Bab 4

192 37 0
                                    

Zafriel dipanggil oleh papanya untuk turun ke bawah kerana ada hal nak dibincangkan.

Zafriel tertanya tanya hal apa yang penting sangat yang papanya nak tanyakan sampai tak boleh nak tunggu.

" Zafriel!! Mari turun sekejap! Papa ada hal nak bincangkan dengan kamu ni!" panggil Tengku Zarif

Selepas sampai sahaja Zafriel di ruang tamu, papanya menyuruh dia supaya duduk dahulu.

" emm ada apa papa panggil Riel? Ada hal penting ke?"

"oh macam ni. Syarikat kita akan ada projek besar bersama dengan syarikat kawan papa tu. Riel masih ingt yang kita pergi majlis tu?"

"ouhhh anak uncle Eriq kan? Riel masih ingat. So, syarikat kita ada projek dengan Elvin laa kan tak silap nama dia?"

"ye. So, papa nak Riel ambik alih projek tu. Sebab Riel boleh kenal kenal dengan anak Uncle Eriq tu."

"hmm baik papa"

Zafriel terus naik ke atas untuk  menuju ke biliknya. Dia terus pergi ke koridor memandangkan sekarang masih pagi. Jadi, suasana amat nyaman.

Zafriel teringatkan akan seorang gadis cantik yang mempunyai kacukan itu iaitu Edrinne Elizabeth.

'haishh asal laa comel sangat muka dia tu. Dah laa lemah lembut je aku tngk. Cute pulak tu. Tergugat iman. Ni kalau aku dapat kahwin dengan dia ni mmg aku tak bagi keluar rumah dah. Duduk je rumah dengan aku. Aip! Asal dengan aku ni. Angau ke! Haishh no no dia terlalu sempurna dan tak layak untuk kau Riel'desis hati Zafriel

Zafriel berharap agar dia dapat melakukan projek besar itu dengan baik sekali. Haishh nasib si Elvin tu jenis yang friendly sikit tak laa kekok dengan dia.

Zafriel hanya termenung melihat keindahan alam pada pagi itu. Zafran atau adiknya sudah hilang entah kemana. Kalau Zafran ada mesti dia dah ajak main game. Ni batang hidung budak tu pun tak nampak.

Rinne dengan gembiranya turun ke bawah untuk bersarapan. Mujurlah dia sudah bangun dan solat subuh tadi. Dan paling dia tak sangka, dia tidak tidur selepas subuh. Selalunya dia akan terbongkang semula.

Rinne tidak sedar bahawa pergerakkannya diperhati oleh abangnya.

" weyy dik! Kau ni dah kenapa senyum sorng ² dah tak betul eyhh? Ke kau......"

Percakapan Elvin pantas dipotong oleh Rinne

" Ha abang! Kau jangan nak mengada eyh. Rinne tak kena rasuk pun. Abang tak payah nak takutkan Rinne boleh tak! Hishhh kacau mood je  laa abang ni! "

" HAHAHAHAHA sorry laa Rinne. Abang saja je nak gurau dengan adik abang ni. Kau ni pun. Sikit sikit nak merajuk. Macam budak budak. Oh lupa! Kau kan anak manja"

Elvin mengejek adiknya kerana dia tahu adiknya amatlah tidak suka orang mengejek dia sebagai 'anak manja'. Haishhh tapi dia kisah apa. Selagi kita boleh gurau, kita gurau. Tak ada istilah jangan bergurau dalam kamus kehidupan.

" haishhh Vin. Sudah² laa duk menyakat adik kamu tu. Kan dia merajuk kamu juga yang kene pujuk. Kamu berdua ni suka sangat bergaduh. Macam anjing dan kucing. Tapi kalau tak ada salah seorang mula lah rindu la apa laa. Bila dah ada bergaduh pula. Haishhh daddy tak faham laa"

Rinne dan Elvin terus berpaling ke arah suara daddynya yang tengah membebel. Rinne terus menjelirkan lidahnya kepada abangnya.

