Selepas sahaja kejadian lamaran itu, Eriq Ermando memberitahu untuk pulang ke Malaysia semula selepas 3 hari bercuti. Dia ingin melangsungkan hari perkahwinan anak perempuannya.
Rinne berasa gembira kerana ibu dan bapanya memberi restu tentang perkahwinan ini. Dia berasa bersyukur kerana akan ada seorang yang akan menjaganya dan membimbing nya hingga ke jannah.
Zafriel berjalan seiringan dengan buah hatinya itu untuk check in sebelum mereka semua berlepas pulang ke Malaysia.
" Saya rasa happy sangat sebab awak sanggup terima saya" bisik Zafriel di telinga Rinne
Terdiam Rinne buat seketika apabila berasa hembusan nafas seseorang.
Zafriel hanya tersenyum melihat telatah bakal isterinya itu. 'Haishh mujur tak kahwin lagi kalau tak dah lama pipi dia tu aku cubit. Geram betul!' desis hati Zafriel
Mereka pun terus masuk ke balai pelepasan untuk pulang ke Malaysia.
Sampai sahaja mereka semua di Malaysia, mereka terus pergi ke pintu utama kerana kenderaan sudah ada yang mengambil mereka.
Selepas itu, Rinne dan ahli keluarganya pulang ke rumah mereka memandangkan mereka semua sudah keletihan. Manakala Zafriel dan ahli keluarga nya juga pulang kediaman mereka.
Zafriel sempat lagi mengenyitkan mata kepada Rinne sebelum kereta yang dipandu oleh pemandunya meluncur laju ke kediamannya.
Terus memerah muka Rinne bak tomato kerana daddynya nampak akan kelakuan Zafriel terhadapnya.
" Haishh nanti dah kahwin tengok laa puas puas." kata daddynya Mr. Eriq
Rinne terus masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan yang lain yang sedang ketawa dan memerlinya.
Sampai sahaja di biliknya, dia terus baring ke atas katilnya.
"Oh my bed! I'm really miss you! Lega rasa bila aku baring atas kau." kata Rinne kepada katilnya. Haishh katil pun nak dipuji.
Hampir sahaja Rinne terlelap kerana mendengar ketukkan daripada seseorang.
Tuk!
Tuk!
"Ha Rinne. Jangan kamu nak tidur pulak. Dah nak maghrib ni. Tak elok anak dara tidur masa ni." pesan mommynya, Mrs. Ervira
"Mommy ni tahu tahu je aku nak tidur" kata Rinne dengan perlahan
Tanpa membuang masa, Rinne terus bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Selang beberapa minit, Rinne keluar dari bilik air dan menuju ke wardrobe untuk memakai baju tidur.
Tiba tiba azan maghrib berkumandang. Mujurlah dia sudah mengambil wudhu selepas mandi tadi.
Dia terus menunaikan solat fardhu maghrib.
Selesai sahaja Rinne solat, dia terus mencapai iphonenya yang berada di atas meja tepi katilnya.
Belum sempat dia membuka telefonnya, terdapat satu notification.
Rinne tersenyum apabila melihat gerangan yang chatnya.
Zafriel 🐻
Hai. Tengah buat apa tu?Me
Waalaikummussalam. Baru je leas solat. Kenapa?Zafriel🐻
Heheheh assalammualaikum. Oh tak ada apa apa. Cuma rindukan awak je♥️Muka Rinne terus membahang apabila Zafriel berkata begitu.
Zafriel🐻
Are you blushing? Kenapa tak reply chat saya?'haishh dia ni tahubtahu je aku tengah blushing.'
Me
Eyh.. Mana ada laa! Saya okay je.Zafriel🐻
Are you don't miss me? Why you not reply me?Me
Not. I'm not miss you but I love you💕Rinne terus tersedar apabila dia sudah tekan send. 'apa kena dengan aku ni. Ya Allah malunya aku. Macam mana kalau dia kata aku ni mengada ngada. Arghhh malunya!'
Zafriel🐻
So sweet💕. I love you too, darling!'Oh my god! Apa kena dengan si Zafriel ni. Aku dah laa tengah malu ni!'
Me
Okay laa. Bye!Rinne terus menutup telefonnya dan menuju ke bawah.
Rinne hanya tersenyum apabila teringatkan mesejnya bersama Zafriel.
Zafriel tersenyum gembira apabila membaca mesej yang Rinne hantarkan kepadanya.
' That's mean yang dia cintakan aku. Ya Allah! Bahagianya aku bila dia cakap macam tu. Ni aku tak sabar nak jadikan dia isteriku' desis hati Zafriel
Zafriel terus menutup telefonnya lalu menuju ke arah balkoni biliknya.
Zafriel hanya melihat pemandangan malam itu daripada balkoni biliknya.
Dia berharap agar hidupnya akan bahagia disamping dengan orang tersayang.
'Aku harap dia dapat terima kekurangan dan kelemahan aku. Dan aku harap dia cintakan aku dengan sepenuh hatinya. Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya. Semoga dia membukakan pintu hatinya untuk aku menjadi sebahagian daripada hidupnya. Dan kau wujudkan lah suasana bahagia kepada kami, Ya Allah'
Zafriel hanya mampu berkata di dalam hati. Semoga kebahagiaan dapat dipupuk dalam rumah tangganya nanti. Aminn
"Abang tengok laa anak kita tu. Saya nak sangat tengok dia bahagia. Nak tengok dia ada isteri dan anak anak." kata mama Zafriel, Puan Mary
"Saya pun harap macam tu jugak. Takpe laa kita doakan yang baik baik sahaja untuk dia." kata papa Zafriel, Tengku Zarif
"Saya harap Rinne dapat bahagiakan anak kita dan jaga dia dengan penuh kasih sayang. Saya tak nak anak saya sedih ke atau terluka. Saya tak boleh nak tengok air matanya" kata mamanya, Puan Mary
Tengku Zarif hanya mengangguk kan kepalanya apabila mendengar percakapan isterinya. Dia juga berharap semoga anaknya dapat bahagia dengan apabila berumah tangga.
Sorry sis buat pendek je kali ni. Sebab tiba tiba idea hilang. Jangan lupa vote tau! And comment
YOU ARE READING
MRS. HAZEL
Romantizm🌟KARYA PERTAMA🌟 [Slow Update] BLURB : Edrinne Elizabeth seorang gadis yang mempunyai banyak kacukan yang diwarisi daripada ibu dan ayahnya. Mempunyai seorang abang yang sangat penyayang iaitu Elvin Ermando. Edrinne seorang yang sangat baik dan so...