau nak bangun".
Balas Aini.

Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)Where stories live. Discover now