Bab 17 : Nostalgia

92 18 13
                                    

3 Tahun pun berlalu . . .

"Setiap masa yang kini kian berlalu tanpa melihat gadis yang aku cintai itu,membuatkan aku rasa agak kosong dan buatkan aku rasa sedih.Tapi,aku tahu yang dia tidak mahu aku terus menjadi seperti ini.Jadi,setiap hari aku sering menghabiskan masa di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan seorang gadis yang minat dalam penulisan namun,aku sedar yang aku hanya ingin mencari seseorang seperti Aini tapi aku lupa bahawa Aini hanyalah satu dalam dunia ini.Ketika masa sedang berlalu,apa yang aku harapkan ialah cinta yang akan singgah di dalam hati aku dan sudi untuk tinggal di dalamnya dan yang kini sedang belajar untuk mencintai seseorang sekali lagi".
Bisik hati Luqman sambil duduk termenung memandang buku dan bukannya memilih buku.

*Bunyi deringan telefon*
"Assalamualaikum Luqman.Luqman kat mana?".
"Masih lagi kat perpustakaan ibu".
"Marilah balik.Sambut anak saudara kamu yang baru ni".
"Amni dah selamat bersalin anak yang ketiga ke?.Alhamdulilah.Ok,nanti Luqman balik".
Perbualan Puan Zainab dan Luqman pun tamat.

Beberapa jam kemudian. . .
Luqman akhirnya tiba di rumah.Kepulangannya itu disambut oleh Iqbal.
"Abang saudara ipar".Panggil Iqbal lalu memeluk Luqman.
"Hanya sebab kau dah berkahwin dengan adik saudara aku,tak bermakna kita boleh jadi kawan baik".Gurau Luqman.
"Kau masih tak boleh nak lupakan dia kan".Tanya Iqbal.
"Secara jujurnya,aku sedang mencuba".Balas Luqman.

"Pak Cik!".Panggi dua orang kanak-kanak yang comel itu sambil berlari ke arah Luqman.
Luqman hanya menyahut panggilan mereka dengan senyuman.

"Rafiq,Raudhah.Mari sini!".Panggil Danish.
"Kami datang ayah".Sahut mereka serentak.Luqman hanya tersenyum melihat gelagat kedua-dua anak buahnya itu.
"Kau tahu?.Aku adalah kenal seorang mak cik ni sebab dia selalu datang kedai aku nak beli barang dapur.So,mak cik ni adalah anak perempuan yang sebaya kau.Kalau kau nak kenal dengan anak mak cik tu aku boleh tolong".Pinta Iqbal.

"Tak apalah.Susah-susah je.Lagipun,aku nak jumpa jodoh aku dengan sendiri".Balas Luqman.
"Yalah,aku harap kau boleh move on macam aku".Kata Iqbal sebelum meinggalkan Luqman.

"Abang Luqman".Panggil Amni.
"Amni tengah berpantang kan.Duduk je lah kat dalam rumah".Balas Luqman.
"Jomlah.Kita tengok Rajiyyah".Pinta Amni.
Luqman pun mengikuti adik iparnya itu dari belakang dan dia pun melihat begitu ramai sekali saudara maranya terutamanya yang perempuan berkerumun untuk melihat Rajiyyah.
Luqman pun melihat anak buahnya.
"Comelnya dia".Puji Luqman.

Tidak lama selepas itu,Luqman pun masuk ke dalam bilik lalu merebahkan dirinya di atas katil.Luqman hanya termenung kosong melihat ke arah siling.

"Tak guna.Aku rindukan kau sangat-sangat Aini".Bisik hati Luqman lalu mengeluh panjang.
Perlahan-lahan dia mula mengambil sehelai kertas dan sebatang pen lalu menulis sesuatu.

Keesokkan harinya. . .
Luqman kembali semula ke Perpustakaan yang dia kunjungi semalam.

"Adakah pertandingan menulis masih dibuka?".Tanya Luqman pada seorang perpustakawan wanita yang sudah berusia dalam lingkuan 50 an.
"Ya,masih lagi dibuka.Kalau anak nak sertai,anak kena daftar dan selitkan karya anak bersama-sama dengan borang pendaftaran dan pastikan karya itu adalah hasil sendiri".Balas Perpustakawan wanita itu lalu memberikan Luqman borang pendaftaran.

Luqman pun mengisi borang itu lalu menghantar karya penulisannya.
Seminggu kemudian,pihak perpustakaan itu akhirnya mengumumkan pemenang untuk pertandingan penulisan (bebas) yang paling kreatif.Tanpa dijangka,Luqman memenangi pertandingan tersebut dan karyanya yang hanya berisi dalam sehelai kertas berjaya membuatkan ramai penerbit mahu mengambilnya bekerja dalam syarikat mereka terutamanya syarikat yang menerbitkan buku sajak.

Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)Where stories live. Discover now