"Arfan?"
Rinne masih lagi terkejut melihat gerangan itu. Sudah sekian lama tidak bertemu, baru sekarang muncul semula tanpa khabar.
Ye orang yang Rinne jumpa itu ialah Syed Arfan bin Syed Malik. Orang yang sangat Rinne kenal pada masa dulu.
"Are you okay?" soal Arfan dengan nada risau.
Rinne tidak menjawab malah dia terus melepaskan dirinya dari pelukan Arfan kerana dia tersedar dia tidak sepatutnya berada dalam keadaan begitu bersama dengan lelaki yang bukan mahramnya.
"err..err. I'm okay. Thank you because you save me"
"It's okay. Kebetulan saya lalu saya nampak ada kereta laju masa tu. Tu yang saya tarik awak. And sorry because saya terpeluk awak tadi. Betul saya tak sengaja" kata Arfan dengan nada bersungguh sungguh. Dia bukan sengaja atau mengambil kesempatan. Tapi niatnya hanya untuk membantu Rinne dari kena langgar dengan kereta.
"Ni awak dat..........." belum sempat Arfan ingin bertanya, tiba - tiba ada orang lain yang menyampuk.
"Ya Allah Rinne! Adik okay? Apa jadi ni?" tanya Elvin dalam nada yang risau sambil membelek belek tubuh adiknya itu.
"Abang, adik okay je laa. Jangan risau okay?"
"Macam mana abang tak risau. Tadi masa abang nak keluar dari hospital tu, abang nampak Rinne hampir - hampir nak kena langgar tau. Mujurlah ada orang lain yang tolong tarikkan adik." kata Elvin sambil melihat seseorang yang berada di sebelah kanannya. Lupa pula dengan seorang mahkluk Allah ni. Risau akan adiknya sampai lupa ada seorang lagi.
" And kau! Aku nak ucap terima kasih sangat - sangat sebab bantu adik aku. Kalau bukan sebab ka.......Arfan?" terkejut Elvin apabila melihat gerangan dihadapannya itu.
"Arfan kan?! Kau kan? Weyh! Kau pergi mana ha selama ni? Puas aku cari kau." kata Elvin dengan nada gembiranya apabila berjumpa dengan orang yang sangat rapat dengannya.
"Aku tak pergi mana pun. Aku ada je dekat sini. Tapi dulu tu aku ikut mommy and daddy aku balik London. Kau tahu la kan. Aku kena ambik alih syarikat daddy aku tu. And sorry sebab tak beritahu pasal kehilangan aku tu. Aku tak sempat laa." kata Arfan dengan serba salah atas kehilangannya beberapa tahun lepas.
" Oh tak ada apa laa. Aku just curious je. Ye laa kau hilang tiba - tiba siapa je tak pelik. Apa2 pun aku bersyukur sebab kau dah kembali! "kata Elvin
" HAHAHAHA kau ni macam - macam laa. Adik kau tak macam tu pun. Kau yang lebih - lebih ni kenapa? Buang tebiat? "
" Sampai hati kau kan! Aku dah laa lama tk jumpa kau. Bila jumpa kau layan aku macam ni pula. Takpe ah. Macam ni ah kau! "
" Ya Allah yang abang ni dah kenapa? Macam perempuan pula. "kata rinne dengan nada mengusiknya.
" Haah kan Rinne. Saya sokong"
"Oh macam ni eyh kau bila bergabung. Malas aku layan. Dah jom Rinne balik semula ke butik nanti mommy tanya pula kenapa lama sangat ni"
"Eyh kau cakap nak pergi butik aunty kan? Aku nak join juga ah. Dah lama tak jumpa aunty Ervira."
"Oh boleh. Kau pergi bawa kereta sendiri. Aku malas nak bawa kau sekali. Cau!" kata Elvin sambil menarik tangan Rinne untuk naik keretanya.
"Macam laa aku nak naik kereta dengan dia sekali. Huh!" kata Arfan lalu dia pun ke keretanya dan mengekori kereta Elvin dari belakang.
Tanpa sesiapa sedar, tingkah laku mereka telah diperhati oleh seseorang disebalik dinding hospital itu. Seseorng itu tersenyum sinis apabila dia dapat menangkap semua gambar adegan mereka.
YOU ARE READING
MRS. HAZEL
Romance🌟KARYA PERTAMA🌟 [Slow Update] BLURB : Edrinne Elizabeth seorang gadis yang mempunyai banyak kacukan yang diwarisi daripada ibu dan ayahnya. Mempunyai seorang abang yang sangat penyayang iaitu Elvin Ermando. Edrinne seorang yang sangat baik dan so...