"Ha Rinne pun. Jangan nak jelir sangat lidah tu. Nak kene potong ke? Kamu pun sama. Bila abang tak ada, cari abang. Kata rindu laa apa laa. Ni bila ada kamu bergaduh pula. Lain kali kalau nk gurau, gurau baik baik. Ni tak sorang merajuk, sorang masam muka. Haishh kan daddy letak kamu berdua tidur kat luar baru tahu. "

Terus Rinne memasamkan muka apabila dia juga terkena bebelan daddynya. Haishh nasib laa dapat daddy yang kuat membebel.

" ni kenapa dari tadi lagi mommy dengar daddy kamu ni duk membebel. Ada apa ni? Abang, awak kenapa membebel pagi pagi ni? "

Zzzupppp! Rinne dan Elvin terus memandang mommynya yang turun dari tingkat atas. Mereka berdua tahu apabila mommy dan daddynya sudah  bergabung akan terletus laa gunung berapi. Tak caya nanti dengar laa mommy pula yang memberi tazkirah.

" ni haa anak anak awak, bergaduh pula"

"Apa! Bergaduh?! Haishh berapa kali nak mommy pesan jangan bergaduh. Nak suruh bernanah telinga tu baru nak dengar ke. Kamu ni boleh tak jangan bergaduh. Kita sebagai adik beradik tak baik tau bergaduh. Kalau nak bergurau biar berpada pada. Jangan bergurau yang dapat menyakitkan hati orang lain. Nanti mula laa ada yabg merajuk pastu tak reti nak keluar bilik. Haishh dah berapa kali mommy pesan jangan bergaduh. Pagi pagi macam ni laa elok kita merapatkan silaturahim bukan bergaduh".

Ha ambik kau! Panjang lebar mommy membebel. Kan dah cakap kalau mommy dengan daddy bergabung mmg tak akan jadi apa laa.

Rinne dan Elvin hanya berdiam diri. Haishh dah nasib dapat parents yang kuat membebel.

Mereka sekeluarga terus menuju ke ruang makan untuk bersarapan pagi. Kalau tak, pagi ni dengar mommy dan daddynya  membebel sahaja laa.

Mujur Mak Yah sudah awal awal menyediakan makanan pagi untuk kami sekeluarga.

Zafriel terus menerjah ke arah adiknya yang sedang bermain telefon itu.

1

2

3

"BAHHHHH!!!!" sergah Riel kepada adiknya

"opocot aku suka dia" melatah Zafran

"ha kau! Suka sape pulak ni? Pandai eyh kau. Keluar dah laa tak ajak aku. Ni mesti kau jumpa perempuan kan. Lepas tu kau tak sempat nak confess kat dia kan. Aku beritahu papa yang kau dah ada girlfriend. Biar kau kena marah dengan papa"

" Hotak kau! kau sergah aku macam tu. Nasib laa phone aku ni tak jatuh. Kalau tak, memang aku suruh kau ganti dah."

"hek eleh. Kalau jatuh pun maybe screen je laa pecah. Bukan barang dalam pun. Asal pulak nak ganti phone nya."

"kisah pulak aku"

Zafriel terus merampas phone adiknya dan menuju ke tingkat atas.

"ZAFRIEL!!!!!! KAU BAGI SEKARANG PHONE AKU SEBELUM AKU PECAHKAN PHONE KAU PULAK!!"

Zafriel dengan selambanya dia naik ke tingkat atas dan menuju ke biliknya dan mengunci pintu.

Zafran apa lagi, terus mengetuk pintu bilik abangnya itu dengan kuat.

"WEYYY!! KAU NAK BAGI KE TAK? KALAU TAK, AKU PECAHKAN JUGAK PINTU KAU NI!"

Zafriel terus membukak pintu dan memberikan phone adiknya. Dengan pantas dia tutup kembali pintu itu. HAHAHAHA takut laa tu. Tu laa sape suruh buat orang lain marah. Memang mcm tu laa jadinya.

TBC~~~~~

MRS. HAZELWhere stories live. Discover now