Bab 11 : Hanya Kami

57 17 1
                                    

Tiga tahun selepas kematian Encik Sulaiman. . . . .

Aini dan Amni hanya menjalani kehidupan seperti biasa.Suasana di rumah sangatlah sunyi kerana masing-masing agak jarang berbual dan sememangnnya sejak dahulu pun Aini dan Amni tidaklah begitu akrab.

Aini kini bekerja sepenuh masa dan hanya berada di rumah pada pukul 12 malam hinggalah 12 Tengah Hari.Manakala,Amni pula sudah naik ke tingkatan 4 dan berada di dalam kelas aliran sains tulen.Hal ini kerana,dia lulus peperiksaan PT3 dengan mendapat 'straight A' .

Amni sentiasa sibukkan dirinya dengan pelbagai benda malah,dia juga masih lagi gemar berada di luar berbanding di dalam rumah dan pada setiap hujung minggu dia akan keluar dari pagi sampai ke petang.

Pada suatu hari. . .
Amni membawa kawan-kawannya datang ke rumah iaitu Azlina,Umaira dan Haira.Bukan hanya mereka berempat sahaja malah teman lelaki Amni iaitu Danish serta kawan-kawan Danish iaitu Irfan dan Yusof juga turut datang ke rumah Amni.

Secara kebetulan,Aini pulang awal hari ini.Dengan rasa yang amat takut,Amni hanya mampu menyediakan perisai rasa malunya kerana dia tahu dia akan dimarahi oleh Aini.Namun,sebaliknya Aini langsung tidak marah pada Amni tapi kakaknya itu menyuruh kawan-kawan Amni termasuklah teman lelaki Amni pulang ke rumah masing-masing.

"Amni fikir akak akan marah".Amni kehairanan.
"Marah tu memang marahlah.Tapi,takkan nak marah kau depan diorang.Kau juga yang malu nanti".Balas Aini lalu meneguk segelas air suam.

"Jadi,maksudnya akak marahkan Amni?".Tanya Amni.
Aini kemudiannya terus meletakkan gelas kaca itu dengan kuat dan menyebabkan bunyi yang dapat mengejutkan seseorang yang sedang termenung mujurlah gelas itu tidak pecah.

"Macam mana kau boleh ajak lelaki masuk rumah?".Marah Aini.
"Macam yang akak nampak Amni ada bawa kawan-kawan perempuan yang lain".Amni cuba untuk mempertahankan dirinya.

"Tapi,tetap salah Amni.Kita ni kalau nak berkawan kena ada batas.Kalau nak ajak datang rumah sekali pun,mintalah izin dari aku".Jelas Aini dengan panjang lebarnya.
"Itupun,ada Danish dengan kawan-kawan dia pula tu.Mereka bertiga tu usia lagi tua dari kau dengan kawan-kawan kau.Cubalah,jaga batas.Kalau tak pegang sekalipun,fikir elok ke lepak bersama-sama macam tu".Aini akhirnya mula membebel.

"Aku tak kisah kalau kau suka dengan si Danish tu.Tapi,lagi elok kalau kau bercinta dengan dia lepas kahwin.Nanti aku pergi je rumah boyfriend kau tu.Aku suruh dia kahwin dengan kau lepas kau dah umur 20 tahun".Aini masih lagi tidak berhenti membebel.

Amni pula hanya mendiamkan dirinya dari tadi.
"Aku tahu kau pura-pura Amni.Kau tak akan buat benda yang tak berfaedah".Jujur Aini lalu memandang Amni.

Amni mula menitiskan air mata lalu menangis dengan teresak-esak.

"Amni,selalu sibukkan diri,Amni keluar sana-sini walaupun tak seronok tapi hanya untuk sibukkan diri".Jelas Amni.

"Amni sibukkan diri sebab Amni tak nak fikirkan sangat tentang masalah,Amni sibukkan diri sebab Amni tak nak selalu menangis sebab rindu dengan keluarga kita yang dah pergi.Tapi,Amni hanya keruhkan lagi keadaaan dan buat hubungan kita jadi regang padahal Kak Aini seorang je keluarga yang Amni ada".
Menangis Amni sambil menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku dia dengan perlahan menyentuh dahi sendiri kerana sudah memang tabiatnya sekiranya menangis.

"Amni rasa semua ni sangat sukar untuk Amni.Tapi,Amni rasa gembira sebab ada tempat untuk Amni luahkan masalah Amni".Tambahnya lagi.
"Danish?".Aini ingin tahu.
"Dia tak pernah tinggalkan Amni waktu Amni susah".Luah Amni.

Aini pun hanya menepuk lembut bahu adiknya yang sedang menangis dengan teresak-esak itu.Kepala Aini hanya mengangguk perlahan lalu Aini mengukirkan senyuman walaupun matanya sedang 'berair'.
"Berehatlah".Kata Aini sebelum pergi meninggalkan adiknya.

Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)Where stories live. Discover now