Tibalah masuk tahun baru. . . .
Tiada apa-apa yang menarik berlaku pada Aini sepanjang cuti persekolahan. Sebaliknya,hanya banyak perkara yang dia belajar untuk teruskan hidup dan oleh kerana itu,Aini mula belajar untuk berdikari.Dia belajar memasak,dia mengemas rumah malah sentiasa belajar untuk membeli barangan dapur dengan sendiri.
Encik Sulaiman mula melihat perubahan Aini.Beliau sangat bangga kerana anak tengahnya itu,akhirnya telah matang.
Sesi persekolahan akan bermula pada hari esok namun,hari ini pula keluarga Encik sulaiman akan berpindah ke rumah baru.
Sepanjang cuti persekolahan,
Aini sibuk mencari kerja sambilan tanpa pengetahuan ayahnya.
Dia mahu membantu ayahnya yang kini sedang bergelut dengan kawangan.Aini sering menipu Encik Sulaiman yang kononnya dia keluar dengan kawan-kawan baiknya namun sebaliknya dia sedang bekerja.Semenjak akhir-akhir ini,perniagaan Encik Sulaiman sudah mula mengalami kerugian yang akhirnya menyebabkan perniagaan Encik Sulaiman menjadi muflis.
Rumah mereka terpaksa dijual dan barangan-barangan yang mampu menghasilkan duit juga terpaksa dijual.Encik Sulaiman kemudiannya membeli sebuah rumah yang tidak sebesar dahulu dan saiz rumah baharu mereka hanyalah sederhana dan sudah memadai buat mereka bertiga.
Dahulu mereka tinggal di rumah teres kini,mereka akan tinggal di rumah yang jenis flat pula.
Aini dan Amni masih lagi bersekolah di tempat yang sama.Aini akhirnya akan menduduki peperiksaan SPM.Manakala,Amni pula akan menduduki peperiksaan UPSR.
•○●□■☆■□●○•
Mereka bertiga masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dengan rumah baharu.
"Rumah baru kita ni agak dekat dengan sekolah jadi Aini akan berjalan kaki sahaja untuk ke sekolah".Kata Aini sambil menunjukkan laluan yang menuju ke sekolahnya itu.
"Sekolah Amni juga sama.Amni pun nak berjalan kaki ke sekolah".Kata Amni pula.
"Amni kecil lagi.Biar ayah sahaja yang hantar".Balas Encik Sulaiman."Mungkin,ayah perlu didik Amni untuk belajar berdikari.Lagipun,kawan Amni yang Azlina tinggal tidak jauh dari sini.Mereka berdua boleh pergi ke sekolah bersama-sama.Tak silap selain,Azlina. . .Umaira dan Haira pun ada".Terang Aini.
"Dia masih kecil lagi".Encik Sulaiman tetap bekeras.
"Dia perlu belajar berdikari,ayah".Aini tetap memberikan pendapatnya.
"Ya,ayah tahu dia perlu berdikari tapi kita tidak tahu apa yang akan terjadi,dunia sangat bahaya untuk biarkan seorang budak seperti Amni".Jelas Encik Sulaiman."Sebab itu,Amni perlu berdikari untuk memahami tentang dunia dengan lebih awal.Dia tidak akan begitu sakit dan senang mengalah".Kata Aini lalu sambung membersihkan rumah baru mereka itu.
Encik Sulaiman hanya mampu mengeluh panjang lalu menyusun perabot.Amni pula masih lagi cuba untuk memahami keadaan.Beberapa jam kemudian. . .
Aini sudah selesai membersihkan malah mengemas rumah manakala,kesemua perabot dari rumah lama mereka itu tersusun dengan cantik dan kemas oleh Encik Sulaiman.Amni pula hanya mengemas setakat yang dia mampu."Kamu berdua berehatlah dulu.Kalau boleh,pergi mandi untuk bersihkan diri.Ayah nak beli makanan di kedai makan berdekatan dengan rumah kita.Ayah akan balik sekejap lagi".
Kata Encik Sulaiman lalu keluar dari rumah dan menuju ke kedai makan yang dimaksudkannya itu."Rumah ni ada satu je bilik air.Tak macam rumah dulu".Kata Amni sambil mengeluh.
"Eloklah dari tak ada.Cuba bersyukur sikit. . .dah,pergilah mandi nanti aku pula".Balas Aini lalu merehatkan dirinya dengan duduk di atas sofa.
YOU ARE READING
Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)
Teen Fiction𝙌𝙎. 𝘼𝙡-𝙈𝙪𝙣𝙖𝙛𝙞𝙦𝙪𝙣: 11 وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Dan Allah sekali-kali tidak akan pernah menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah tiba waktu kematiannya. Dan Allah Ma...