Tepat pukul 2:30 petang. . .
Aina dan Amni pun tiba di rumah.
Seperti biasa,Aina dan Amni akan terus masuk ke dalam bilik masing-masing dan merehatkan diri lalu menghabiskan masa yang terluang dengan mengulangkaji pelajaran."Ibu,mana Aini?".Tanya Aina.
"Ada kat dalam bilik".Balas Puan Asiha sambil memotong beberapa biji buah epal untuk dihidangkan.
"Aina dengar,Aini balik awal hari ni.Kenapa ibu?.Dia ada buat masalah lagi ke?".Tanya Aina lagi.
"Ya".Jawab Puan Asiha.Aina hanya menganggukkan kepalanya lalu terus menuju ke bilik Aini.Pintu bilik adiknya,itu tidak berkunci dan terbuka jadi Aina pun meluru masuk ke dalam.Pada waktu itu,Aini sedang menulis.
"Aini!".Panggil Aina.
"Apa?."Sahut Aini.
"Betul ke kat sekolah tadi kau ada buat masalah. . ."
Belum sempat Aina menghabiskan ayatnya itu,Aini pun mencelah;
"Kalau kau nak tanya tentang 'benda tu' tak perlulah".Kata Aini."Semua ni takkan terjadi tanpa sebab.
Kalau kau ada masalah,bagi tahulah aku".Kata Aina lalu duduk bersebelahan dengan adiknya itu.
Aini yang sedang sibuk menulis itu pun berhenti buat seketika sebaik sahaja mendengar kata-kata Aina lalu dia pun memandang tepat ke arah kakaknya itu.
"Tak ada apa-apa.Aku tak ada masalah.
Lebih baik kau keluar sekarang,dari membazirkan masa kau dengan tanya aku. . . soalan yang tak akan ada jawapan".Pinta Aini lalu sambung menulis semula."Aku faham.Tapi,kau jangan menyesal pula.Aku dah bagi kau banyak peluang.Ada banyak hal yang kau pendam sendiri.Hal yang aku pun mungkin takkan aku tahu.Jadi sebab itu,jangan sampai 'jatuh sakit'.Kalau boleh jangan salahkan sesiapa kalau kau rasa diabaikan nanti.".
Kata Aina dengan panjang lebarnya lalu terus keluar dari bilik adiknya itu.•○●□■☆■□●○•
|Aina|
"Dalam ramai-ramai orang,
adik akulah yang paling misteri.Aku tak pernah tahu apa masalah dia malah aku jarang nampak dia menangis sehingga aku beranggapan adik aku ni bukan manusia.Kalau dia manusia sekalipun,seolah-olah dia dilahirkan tanpa perasaan".
Bisik hati Aina sambil termenung jauh sehingga tidak fokus di dalam kelas.Sebaik sahaja,kelas Kimia tamat. . .
Cikgu Nora menyuruh Aina mengangkat buku nota kelas 5 Cemerlang (kelasnya juga) ke bilik guru.Ketika,Aina dalam perjalanan ke bilik guru,Aina ternampak adiknya membuang kertas yang telah diroyok ke dalam tong sampah.Ingin sahaja dia pergi ke sana.Namun,buku nota yang banyak itu sangat berat untuk diangkat jadi Aina pun terus bergegas menuju ke bilik guru.Tiba sahaja di bilik guru,Aina pun meletakkan buku-buku nota tersebut di atas meja cikgu Nora.Kemudian,Aina pergi ke kelas adiknya.Namun,adiknya sudah tidak berada di dalam kelas.Maka,Aina pun mencari kertas yang telah diroyok dan dibuang oleh Aini di dalam tong sampah tetapi,dia tidak dapat menjumpai kertas tersebut kerana tong sampah itu telah pun dibersihkan oleh tukang cuci sekolah.
"Kertas apalah agaknya yang dia buang".Kata Aina sendirian.
Nampaknya,Aina tidak akan ada peluang untuk tahu apakah 'isi' kertas tersebut.Pada waktu rehat . . .
"Aini,kau okay ke tak?.Kenapa aku tengok muka kau macam risau je. . .".Tanya Aina bertubi-tubi.
"Wawa. . .buat hal lagi ke?.Kalau ya,kau tak perlulah nak kawan sangat dengan Wawa tu." Tambahnya lagi."Tak ada apalah".Balas Aini.
"Betul ni?".Aina menginginkan kepastian."Ya".Jawab Aini."Aku tahu kau menipu,Aini.Macam mana aku nak buat kau pecahkan semua masalah yang kau simpan tu".
Bisik hati Aina sendirian.* Hari di mana Aini tidak pergi ke sekolah *
"Aini tak pergi sekolah hari ni.Aku dah tahu mesti ada benda sebab tu dia tak nak pergi sekolah. . .haihhh budak ni".
Bisik hati Aina sambil berjalan menuju ke kelasnya lalu duduk di tempatnya.
YOU ARE READING
Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)
Teen Fiction𝙌𝙎. 𝘼𝙡-𝙈𝙪𝙣𝙖𝙛𝙞𝙦𝙪𝙣: 11 وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Dan Allah sekali-kali tidak akan pernah menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah tiba waktu kematiannya. Dan Allah Ma...