Bab 15 : Impian

51 17 3
                                    

"Seorang penulis tidak akan pernah berhenti walaupun ada banyak dugaan"
Pesan Aini pada dirinya yang berusia 15 tahun.

"Seorang penulis akan sentiasa menjadi seorang penulis".
Pesan Aini pada dirinya yang berusia 16 tahun.

"Seorang penulis adalah seorang yang mampu memberikan kesenangan pada orang lain melalui penulisannya malah keberadaannya dan bukannya memberikan kesusahan pada orang lain".
Pesan Aini pada dirinya yang berusia 17 tahun.

8 tahun yang lalu,ada seorang gadis yang gemar menulis pada larut malam dan sentiasa menulis untuk menggembirakan hatinya malah sentiasa yakin bahawa dia akan berjaya mencapai impiannya sehinggalah,munculnya segala kesulitan dan kegelapan yang akhirnya membuatkan dia terlupa tentang keistimewaan yang terdapat dalam dirinya.

Sudah 8 tahun,Aini berhenti menulis.Setelah kematian ibu dan kakaknya malah ayahnya,banyak hal yang dia lupa kerana apa yang dia ingat hanyalah untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk Amni dan lebih mementingkan impian Amni berbanding dengan impiannya sendiri.Segala kesulitan,yang dihadapi oleh Aini berkemungkinan membuatkan dia terlupa bahawa dia dahulunya seorang yang mempunyai impian yang besar.

•○●□■☆■□●○•

Tok ! Tok ! Tok !.
Aini terus terbangun dari tidur sebaik sahaja mendengar ketukan pintu. Dia kemudiannya memakai tudung lalu membuka pintu rumah.

"Amni!".Jeritnya dengan gembira.
Amni hanya melemparkan senyuman yang manis.Aini bertambah terkejut apabila melihat adiknya itu sedang memegang sebiji kek hari jadi.

"Selamat Hari Jadi,Kak Aini".Ucap Amni.
"Aku tak ingat pun hari ni,hari jadi aku".Jujur Aini.
"Kau patut bagi tahu aku yang kau dah balik".Tambahnya lagi.
"Kalau Amni bagi tahu,tak jadilah suprise nanti".Jelas Amni.

"Jadi,ada suprise lagi ke ni?".Aini ingin tahu.
"Macam tahu-tahu pula,Akak Aini ni".Balas Amni lalu menoleh ke belakang dan berkata ;

"Semua. . . boleh keluar sekarang".Pinta Amni.
Aini terkejut sekali lagi sebaik sahaja dia melihat Syifa,Amara dan Rozie.Tidak hanya itu sahaja,Luqman dan Danish juga turut ada.

"Jomlah masuk.Ada orang kena sambut 'birthday' hari ni".Kata Amni lalu masuk ke dalam dirumah diikuti dengan Syifa,Amara,Rozie dan Danish.
Aini hanya melihat mereka masuk ke dalam rumah.

"Selamat hari jadi,Aini".Ucap Luqman dengan senyuman yang manis.
"Terima kasih".Ucap Aini lalu segera duduk di atas sofa.
"Bila kau balik Amni?".Tanya Aini.
"Semalam".Jawab Amni.

Aini hanya mengangguk perlahan lalu melirik ke arah Syifa,Rozie dan Amara.Aini hanya tersenyum janggal.
"Lama tak jumpa kan?".Kata Aini yang mahu memecahkan suasana yang janggal diantara mereka berempat.

"Boleh tahan lama jugalah".Balas Amara.Syifa dan Rozie hanya mengangguk perlahan lalu tersenyum janggal.

Majlis hari jadi Aini yang hanya diadakan secara kecil-kecilan itu berjalan dengan lancar meskipun Aini masih lagi berasa sedikit janggal dengan kehadiran Syifa,Rozie dan Amara.

"Majlis hari jadi tak akan lengkap kalau tak ada hadiah".Kata Danish.
"Ajaran mana ajar kau kena bagi hadiah masa hari jadi?".Tanya Aini dengan nada suara yang agak tinggi.
"Erkkkk. . .saya cuma cakap je kak.Sorry".Balas Danish lalu memberikan hadiah yang berupa gelang pada Aini.

"Aku bergurau je".Ketawa Aini.
"Saya masih lagi takut dengan kak Aini".Jujur Danish.
"Kalau takut,boleh balik rumah dulu".Aini saja menyakat Danish.
Danish pun dengan pantas terus berlari keluar dari rumah.

Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)Where stories live. Discover now