Bab 15

126 30 3
                                    

Selesai juga akhirnya bagi majlis persandingan di Jerman buat dua pasangan sejoli iaitu Edrinne Elizabeth dan Tengku Zafriel Mukhriz.

Rinne yang mengenakan busana pengantin yang elegant berwarna soft blue manakala Zafriel mengenakan tuxedo berwarna soft blue.

Majlis mereka berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari kedua dua pihak keluarganya.

Rinne berasa sangat letih buat sekian kalinya dia menguap. Mengantuk!

Zafriel mencari kelibat isterinya sampailah matanya ditumpu ke arah seseorang yang sedang melentokkan kepalanya di atas meja.

Mujurlah ramai tetamu yang sudah pulang memandangkan majlis pun sudah tamat sejam yang lepas.

Zafriel terus pergi ke arah isterinya yang nampak sangat letih kerana melayan tetamu.

" Hmm sayang? Kenapa ni? Letih sangat ke?" tanya Zafriel sambil menggosok ubun-ubun isterinya.

Rinne hanya dapat mengangguk kerana dia betul - betul tidak larat mahu berkata kata.

"Riel, bawalah Rinne naik ke atas. Takpe yabg kat bawah ni biar mama dengan yang lain bereskan. Kamu berdua pergi laa naik ke atas rehatkan diri." kata mama Zafriel, Puan Mary.

"Baiklah ma. Kalau ada apa apa beritahu je ke Riel." jawab Zafriel

Puan Mary hanya mengangguk. Lalu Zafrie terus mengangkat isterinya gaya bridal style untuk naik ke atas. Kerana Rinne memang betul betul tak larat untuk berjalan naik ke atas. Nasib suami laa.

Sampai sahaja mereka berdua ke tingkat atas, Zafriel terus meletakkan isterinya secara perlahan lahan di atas katil yang bersaiz king. Bilik hotel itu juga mempunyai ruang yang sangat luas memandangkan bilik yang mereka duduki jenis VIP.

Zafriel terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri memandangkan satu badannya sudah melekit.

Terasa ada sesuatu gangguan yang mengacau lenanya, dia terus membuka kelopak matanya secara perlahan lahan.

Alangkah terkejutnya dia apabila buka sahaja mata, ada seseorang yang sedang melihat ke arahnya. Jarak antara dia dengan orang itu amatlah dekat.

"Hai sayang! Bangun laa mandi pastu kita solat sama-sama." kata Zafriel kepada isterinya yang baru sahaja bangun dari tidurnya.

Rinne terus menolak sedikit kuat dada suaminya itu untuk bangun dari baringannya.

Muka tak payah cakap laa. Merah teruk! Wahai jantung berhenti berdebar nya. Arghhh mommy!

" Te... Te..pi laa. R... Rinne nak pe..rgi mandi laa ni" kata Rinne dengan tergagap gagapnya. Haishh mulut asal kau ni tergagap gagap eyh.

Zafriel hanya tersenyum kecil melihat gagap isterinya itu. Haishh usik sikit terus gagap. Bahaya betul!

Rinne terus berlari masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Mujurlah di dalam bilik air itu sudah tersedia tuala dan bathrobe.

Beberapa minit kemudian, Rinne terus keluar dengan memakai bathrobenya dan terus ke wardrobe untuk memakai baju.

Selesai sahaja Rinne memakai baju, dia terus memakai telengkung untuk solat berjemaah dengan suaminya memandangkan waktu isyak sudah dari takdi menjelma.

Selepas itu, disertakan dengan doa. Habis sahaja mereka mengaminkan doa, Zafriel terus berpaling ke belakang dan menghulurkan tangannya kepada isterinya.

Rinne menyambut huluran suaminya itu untuk bersalam manakala Zafriel mencium ubun ubun Rinne.

" Akhrinya selesai juga semua majlis untuk raikan kita kan. Hubby bersyukur sangat sebab sekarang hubby dikurniakan seorang isteri yang sangat baik bak bidadari. Terima kasih sayang sebab terima semua kekekurangan hubby. Hubby harap hubungan kita kekal hingga ke jannah. " kata Zafriel samhil menitiskan air mata lalu membawa Rinne ke dalam pelukannya.

MRS. HAZELWhere stories live. Discover now