Pada pagi ini, Rinne bangun awal pada pukul 5 pagi. Rinne berasa tekaknya terlalu loya lalu terus ke bilik air untuk memuntahkan segala yang ada di dalam tekaknya itu.
Bluekk!!! Bluekk!!
Rinne berasa terlalu perit di tekaknya kerana dia hanya muntah air. Dia berasa amat lemah sekarang ini untuk berdiri lalu dia terus terduduk di dalam bilik air itu.
" Ya Allah, tak laratnya aku. Peningnya kepala ni." adu Rinne
Rinne terus cuba untuk bangun dan membersihkan mulutnya. Lalu dia keluar dari bilik air itu dengan terhuyung hayang. Mujurlah suaminya tidak terjaga kerana kesakitan yang dia alami.
Rinne terus baring semula ke katil sambil meletakkan minyak angin di sekitar leher dan tepi dahinya. Dia berasa sangat tidak larat untuk bangun tetapi dia tidak sampai hati untuk mengejutkan suaminya. Kerana dia tahu suaminya tidur lewat semalam bagi menyiapkan kerja - kerja dari pejabat.
Jadi, dia membuat keputusan untuk berehat seketika sebelum azan subuh berkumandang. Dalam beberapa minit, dia terlelap semula.
Tepat jam 6.00, Zafriel bangun dari tidur kerana alarm dari telefon isterinya itu telah pun berbunyi tetapi dia pelik kenapa isterinya tidak terjaga. Selalu Rinne akan bangun dulu sebelumnya. Tetapi hari ini terbalik pula.
Zafriel pun mengejut isterinya untuk solat subuh berjemaah.
"Sayang, bangun laa. Kita solat subuh sama - sama. Nanti ketinggalan pula"
Cubaan pertama untuk mengejutkan Rinne dari tidurnya tidak berjaya. Pelik! Selalunya isterinya akan teru bangun. Siapa yang penat sangat sekarang ni.
"Sayang, bangun! Sudah pukul 6 lagi ni. Nanti lewat pula sayang nak pergi butik."
Cubaan kedua pula gagal lagi. Zafriel buntu. Cara apa lagi patut dia gunakan untuk mengejutkan isterinya.
"Sayang, are you sure tak nak bangun ni? Hubby kira sampai 3 kalau sayang tak bangun juga hubby angkat sayang bawa masuk bilik air."
Satu......
Dua.......
Ti.........
Rinne pun bangun dengan keadaannya yang tidak larat tetapi memaksa juga untuk bangun.
" Sorry hubby. Rinne tak sedar. Sorry again sebab tak dapat kejut hubby. "kata Rinne dengan nada perlahan
Zafriel pelik apabila kedengaran suara isterinya yang tidal bermaya.
" Sayang, are you okay? Kenapa suara sayang macam tak bermaya je. Sayang sakit ke? Jom kita pergi klinik nak? "tanya Zafriel dengan nada cemasnya apabila melihat muka isterinya yang seakan akan pucat lesi.
" ehh tak perlu. Rinne pening sikit je. Nanti okay laa tu. Hubby jangan risau eh. Hubby pergi laa mandi. Lepastu kita solat sama - sama. "kata Rinne untuk menutup rasa sakitnya itu. Dia tak mahu suaminya susah hati bila dia berkeadaan begitu.
" betul ni? Sayang kalau tak sihat beritahu je hubby. Jangan sorok - sorok okay "pesan Zafriel kepada isterinya. Suami mana tak sayang bini oi!
" ye hubby. Dah laa hubby pergi laa mandi lepastu ambil wudhu' nanti Rinne nak guna bilik air pula. Go go! "kata Rinne dengan nada bersemangat walaupun keadaannya yang tidak bermaya tetapi untuk menutup rasa tak sihatnya itu dari ditangkap suaminya.
Sebelum Zafriel masuk ke dalam bilik air, dia sempat mencium dahi isterinya itu. Memang routinenya setiap pagi melakukan perbuatan itu untuk si isteri.
YOU ARE READING
MRS. HAZEL
Romance🌟KARYA PERTAMA🌟 [Slow Update] BLURB : Edrinne Elizabeth seorang gadis yang mempunyai banyak kacukan yang diwarisi daripada ibu dan ayahnya. Mempunyai seorang abang yang sangat penyayang iaitu Elvin Ermando. Edrinne seorang yang sangat baik dan so...