Setelah beberapa jam berada di dalam kapal terbang, akhirnya mereka tiba di Itali International Airport.
Rinne hanya berada disisi Zafriel memandangkan mereka berjalan berpimpin tangan kerana Rinne masih lagi mengantuk.
Zafriel tidak betah untuk meninggalkan isterinya berjalan berseorangan dengan keadaan isterinya seperti itu.
Zafriel terus berjalan beriringan dengan Rinne sehingga tiba di sebuah kereta Toyota Velfire milik keluarga Rinne.
Mereka semua terus masuk ke dalam kereta dan menuju ke rumah keluarga Rinne.
Zafriel terpukau apabila melihat kediaman yang serba mewah di hadapan nya kini.
Zafriel tidak menyangka bahawa keluarga mertuanya memiliki rumah yang sebesar istana.
" Jemput laa masuk ke dalam rumah ye. Rehat - rehat dulu. Rif, mari laa aku tunjuk bilik untuk kau dengan isteri kau. Aku nampak macam penat sangat tu." kata Mr. Eriq, daddy Rinne kepada Tengku Zarif lalu naik ke atas bersama isterinya Mrs. Ervira.
Tengku Zarif dan isterinya, Puan Mary tidak berkata banyak hanya mengekori langkah sahabatnya itu.
Rinne pula membawa suaminya ke biliknya memandangkan dia tersangat laa mengantuk.
" Hmm hubby. Jom laa tidur. Rinne dah penat sangat ni." kata Rinne dengan nada perlahan.
Elvin sudah lama naik ke atas kerana penat tak terhingga.
Tepat jam 8 malam, majlis resepsi bagi pihak Rinne berjalan dengan lancar.
Ramai tetamu yang hadir. Kebanyakkan dari ahli perniagaan Mr. Eriq Ermando dan Mrs. Ervira. Dan selebihnya dari ahli keluarga mereka yang berasal dari Spain dan Itali.
Rinne tidak cukup tangan melayan tetamu memandangkan ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis resepsinya.
Rinne dengan cantik nya berbaju gaun yang berwarna dusty pink yang dibuat oleh sepupunya sendiri, Farisha.
Lalu Rinne mencari kelibat suaminya yang sedang berborak dengan sepupunya dan abangnya.
Zafriel dengan segak berpakaian tuxedo hitam. Itu juga yang ditempah oleh sepupu Rinne.
Zafriel berasa dirinya diperhati lalu dia mencari ke arah seseorang yang memerhatinya.
Zafriel tersenyum apabila dia menangkap pandangan isterinya terhadap dirinya.
Zafriel terus meminta diri daripada Elvin dan sepupu Elvin, Danny.
Zafriel terus menuju ke arah isterinya yang sudah tidak memandang ke arah nya.
" Ha sayang! Tengok hubby macam nak telan je kenapa? Tak sabar eyh? HAHAHAHA" kata Zafriel sambil tangan melingkar ke pinggang isterinya itu.
Rinne yang sudah memerah mukanya terus pandang ke arah lain.
" Ishh apa hubby ni. Tak malu ke nanti ada orang tengok. Dah laa ramai tetamu dalam dewan ni. Lepaslah!" kata Rinne dengan nada yang berbisik.
Mujurlah kawasan yabg didudukinya tidak ramai orang. Kalau tidak, mahunya dia jadi tontonan free.
Tiba tiba datangnya seseorang ke arah mereka berdua lalu berdehem.
" Ehem! " dehem seseorang.
Rinne dan Zafriel terus berpaling ke arah seseorang yang berdehem itu.
Zafriel terus melepaskan rangkulan di pinggan isterinya lalu melakukan tindakan untuk memeluk bahu isterinya itu dengan erat.
Rinne hanya membiarkan kerana dia berasa selamat berada disamping suaminya.
YOU ARE READING
MRS. HAZEL
Romance🌟KARYA PERTAMA🌟 [Slow Update] BLURB : Edrinne Elizabeth seorang gadis yang mempunyai banyak kacukan yang diwarisi daripada ibu dan ayahnya. Mempunyai seorang abang yang sangat penyayang iaitu Elvin Ermando. Edrinne seorang yang sangat baik dan so...