Bab 16 : Selamat Tinggal

70 31 4
                                    

Amni pulang semula ke rumah kakaknya memandangkan dia masih lagi memegang kunci rumah tersebut.Amni sudah menghantar pesanan teks kepada Aini terlebih dahulu namun Aini langsung tidak baca jadi Amni hanya beranggapan yang kakaknya itu sedang sibuk bekerja.Pada awalnya,dia hanya datang untuk mengambil beg yang mengandungi barang make up miliknya.Namun,dia tergerak hati untuk melihat bilik Aini.Pada waktu itulah,Amni terus terkejut sebaik sahaja melihat Aini terbaring kaku di atas lantai.

Amni dengan pantas mengangkat kakaknya itu lalu menghantarnya ke hospital.Mujurlah,Aini hanya pengsan sahaja kerana tidak cukup rehat.Tidak lama selepas itu,Aini pun akhirnya sedar.

"Kak Aini,tak apa-apa ke?.Kenapa tak berehat kalau dah tahu yang kak Aini tak sihat?".Amni agak marah dengan Aini.
"Entahlah,mungkin aku tak rasa penat kot".Balas Aini.

Tiba-tiba,kedengaran suara dua orang lelaki memanggil namanya dari luar bilik wad lalu sebaik sahaja dua jejaka itu masuk.
"Alamak diorang dah sampai....Mampus aku".Kata Aini

"Aini ok ke?".Tanya dua lelaki tersebut iaitu Luqman dan Iqbal secara serentak
"Macam yang korang nampak.Aku OK je".Jawab Aini.
"Kenapa korang datang?.Pergilah balik.Masing-masing sibukkan".Aini cuba menghalau Luqman dan Iqbal.
"Kan,aku dah pesan banyakkan berehat".Kata Iqbal.
"Awak patut cakap yang awak penat Aini".Kata Luqman pula.

Amni hanya ketawa melihat gelagat dua jejaka itu.
"Ada dua orang yang suka kak Aini".Amni cuba menyakat kakaknya.
"Diamlah".Marah Aini.

"Cik Aini sudah sedar?".Sapa Dr.Aminah yang merawat Aini.
"Ya,saya.Tapi doktor bila saya boleh balik?".Tanya Aini.
"Sebenarnya ada sesuatu yang saya nak bagi tahu Cik Aini,secara peribadi".Kata Dr.Aminah.

Amni,Luqman dan Iqbal pun segera meninggalkan Aini dan Dr.Aminah.
Mereka bertiga dipaksa pulang ke rumah setelah Aini perasan yang mereka bertiga sedang cuba curi-curi dengar perbualan diantara dia dan Dr.Aminah.

Selepas keadaan sudah sesuai untuk memulakan perbualan. . .

"Agak berat untuk saya katakan ini.Cik Aini,awak sebenarnya menghidap penyakit kanser pankreas tahap 4".Kata Dr.Aminah.
Aini hanya ketawa dia seolah-olah menganggap Dr.Aminah sedang bergurau.
"Apa doktor cakapkan ni?.Doktor bergurau je kan?".Aini masih lagi tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Cik Aini,ini bukanlah satu guruan.Cik Aini sudah menghidap penyakit ini hampir 2 tahun.Cik Aini selalu datang ke klinik sebab asyik muntah sehinggalah sampai hilang selera makan dan buatkan berat badan Cik Aini turun mendadak"Jelas Dr.Aminah.
"Malah,berkemungkinan besar ia berlaku disebabkan masalah genetik yang jarang berlaku.Sebelum ni ada diantara ahli keluarga cik Aini pernah menghidap kanser?".Tanya Dr.Aminah dengan nada suara yang sayu
"Arwah ibu saya pernah ada tapi tahap 1 dan sempat dirawat".Balas Aini lalu perlahan-lahan dia mula menitiskan air mata.

"Doktor. . .tak boleh nak buat apa-apa ke?.".Tanya Aini sambil menangis.
Dr.Aminah hanya mampu mendiamkan diri.
Dari riak wajah beliau sahaja,Aini sudah tahu jawapannya.

"Tapi,doktor boleh kalau saya nak balik?".Tanya Aini lagi.
"Sudah tentu".Balas Dr.Aminah.
"Boleh saya minta tolong?.Tolong jangan bagi tahu sesiapa tentang hal ini kepada keluarga saya ataupun sesiapa yang bertanya tentang saya biar saya sendiri yang maklumkan pada mereka".Kata Aini.
Dr.Aminah hanya mengangguk perlahan.

Setelah semuanya sudah selesai,Aini akhirnya dibolehkan pulang ke rumah.
Sebaik sahaja dia tiba di rumah.Aini hanya mampu duduk termenung di ruang tamu dan hanya memandang Televisyen yang tidak terbuka itu.

"Macam tak percaya yang aku akan mati".Bisik hati Aini lalu mula menangis.

Aini mula mengingati sedikit demi sedikit cara permakanannya dan kadar rehatnya. Aini banyak makan makanan yang segera malah dia juga tidak mempunyai tidur yang cukup dan sering sahaja bergadang.
"Aku makan semua tu sebab semuanya murah-murah. Tak adalah aku guna banyak sangat duit untuk makan.Malah,aku terlalu bekerja keras hingga lupa untuk berehat". Bisik hati Aini

Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)Where stories live. Discover now