Setelah empat tahun pun berlalu...
Aini kini berusia 24 tahun,manakala adiknya Amni,pula sudah berusia 20 tahun.Amni sedang belajar di sebuah Universiti yang berdekatan dengan rumahnya dan dia mengambil jurusan kedoktoran.Amni sememangnya seorang pelajar yang bijak kerana dia seorang sahaja yang mendapat 'straight A' dalam SPM.
Melihat kejayaan yang diperoleh oleh Amni membuatkan Aini berasa bangga dengan dirinya kerana mampu menjaga adiknya sehingga adik bongsunya itu berjaya sambung belajar ke menara gading.
Aini pula tidak lagi bekerja di restoran itu.Dia dipecat kerana sudah banyak hari dia tidak datang ke tempat kerja dan telah digantikan tanpa pengetahuan Aini.
Aini hanya mampu bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka.Amni pula sudah berhenti bekerja kerana mendapat biasiswa untuk sambung belajar.
Hubungan Amni dengan Danish masih lagi kekal meskipun Danish sekarang menjadi atlet bola sepak dan sedang menyertai perlawanan yang berlangsung memandangkan dia ialah kapten dalam pasukannya.
"Aini nanti tolong list kan barang yang ada".Arah Iqbal.
"Kau tak boleh nak buat sendiri ke?.Asyik aku je yang nak kena buat".Sindir Aini."Oh,ni mesti sebab kau marah aku, berhenti kerja kat restoran Tuan Arfan sebab aku nak ikut kau kan?".Iqbal menyindir Aini kembali.
"Macam tahu-tahu pula".Balas Aini."Aku tahulah".Kata Iqbal.
Aini yang sedang sibuk menyusun barang itu perlahan-lahan memandang Iqbal.
"Apahal?".Harian Aini kerana Iqbal sedang asyik memandangnya."Kau tahu aku suka kau kan?".Tanya Iqbal.
"Tahu".Jawab Aini lalu segera menjauhkan diri dari Iqbal.
Namun,lelaki yang berusia 25 tahun itu tidak mengalah sebaliknya dia mengejar Aini."Kau tak nak cuba jadi kekasih aku dulu?".Pinta Iqbal.
"Tak berminat nak cuba".Balas Aini lalu segera menjauhkan diri sekali lagi.
"Aku tak pernah cakap apa-apa sebab aku fikir kau suka aku".Kata Iqbal."Aku tak pernah suka kau,Luqman".
Balas Aini.
Iqbal terus terkejut begitu juga dengan Aini.
"Siapa Luqman?".Iqbal ingin tahu.
"Budak kelas aku masa sekolah dulu.Dia suka aku juga macam kau suka aku tapi aku tolak".Luah Aini lalu mengeluh panjang."Kau baru sebut nama dia tadi.Kau rindu dia ke?".Iqbal ingin tahu.
"Aku cuma teringat tentang dia sebab cara kau luah yang kau suka aku buat aku teringatkan dia.Teringat dan rindu adalah perkara yang berbeza".Jelas Aini.
"Oh.Kau tak cuba cari dia?".Tanya Iqbal.Aini hanya menggelengkan kepalanya lalu menoleh ke arah Iqbal.
"Aini! hidung kau berdarah!".Iqbal begitu panik lalu segera mengambil tisu untuk memberhentikan darah tersebut daripada terus mengalir.Tidak lama kemudian,dia membawa Aini pergi ke klinik dengan menaiki teksi•○●□■☆■□●○•
"Tak ada apa yang perlu dirisaukan.Ini hanya perkara biasa.Kamu terlalu kuat sangat bekerja kalau boleh rehatkanlah diri sekejap".Pesan Dr.Aswar
"Oh penat rupanya".Kata Iqbal lalu menghela nafas lega.
"Mungkin betul cakap doktor yang saya kena berehat".Balas Aini.Iqbal menghantar Aini pulang ke rumah.
"Kau banyakkan berehat.Nanti,pandailah aku cakap kat tauke".
"Terima kasih,Iqbal.Maaf kalau susahkan kau".
Tak ada susah pun.Aku ikhlas tolong".
"Aku harap kau jumpa perempuan yang lebih baik dari aku".Pinta Aini.Aini pun segera keluar dari teksi.
Iqbal hanya mampu mengeluh panjang.
"Macam mana aku nak jumpa perempuan yang lain kalau perempuan yang aku cari ialah kau".
Bisik hati Iqbal.Tidak lama selepas itu,Aini mendapat panggilan telefon daripada Amni
"Kenapa?".
"Kak Aini,Danish baru je ajak Amni bertunang".
"Bertunang?.Kenapa tak kahwin terus?!".
"Akak!.Kenapa nak cepat sangat!.Kira OK lah tu dia ajak tunang".
"Aku lagi suka kalau kau kahwin terus".
"Kenapa kakak nak cepatkan sangat.Tak nak Amni ada kat rumah eh?".
"Malaslah aku cakap dengan kau.Kalau kau nak tunang,tunanglah".
"Akak!?.Hello?~".Aini segera menamatkan perbualan.Dia kemudiannya, makan ubat yang diberikan oleh doktor lalu cuba mencari cara untuk menghubungi Danish.Setelah hampir 1 jam berusaha,Aini akhirnya terjumpa buku nota milik Amni.Mujurlah,ada nombor telefon Danish di situ.
