Bab 10

132 33 0
                                    

Pada pagi yang indah ini, Zafriel    bercadang untuk ke butik perkahwinan bersama dengan bakal isterinya, Rinne. Mujurlah hari ini dia tidak bekerja. Kerana Papanya memberi cuti untuk dia membawa Rinne ke butik pengantin.

" Ermm Ma, Pa. Riel pergi dulu ye. Takut jem pulak jalan nanti". kata Zafriel

" Baiklah. Hati- hati bawa kereta tu. Ingat kamu tu bawa anak orang". pesan Tengku Zarif kepada anak sulungnya itu.

Zafriel hanya mengangguk sambil menyalam tangan mama dan papanya yabg sedang menjamu selera itu.

Dia terus keluar dari rumah itu lalu memakai kasut adidasnya.

Selepas itu, dia terus menaiki kereta Audi R8 nya untuk ke rumah Rinne.

Dan keretanya meluncur laju ke jalan raya.

Rinne setia menunggu kedatangan seseorang di ruang tamu. Mujur lah dia bangun awal dan tidak menyambung tidurnya selepas subuh.

Selalunya dia akan membongkang sesudah sahaja dia solat subuh.

Semasa Rinne ingin mengeluarkan telefonnya untuk menghantar pesanan kepada seseorang, dia terdengar bunyi suara seseorang memberi salam.

"Assalammualaikum!"

" Waalaikummussalam. Ye encik cari siapa?" tanya Pak Harun selaku pemandu kereta keluarga Rinne .

" Saya datang sini nak ajak......."

Percakapan seseorang itu terhenti apabila ada orang lain memotong.

" Oh Zafriel! Sekejap! Saya nak pakai kasut. " ujar Rinne apabila mengetahui gerangan yang memberi salam.

" Pak Harun, Rinne pergi dulu ye." kata Rinne apabila dia sudah memakai kasut sneakersnya itu.

Pak Harun hanya menganggukkan kepalanya. Tahulah dia bahawa Rinne mengenal lelaki itu.

Zafriel terus menyalam tangan Pak Harun sebelum pergi.

Rinne terus mengekori langkah Zafriel sehingga sampai ke kereta Audi milik Zafriel.

Setelah beberapa minit kereta itu meluncur laju ke jalan raya, keadaan di dalam kereta itu hanya sunyi tanpa sebarang suara.

Rinne sebenarnya masih lagi kekok untuk berbual dengan Zafriel. Maklumlah dia mana pernah keluar berdua dengan lelaki melainkan abangnya itu.

Setelah sekian lama berdiam diri, Zafriel terus menanyakan soalan bagi memecahkan kesunyian.

" Hmm Rinne? Awak okay? Kalau nak apa - apa, just tell me okay. " kata Zafriel

" Oh ya. I'm okay!" kata Rinne

Setelah itu mereka kembali berdiam diri.

Beberapa minit kemudian, barulah mereka sampai ke destinasi yang mereka tujui.

" Welcome to Farisha's Boutique. May I help you guys? " tanya penyambut tetamu itu.

" Oh ya. Can I see a owner boutique? Because I have deal with her" kata Rinne kepada pekerja butik itu. Sempat lagi dia melihat nametag pekerja itu. ' Eliza'

" Sure. Let me call my boss. You guys can sit there." kata Eliza selaku pekerja butik itu.

Rinne dan Zafriel terus duduk di sofa yang disediakan sementara menunggu pemilik butik itu.

Mereka berdua sempat melihat majalah yang ada di atas meja yang disediakan di hadapan mereka.

" Zafriel! Awak nak pakai warna apa mase akad nikah nanti? Lepastu dengan majlis resepsi nanti?" tanya Rinne.

MRS. HAZELWhere stories live. Discover now