3 bulan kemudian..
Tuptup dah 3 bulan usia perkahwinannya dengan Zafriel. Rinne berasa sangat bosan kerana hanya dia dan pembantu rumah sahaja yang tinggal dirumah manakala mama mertuanya keluar berjumpa dengan rakan rakan. Suaminya pula sudah kembali bekerja setelah 1 bulan cuti sempena hri perkahwinannya. Adik iparnya pula sudah ke luar negara kerana menymbung pengajian.
Dia masih lagi tidak tahu mahu buat apa sekarang ini kerana jam sudah menunjukkan pukul 1 lebih. Nak mengemas sudah pembantu rumah mamanya yang buat. Bila dia mahu tolong sudah ditolak awal2. Huwaghh sedih laa macam ni!
Apabila azan zohor sudah berkumandang, dia terus menunaikan ibadat solat itu.
Selepas itu, dia terus turun ke bawah untuk menolong mak Mah iaitu pembantu rumah mamanya. Dia masuk ke ruangan dapur apabila melihat mak Mah sedang mengeluarkan bahan2 untuk memasak makanan tengahari.
"assalammualaikum mak Mah" ucap Rinne
"waalaikummussalam Puan Rinne. Kenapa turun ke sini? Puan Rinne pergi duduk di depan biar mak Mah siapkan makanan tengahari ni"
"alaa mak Mah biar laa Rinne nak tolong. Rinne dah bosan sebab tk buat apa2. Dekat butik tu tak ada apa yang Rinne nak buat memandangkan semua kerja mummy dah settlekan. Dan satu lagi,mak Mah tak payah laa panggil Rinne ni dengan berpangkat puan. Panggil Rinne je. Sekarang Rinne nak tolong jugak masak untuk tengahari ni. "kata Rinne pnjng lebar lalu di terus memotong bahan2 yang telah tersedia di atas meja itu.
" baiklah Rinne. Kalau mak Mah cakap pun bukan kamu nak dngr kan. "mak Mah hanya pasrah sahaja. Dia juga amat senang dgn menantu majikannya yang sangat baik dan pandai hormat orang tua. Kalau orang kaya lain memang tak laa nak baik mcm ni nak2 bila dgn pembantu rumah mcm Mak Mah.
Mereka berdua terus memasak sambil berbual bual sesama sendiri.
"Mak Mah dah berapa lama kerja kat sini?"
"Dah nak dekat 5 tahun."
"Ohh dah lama. Rumah mak Mah dekat mana?"
"Mak Mah duduk dekat kawasan kampung di Pahang. Rumah kat sana Mak Mah tinggal dengan anak mak Mah. Tapi memandangkan mak Mah dan suami kerja dekat rumah ni jadi anak Mak Mah laa yang tinggal kat sana. Dia pun dah kahwin ada anak sorang dh."
"Jauhnya rumah Mak Mah. Jadi, Pak Kassim tu suami mak Mah laa?"
"Ye suami Mak Mah laa tu."
Hari ini Rinne masak ayam masak lemak cili api, kangkung belacan dan udang masak merah kerana itu merupakan favourite suaminya. Macam mana dia tahu? Of course laa dari mak mertuanya. Manakala Mak Mah memasak sotong celup tepung dan telur dadar. Air juga mak Mah yang bancuhkan disebabkan Rinne dah banyak masak.
Mak Mah bukan tak nak masak banyak tapi semua yang dia nak buat semua Rinne yang nak buat jadi dia hanya biarkan kalau dilarang pun Rinne tetap buat. Maklumlaa degil. HAHAAHA
Lalu Rinne dan Mak Mah terus menghidangkan makanan di ruang makan.
Tepat jam 2.00, Rinne mendengar enjin kereta di luar rumah. Dia sudah tahu siapa yang balik.
"Assalamualaikum!"
"waalaikummussalam. Ha hubby! Jom laa makan. Lauk tengah panas2 tu nanti sejuk tak sedap pula."
Zafriel terus ke ruang makan untuk melihat makanan yabg terhidang. Kecur air liur nya melihat banyak juadah yang tersedia.
"Wah banyaknya mak Mah masak. Siap ada makanan favourite Riel lagi"
YOU ARE READING
MRS. HAZEL
Romantizm🌟KARYA PERTAMA🌟 [Slow Update] BLURB : Edrinne Elizabeth seorang gadis yang mempunyai banyak kacukan yang diwarisi daripada ibu dan ayahnya. Mempunyai seorang abang yang sangat penyayang iaitu Elvin Ermando. Edrinne seorang yang sangat baik dan so...