Aini hanya mengahantar pesanan teks.
"Assalamualaikum.Ini aku,kakak Amni.Kalau kau dapat mesej ni,jangan bagi tahu Amni.Aku cuma nak jumpa kau.Kalau kau ada masa,kita jumpa kat depan sekolah".Tidak perlu menunggu masa yang lama pun kerana seminit kemudian Danish membalas pesanan teks tersebut.
"Okay,akak.Esok,kita boleh jumpa dalam pukul 2 petang".
Aini hanya membaca pesanan teks itu.
Keadaan rumah sangatlah sunyi dan hanya bunyi dari televisyen sahaja yang membisingkan rumah tersebut.Ketiadaan,Amni di rumah kerana dia sekarang sedang sibuk belajar di Universiti membuatkan Aini hanya mampu berseorangan sahaja di rumah."Aku dah biasa rasa macam ni".
Bisik hati Aini.
Keesokkan harinya,tepat jam dua petang,Aini pun tunggu kehadiran Danish."Akak".Panggil Danish.
"Lambat kau sampai. . .30 minit".Balas Aini.
"Oh,abang saya yang tolong hantar saya ke sini sebab kebetulan dia pun cakap dia nak lawat sekolah balik sebab dia baru je balik dari luar negara".Jelas Danish.
Aini hanya tersenyum lalu berkata
"Ada aku tanya pasal abang kau?".Danish hanya mampu tergamam lalu tersenyum palsu.
"Kenapa punya lama kau dengan adik aku bercinta tapi,tetap pilih untuk bertunang bukan kahwin".Aini ingin tahu.
"Oh.Saya bukan apa,kak.Saya masih lagi tengah sibuk.Jadi,kalau saya free dalam masa terdekat ni saya akan cancel pertunangan kami dan terus je kahwin"."Oh maksudnya,kau pun tak pasti nak tunang ke tak?.Ok,faham-faham.Kau jaga adik aku elok-elok jangan buat dia sedih".Pesan Aini pada Danish.
Danish hanya tersenyum.Tiba-tiba,seorang lelaki datang ke arah mereka."Akak,inilah abang saya".Kata Danish lalu memperkenalkan abangnya pada Aini.Aini terus memandang abang Danish dengan terkejut dan kaku.
"Aini!".Panggil lelaki itu dengan gembira.
"Luqman?!".Aini masih lagi terkejut malah keliru."Nampaknya,akak dengan abang saling kenal".Danish kehairanan.
"Aini,sekelas dengan abang dulu".Jelas Luqman.Danish terus memberikan senyuman yang nakal."Dia pembuli".Balas Aini lalu segera berlalu pergi.
Danish bertambah keliru.
"Adik pergilah balik dulu".Kata Luqman sambil memberikan kunci kereta miliknya pada Danish lalu dia pula sibuk mengejar Aini.Tanpa banyak bertanya,Danish hanya akur lalu pulang ke rumah dan pergi meinggalkan abangnya yang sedang mengejar Aini.
"Aini. . .Aini tunggu!".
Luqman mula tercungap-cungap.
"Aku berjalan je,yang kau penatkan diri dengan berlari tu buat apa?!. OVEREXCITED!".Balas Aini.
"Tak boleh ke kalau awak berhenti kejap?.Saya nak cakap sesuatu".Pinta Luqman."Apa?".Tanya Aini lalu menoleh ke arah Luqman.
"Jom ikut saya.Saya nak belanja awak makan.Saya pernah ajak waktu sekolah dulu.Tapi,awak kata lain kali.Sekarang ni,inilah 'lain kali' tu kan?".Meskipun sudah hampir 9 tahun berlalu,Luqman masih lagi belum pernah lupakan Aini."Kau tak pernah berhenti kan?".Aini ingin tahu.
"Saya pernah cuba tapi tak boleh".Jujur Luqman."Masa tu saya suka awak je.Tapi,rasa suka tu akhirnya bertukar menjadi cinta".Tambah Luqman lagi sambil tersenyum.
"JANGAN SEBUT AYAT TU".Rayu Aini sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Saya cintakan awak,Aini.Saya,sangat cintakan awak".Luah Luqman.Aini terus mengeluh panjang lalu menuju ke sebuah restoran bersama-sama Luqman dengan berjalan kaki.
Tiba sahaja di kafe,Aini hanya duduk di meja makan manakala,Luqman pula memesan minuman untuk Aini di kaunter.
"Aku harap aku juga boleh cintakan dia sepertimana dia cintakan aku.Luqman, lelaki yang jenis tak putus asa.Semakin aku tolak dia,semakin dia berusaha untuk aku terima dia".
Bisik hati Aini lalu memandang wajah Luqman yang sedang memesan minuman di kaunter."Tapi sayang,dia jatuh cinta dengan gadis yang berhati batu dan berwajah dingin".
Bisik hati Aini lalu cuba untuk menahan tangisannya.
YOU ARE READING
Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)
Teenfikce𝙌𝙎. 𝘼𝙡-𝙈𝙪𝙣𝙖𝙛𝙞𝙦𝙪𝙣: 11 وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Dan Allah sekali-kali tidak akan pernah menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah tiba waktu kematiannya. Dan Allah Ma...